I Miss You

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

Sudah tiga hari ellina berada dirumah rita dan eunjo.dan selama tiga hari itu jugalah kris bagaikan orang gila menelefon nya saban waktu.berkali kris datang kerumah rita mencarinya.dia ingin keluar,ingin pulang bersama kris kerumah mereka.namun rita dan eunjo berkeras melarangnya.ellina mengeluh.entah kenapa,rasa rindu ini begitu menyesak jiwa.membuatkan hatinya dipalu debaran rindu yg tiada kesudahan.morning sickness yg dialami juga memberi kesan pada emosinya.mudah saja perasaannya tersentuh.air matanya jadi terlalu murah kala ini.dia perlukan kris disisi.dia inginkan kris menemani dan menjaganya disepanjang waktu kehamilan ini.ellina mengeluh lagi! ditenungnya kad temu janji bersama doktor pada pagi ini.hari ini adalah gilirannya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan keatas kandungannya.terpaksalah dia pergi seorang diri kali ini.rita dan eunjo pula tidak dapat menemaninya kerana perlu hadir kekuliah.nasib baiklah class nya hanya ada pada waktu petang hari ini.kalau tidak,terpaksalah dia ponteng sekali lagi.ellina merenung jauh pemandangan bandaraya seoul dari balkoni appartment.merenung jauh masa depan yg kelihatan kabur pada pandangannya.perlahan dia mengusap perutnya yg masih kempis.kehadiran bayi ini bukanlah sesuatu yg diharapkan.tetapi,itu juga bukan bermakna dia menbenci bayinya sendiri.cuma kehadiran bayi ini bukan atas kehendaknya.tiba-tiba saja ellina teringatkan bagaimana kris berkasar padanya saat nafsu sudah beraja dihati.suaminya itu mahukan haknya sebagai seorang suami dengan cara yg tidak sepatutnya seorang suami lakukan.ellina mahukan belaian mesra dari seorang lelaki yg bergelar suami.bukan seorang suami yg meminta haknya dengan cara yg kasar!

''eh,tak pergi klinik lagi? dah pukul berapa ni?''

ellina tersentak.cepat-cepat dia mengesat air mata yg terasa hangat mengalir dipipi.perlahan dia menoleh kebelakang.melihat eunjo yg sedang bersiap-siap dengan jaket kulitnya.kemudian pandangannya beralih kepada rita yg sedang merenungnya.

''dah pukul 9.00 dah ni.kau nak kitaorang hantar?'' soal rita lagi sambil membetul-betulkan rambut perangnya.ellina tersentak. dah pukul 9??

''eh,tak pe.aku boleh drive sendiri.'' ellina tersenyum kecil.cuba untuk menutup kegalauan hatinya.kemudian cepat-cepat dia mencapai shawl,kunci kereta dan handbag sebelum berlalu.rita mengeleng kepala perlahan.bedak pun tidak sempat ellina sapu.namun dia sedar,tanpa sebarang alat solek pun,ellina masih mampu menarik perhatian lelaki untuk terus memandangnya. seketika pandangannya tercantap pada jam ditangannya.

''yah,palli..kita dah lambat masuk class ni..!'' dia bersuara kuat kepada eunjo yg dilihat masih mencalit lipstik dibibir.

''kalau kau lambat,kau pergi sendirilah naik teksi.aku pergi dulu.'' ujar rita sedikit bosan.kemudian pantas dia menghilang dibalik pintu.eunjo yg melihat, tergopoh-gopoh memasukkan beberapa alat solek kedalam hanbag sebelum turut berlalu.

''yah,rita..gidaryo..!!''

 

 

 

Berhati-hati ellina keluar dari kereta.dia kemudiannya mula melangkah masuk keperkarangan hospital.sampai saja didepan pintu bilik pemeriksaan,ellina berasa lengannya ditarik lembut.spontan dia menoleh.Kris! ellina terperanjat.apa yg suaminya buat disini?? tiba-tiba saja rindu yg selama ini terpendam,kini terlerai apabila menatap wajah kacak lelaki itu.

''kris..a-apa yg awak buat kat sini?''

''teman awak!''

sekali lagi ellina terkejut apabila bahasa yg digunakan kris sudah bertukar lembut.mana pergi bahasa kasar suaminya yg dulu??

''teman saya?''

''masuklah dulu.nanti awak lambat pulak.saya tunggu kat sini.'' kris tersenyum lantas mengambil tempat dikerusi menunggu yg disediakan.dia mengeluh apabila melihat kelibat ellina yg sudah pun menghilang dibalik pintu.sudah lama dia menanti kedatangan ellina dihospital itu.apabila nampak saja ellina masuk keperkarangan hospital,terus saja dia mengekori dari belakang.dia ingin sekali menemani isterinya masuk kedalam.ingin mendengar penjelasan doktor tentang kesihatan kandungan ellina.namun dia takut.takut andai ellina tidak mengizinkannya.

 

 

''Kris..''

sayup-sayup dia mendengar namanya diseru.lembut.tapi matanya terasa begitu mengantuk.

''kris..''

kali ini bahunya pula digoncang perlahan.lalu lambat-lambat dia membuka mata.dia memandang ellina yg sudahpun berdiri dihadapannya.pantas dia membetulkan duduk yg sedikit sendeng.

''dah lama awak kat sini?''soal kris sambil menguap kecil.keletihan membuatkan dia terlelap ketika sedang menanti isterinya itu melakukan pemeriksaan.

''saya baru je keluar.'' ujar ellina lembut.ikutkan hati mahu saja dia terus balik.namun apabila melihat wajah kris yg kelelahan kerana menunggunya membuatkan dia tidak sampai hati mahu meninggalkan suaminya disitu.

''boleh kita bincang sekejap?'' sol kris perlahan apabila dilihatnya ellina seperti ingin beredar dari situ.kebisuan ellina membuatkan kris tersenyum.dia kenal benar dengan sifat ellina yg satu itu.kalau isterinya itu diam ketika disoal,itu bermakna ellina bersetuju.

''kaja..''

 

 

 <

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...