Jiwa yang kekacauan

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

 

Junsu susah hati.

Sejak kebelakangan ini, emosi Jaejoong tidak stabil. Dia seringkali ternampak abangnya menangis di dalam bilik air mahupun di bilik tidur pada waktu-waktu tertentu. Acapkali disoal oleh Junsu, Jaejoong akan menyatakan yang dirinya baik-baik sahaja. Hanya sedikit tertekan.

Bagi Junsu, tekanan yang dihadapi oleh abangnya itu tidak boleh diambil ringan. Dengan usia kandungan yang mencecah dua bulan, Jaejoong kelihatan murung sepanjang masa. Dia juga sering meluahkan hasratnya untuk kembali bekerja di Mone Mone tetapi ditegah oleh Junsu. Junsu sudah tidak sanggup membiarkan abangnya bekerja di tempat seperti itu lagi.

“ Dr. Song, saya fikir saya tak mahu besarkan anak saya ini,” Jaejoong bersuara pada suatu hari ketika hadir untuk pemeriksaan kesihatan di hospital.

Dr. Song agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut pesakitnya itu.

“ Apa maksud awak, Jaejoong-shi?” tanya Dr. Song yang berasa tidak sedap hati dengan jawapan yang bakal diterimanya.

“ Saya nak gugurkan kandungan ni, doktor,” jawab Jaejoong perlahan.

Dr. Song merenung wajah pemuda yang sedang duduk di depannya. Secara luarannya, Jaejoong kelihatan pulih dari kecederaannya sebelum ini. Rambutnya sudah mulai tumbuh tetapi masih terlalu pendek menyebabkan pemuda itu mengenakan beanie apabila keluar rumah. Dia juga tidak lagi memerlukan tongkat ketiak untuk berjalan.

“ Awak dah berbincang dengan keluarga awak tentang perkara ini?”

Jaejoong menggelengkan kepala. Dia memang enggan berbincang dengan Junsu mengenai keputusannya itu. Nenek mereka pula langsung belum tahu perihal kehamilannya. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu neneknya dibebani oleh masalah peribadinya.

Dr. Song mengeluh. Nahaslah kalau Encik Shim mengetahui niat Jaejoong tersebut. Namun begitu, Jaejoong tidak boleh dipersalahkan. Pesakitnya itu ketara mengalami tekanan perasaan.

" Jaejoong-shi..."

" Doktor, tolong jangan beritahu sesiapa pun mengenai hal ini. Baik Changmin-shi mahupun adik saya. Saya tak ingin campur tangan mereka."

" Jaejoong-shi, awak tak nak pertimbangkan semula pilihan awak tu?"

" Doktor, hidup saya susah. Saya takkan dapat besarkannya dengan sempurna. Lebih baik dia tak perlu menghadapi semua ini dari awal-awal lagi."

Kata-kata Jaejoong tersebut menyentuh hati Dr. Song. Dia bersimpati dengan nasib yang menimpa pesakitnya itu. Dari apa yang diceritakan oleh Changmin kepadanya sebelum ini, Jaejoong tinggal di kawasan perumahan setinggan. Pemuda itu tidak sempat menghabiskan sekolah tinggi semata-mata mahu memberi peluang untuk adiknya meneruskan pengajian. Kedua adik-beradik itu juga harus menjaga nenek mereka yang sudah uzur.

" Doktor, doktor boleh tolong saya? Boleh, kan?"

Pertanyaan Jaejoong itu merunsingkan Dr. Song. Demi menyenangkan hati pemuda tersebut, Dr. Song melemparkan senyuman nipis meskipun terasa bersalah kerana tidak berlaku jujur. Dia masih keberatan hendak menunaikan permintaan Jaejoong tadi.

" Biar saya periksa dulu kesihatan awak. Lepas tu, kita buat temujanji."

*

*

*

“ Jadi, duit yang terkumpul di dalam peti simpanan itu juga dibawanya lari?”

“ Ya, Yunho-shi.”

“ Dan tak ada satu pun dari kalian perasan bila dia keluar membawa semua duit tu? Tentu dia ada bawa beg besar masa tu. Takkan kalian tak nampak?”

“ Yunho-shi, Dongwook arahkan kami pergi memantau kelab kasino area E pada hari tu. Saya dan Shion tak syak apa-apa sebab Wonsung beritahu Jang Hyuk akan mengawasi pusat tu.”

“ Dan awak nampak Jang Hyuk?”

“ Ya, dia tiba sebelum kami beredar dari pusat pinjaman tu.”

Yunho mendengus. Suasana agak tegang memandangkan tuan muda Shim itu begitu marah setelah siasatan mendapati Dongwook sempat melarikan sejumlah besar wang perniagaan sebelum menghilangkan diri. Dia harus memaklumkan khabar buruk tersebut kepada ayahnya nanti.

“ Mana Jang Hyuk?” tanyanya.

“ Ada di luar,” jawab pengikutnya yang bernama Jiho itu.

“Panggil dia ke dalam!”

Tanpa berlengah, Jiho pun memanggil Jang Hyuk menemui Yunho. Jang Hyuk agak kehairanan apabila diberitahu Yunho mahu berjumpa dengannya. Sedangkan anak sulung Tuan Shim itu jarang hendak bersemuka mahupun berbincang apa-apa dengannya.

“ Awak cari saya?” tanya Jang Hyuk sebaik sahaja masuk ke dalam.

Sambil mengisyaratkan agar Jiho dan Shion meninggalkan bilik pejabatny

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*