Xi Fei Feng

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

Ellina mundar mandir diruang tamu.sekejap dia kekiri.sekejap kekanan.penat berbuat begitu dia kembali duduk diatas sofa berhadapan tv.dadanya asyik berdebar sejak seminggu yg lalu.sejak kris memberitahu tentang kedatangan mamanya kesini.hatinya bertanya-tanya,dapatkah mama kris menerimanya sebagai sebahagian daripada keluarga Wu? perlahan ellina menoleh kearah jam didinding yg sudahpun menunjukkan pukul 2 petang.dia mengeluh halus.gementar mahu menghadapi mama kris yg akan tiba sebentar lagi.ellina terus melayani rasa gundahnya sehingga dia terlelap disitu.

Ellina terjaga apabila terdengar suara orang sayup-sayup memanggil namanya.perlahan-lahan dia membuka kelopak mata yg terasa begitu berat.

''wae ahjumma?'' ellina bertanya apabila dilihat hyang suk ahjumma berdiri dihadapannya.

''tuan dah balik.''

Alamak! ellina cepat-cepat berdiri.dia sebenarnya masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibu mentuanya itu.sungguh ! bukan sekarang.

''puan..'' panggilan dari hyang suk ahjumma mengejutkan ellina dari lamunan.cepat-cepat dia menuju kemuka pintu.berdebar menyambut kedatangan ibu mertuannya.ellina menelan liur apabila terlihat seorang wanita yg kelihatan agak bergaya keluar dari perut kereta. adakah itu ibu mertuanya? terlalu asyik dia memerhatikan wanita yg berkaca mata hitam hitam itu berjalan menuju keaarahnya.

''mama,kenalkan ni ellina.Nur Ellina.''

suara garau kris menyentakkan ellina.segera dia tersenyum.cuba untuk memaniskan rona wajahnya.sedangkan debaran didada hanya tuhan saja yg tahu.

''jadi inilah menantu mama ya? hmm..cantik.''

reaksi pertama mama kris terhadapnya benar-benar membuatkan ellina terkejut.adakah ini bermakna Pn.Wu menerimanya sebagai menantu secara rasmi? 

 

 

 

''Auntie!'' suara lunak manja seorang wanita yg membingitkan telinga memaksa kris untuk menjenguk ke halaman rumahnya.sebaik saja dia membuka pintu,wajah jelita wanita itu terpampang dihadapan mata.kris terkejut.namun sedaya upaya dikawal perasaannya.Fei Feng tesenyum menggoda.biar lelaki kacak dihadapannya ini akan duduk melutut kepadanya bagai waktu dulu.bagaimanapun angan-angan fei feng berkecai sebaik saja kedengaran suara dinggin kris yg menampar-nampar gegendang telingannya.

''apa yg kau buat kat sini?'' kris bertanya dengan lagaknya yg bersahaja.dia cuba untuk berlagak tenang.sedangkan didalam hatinya diaju dengan pelbagai persoalan tentang kehadiran wanita itu secara tiba-tiba dirumahnya.

Fei Feng cuba mengawal rasa kecewanya dengan tingkah laku kris yg bagaikan endah tak endah dengan kehadirannya disitu.

''Hai kris! lama tak jumpa..awak sihat?'' fei feng menyoal sambil melangkah masuk kedalam rumah tanpa segan silu.

''kau nak apa lagi,fei..?'' tanpa menjawab persoalan fei feng,kris menghamburkan soalan lain.

''sa..saya datang nak jumpa auntie.saya dengar auntie ada kat sini..betul ke?''

''siapa datang kris?'' satu suara wanita yg tiba-tiba muncul dipintu dapur merencatkan perbualan dinggin itu.

fei feng menapak kearah Pn.Wu yg menjadi punca mengapa dia berkunjung ke situ.serta merta dia merangkul tubuh itu.

''auntie apa khabar? lama kita tak jumpa kan?'' sapanya mesra apabila pelukan dileraikan.Pn.Wu hanya mengangguk dan membalas dengan senyuman kecil.tidak semesra dulu.

''fei dari mana ni? tak kerja ke?'' soal Pn.Wu cuba mencari suasana untuk beramah.

''baru balik shooting la ni auntie..fei dapat tahu yg auntie ada kat sini.tu yg fei singgah sekejap.'' 

''mama fei sihat?'' tanya Pn.Wu pendek.walau apa pun dia harus melayani fei feng dengn baik.tambahan pula fei feng adalah anak perempuan tunggal kepada rakan baiknya dibeijing.kris segera beredar dari situ.malas dia mahu mendengar perbincangan orang perempuan.laju kakinya melangkah menaiki anak tangga menuju kebilik.

''mama sihat.ermm..isteri kris mana auntie?'' liar matanya memerhati kesekeliling mencari banyangan ellina yg dianggapnya sebagai pemusnah rancangannya untuk menawan semula hati lelaki kesayangannya.

''dia ada kuliah.kenapa?'' jawapan dan soalan itu hambar keluar dari bibir Pn.Wu.modalnya untuk berbual dengan fei feng bagaikan sudah habis.tiba-tiba saja dia jadi kekok mahu beramah mesra dengan wanita itu bagai waktu dulu.mungkin ini disebabkan rasa marah dan kecewa yg masih tersisa apabila wanita itu memutuskan hubungan dengan kris secara tiba-tiba.walaupun pekara itu sudah setahun berlalu,namun kesannya masih ada sehingga sekarang.dia sendiri menyaksikan betapa kecewanya kris apabila ditinggal sepi oleh fei feng.pergi bersama lelaki lain.lalu..untuk apa lagi fei feng kembali? segalanya sudah terlambat untuk diperbetulkan semula.anaknya sudahpun bahagia dengan ellina.menantu yg kian disayanginya.

''fei nak cakap sesuatu dengan auntie.'' suara fei feng kedengaran separuh berbisik.perlahan dia memegang erat tangan wanita separuh umur yg masih kelihatan cantik itu.cuba untuk meraih semula kepercayaan wanita itu terhadapnya. ''fei nak mintak tolong dengan auntie.err..to-tolong pulihkan semula hubungan fei dengan kris!''         ''apa yg fei cakap ni? kris kan dah khawin..''  Pn.Wu terkejut.                                                                           ''sebab itu lah fei nak mintak auntie tolong. fei tak nak kris kena tipu lagi.''

''maksud fei?''

''ellina sebenarnya tak cintakan kris.dia sukakan xiumin!''

''sudahlah fei.auntie malas nak dengar pasal semua ni.yg penting pada auntie sekarang adalah kebahagiaan kris.'' Pn Wu membalas dinggin.tahu fei feng sengaja mereka-reka cerita tentang ellina.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...