Heartbreaking

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

Ellina tersedar apabila terdengar bunyi nada dering mesej yg terletak berdekatan dengannya.perlahan-lahan dia membuka kelopak mata.terasa perit apabila matanya dipanah mentari yg menerangi ruang bilik.ellina kemudiannya menoleh pada jam loceng ditepi katil.terkebil-kebil dia memandang jarum jam yg bergerak sebelum matanya dialih kearah katil yg kosong disebelahnya.dia tersenyum apabila terdengar bunyi pancutan air dari dalam bilik air.dengan berhati-hati ellina mengutip baju tidurnya yg tercampak dihujung katil lalu disarung ketubuh.bila saja teringatkan kejadian pada malam semalam,membuatkan dia tersipu malu.entah bagaimana dia mahu mengadap lelaki itu nanti.memikirkannya saja sudah membuatkan wajah ellina merona merah.

Ellina tersentak apabila terdengar bunyi mesej dari telefon bimbit suaminya.sudah dua kali mesej masuk ketelefon kris pada pagi ini.dek kerana rasa ingin tahu yg mendalam,ellina memberanikan diri melihat ke skrin telefon mudah alih itu. 'F'? berkerut dahinya melihat nama si penghantar mesej yg tertera diskrin.tiba-tiba saja dadanya berdebar apabila teringatkan pemilik nama xi fei feng.mungkinkah kris masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya itu?

Perlahan-lahan ellina mencapai telefon bimbit itu.dia ingin membaca kandungan mesej yg dihantar.dia menarik nafas dalam lantas diswipe permukaan telefon bimbit suaminya itu.mesej yg dihantar dengan tulisan cina itu dibaca perlahan-lahan.nasib baiklah semasa disemester 3 dulu dia ada mengambil subject mandarin sebagai bahasa kedua di universiti.

jumpa tempat biasa

wo ai ni..♥

Air mata ellina menitis buat kali pertama pada pagi itu sebaik saja matanya berada dinoktah terakhir mesej tersebut.air jernih semakin mengalir laju apabila dia mengulang baca mesej yg dihantar.ellina terduduk diatas katil.jiwanya semakin sarat.perasaanya semakin sendat.tahulah dia bahawa kris dan fei feng masih mempunyai hubungan sulit dibelakangnya.dengan perasaan yg tidak menentu,ellina meletakkan semula telefon itu ketempat asal.tidak mahu kris mensyaki apa-apa.cepat-cepat dia menyeka air mata dipipi apabila terdengar bunyi kuakan pintu bilik air.lantas dicapai tuala didalam almari lalu bergerak menuju kebilik air.langsung dia tidak memandang wajah lelaki itu.ellina tidak rasa dia mempunyai kekuatan untuk melakukan itu.yang dia tahu dia ingin cepat-cepat beredar dari situ.ingin menyorokkan diri didalam bilik air ketika ini.

Namun baru saja dia melangkah melewati kris,tiba-tiba ellina terasa jemarinya ditarik lembut sekaligus membawa dirinya kedalam pelukan lelaki itu.

"gumawo.." bisik kris perlahan.serentak dengan itu kris memaut pinggang ramping isterinya agar lebih dekat dengan tubuhnya.dia merenung wajah ellina yg masih menunduk.

ellina memejam mata rapat apabila kucupan hangat singgah didahinya. lama.dan apabila kris mula mendekatkan wajah,ellina cepat-cepat memboloskan diri dari pelukan lelaki itu.

"saya..saya nak mandi."

 

 

 

Dalam esak tangis ellina menceritakan segala-galanya kepada rita pada petang itu.dia sengaja menghubungi rita untuk meluahkan apa yg terbuku dihatinya kala ini.dia benar-benar memerlukan seorang teman bagi mengurangkan beban yg terasa menyesak dada ketika ini.lanta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...