Pregnant :(

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

''Fei feng..'' kris yg baru saja keluar dari bangunan Sm Ent melalui pintu belakang,terperanjat sebaik saja melihat wanita itu bersandar ditepi kereta sedang menunggunya.setahun berlalu,baru sekarang wanita itu berani menunjukkan wajahnya.wanita yg bernama Xi Fei Feng itu mula bergerak menghampiri kris yg masih tercegat disitu.

''boleh kita bercakap sekejap?''

 

 

Fei Feng merenung kris yg sedang meneguk air coke dengan hati yg terhiris.sudah puas dia memujuk lelaki itu supaya memesan makanan.makan bersama-samanya.namun kris hanya tersenyum sambil berkali-kali menolak perlawaannya.

''apa yg awak nak cakap? cakaplah..'' soal kris sambil sesekali mengerling kearah jam dihandphonenya.fei feng lantas meletakkan sudu ditepi mangkuk.ditolak ketepi mangkuk yg masih berisi sup itu.dia kemudiannya merenung wajah kris lama.lelaki itu tetap sama seperti dulu.tetap kacak dan bergaya.

''awak gembira dengan hidup awak sekarang?'' tanya wanita itu tiba-tiba.kris terdiam.dia menelan liur. bahagiakah dia?

''saya..macam yg awak tengok sekarang ni.tak ada apa yg berubah.''

''ada..ada sesuatu yg berubah sejak awak berkhawin,yi fan.''

''fei feng..saya harap tak usahlah awak ungkit masa lalu kita.semua tu dah lama berlalu.saya bahagia dengan hidup saya sekarang.''

''habis,hati dan perasaan saya macam mana?'' rintihnya sedih.fei feng cuba menahan air matanya dari gugur.sakit hatinya melihat wajah selamba kris.berita perkhawinan kris yg disampaikan oleh seorang temannya sebulan lalu benar-benar membuatkan hatinya diruntun pilu.dia yg ketika itu berada dibeijing,cepat-cepat menempah tiket ke seoul semata-mata ingin berjumpa dengan bekas teman lelakinya itu.setelah lama menunggu masa yg sesuai,hari ini barulah dia dapat bertemu semula dengan wu yi fan setelah lama tidak bersua.dia benci.benci dengan isteri kris yg dianggapnya telah meranapkan impiannya untuk kembali memenangi hati lelaki itu.

''kalau tak ada apa-apa lagi,saya balik dulu.'' kris mula berdiri.dia mula berkira-kira hendak melangkah,namun pegangan tangan fei feng yg melekat pada pergelangan tangannya membuatkan dia kembali berpaling dan menatap sepasang mata itu.

''saya cuma kasihankan awak..isteri awak curang dibelakang awak kan?'' pertanyaan yg diajukan oleh fei feng membuatkan kris terkejut.bulat matanya memandang fei feng yg tersenyum sinis.

''awak patut belajar mengenali ellina,yi fan.'' ujar wanita itu lagi sebelum berlalu sambil meninggalkan beberapa keping foto diatas meja.lama kris terdiam sebelum dia duduk kembali dan mengamati foto-foto itu dengan hati yg terbakar.

 

 

 

Kris menolak pintu perlahan.dia melangkah lemah.tanpa memperdulikan keadaan sekeliling yg sunyi sepi,dia melabuhkan punggung disofa.dipandang lama kearah tv yg gelab gelita.rasa marah dan kecewa bersatu didalam hatinya kala ini.sungguh dia tidak percaya,bahawa ellina dan xiumin sudah lama bermain cinta dibelakangnya.mati-mati dia ditipu oleh kawan baiknya sendiri.kalau lah dia tahu sedari awal yg xiumin ada menyimpan hati pada ellina..sungguh,dia tak akan bersetuju dengan permintaan rita. kalaulah...

''kris..'' ellina menyapa tiba-tiba.kris terus menunduk.dia dengar panggilan itu.lembut suara itu menusuk hingga ketangkai hatinya.sakit! 

''kris..'' kali ini bahunya pula disentuh namun dia hanya kaku.sekali lagi kata-kata fei feng pada petang tadi terngiang-ngiang ditelinganya. ''kris,kenapa ni?''

''diam! aku benci kau!! '' tengking lelaki itu kasar.tubuh ellina yg rapat dengannya ditolak kuat.dia kemudiannya bingkas naik ketingkat atas lalu menghempas pintu bilik dengan kuat.meninggalkan ellina termanggu keseorangan diruang tamu.

 

 

''cuba kau cakap dengan aku betul-betul ina,kau dengan minseok dah lama bercinta kan? dari sebelum kau khawin dengan aku lagi! entah-entah,sebelum kau tidur dengan aku,kau dah terlanjur dengan dia!''

Kata-kata kris lewat malam itu benar-benar menyentakkan ellina.mengigil tubuhnya yg ketika itu sedang duduk dimeja solek.merona merah wajahnya menahan sebak dihati.sampai hati kris menuduhnya sebegitu! walaupun dia agak sosial dulu,tapi itu tak bermakna dia rela menyerahkan tubuhnya pada mana-mana lelaki.dia masih tahu adab.masih tahu siapa dirinya.sehinggalah kejadian itu.kejadian yg telah merubah seluruh hidupnya kini.ellina mengeluh lemah.dia memicit-micit kepalanya yg terasa sedikit pening.kemudian perlahan-lahan dia memusing kebelakang.memandang kris yg berdiri tegak dihujung katil.

''dah berkali saya cakap kris.saya dan xiumin tak ada apa-pa hubungan.kami hanya kawan,tak kan tu pun salah?'' ellina bertanya lemah.dia sudah penat.betul-betul penat dengan tuduhan demi tuduhan yg dilemparkan oleh suaminya.

''kawan apa kalau dah sampai berpeluk !?'' kris tersenyum sinis.dia kemudiannya melemarkan gambar-gambar yg diberikan fei feng d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...