Fitnah itu bahaya

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

" Rupanya seperti orang Jepun. Kan artis Jepun suka fesyen rambut macam tu."

" Dia orang tempatanlah, Min. Namanya Jaejoong."

" Eh, kau tahu namanya? Kau menguratnya di belakangku, Tae?"

" Min!"

Changmin hanya ketawa sambil menerima pukulan ringan yang bertubi-tubi daripada Taemin. Seperti biasa, mereka berdua melepak di Mone Mone Bar dan menjadikan bartender bernama Jaejoong itu sebagai topik sampingan dalam perbualan mereka. Jaejoong sendiri tidak sedar dirinya jadi perhatian pasangan kekasih tersebut kerana terlalu leka dengan kerjanya.

" Min, tak lama lagi kau akan tamat pergajian. Kau dah rancang apa nak buat? Atau kau akan kerja di syarikat keluarga kau?" tiba-tiba Taemin bertanyakan masa depan teman lelakinya itu.

" Hmm...Aku pun tak pasti sebab aku belum fikir pasal hal ni," ujar Changmin pula.

Sudah masuk tiga minggu Encik Shim hilang di laut bersama-sama orang kanannya, Byung Hun. Changmin tidak yakin kalau-kalau bapanya masih hidup memandangkan dua lagi mayat pengikutnya telah ditemui oleh pihak polis beberapa hari yang lalu. Mayat-mayat tersebut terapung di laut dengan keadaan separuh berkecai dan diandaikan mereka terkena serpihan letupan dari bot layar Encik Shim sebelum meninggal dunia.

" Dongwook dah tak datang ke mari seminggu ni. Kau perasan tak, Min?" tanya Taemin lagi.

" Oh, yalah. Baguslah tu, aku bukannya suka lelaki tu. Entah kenapa Yunho percaya sangat padanya," jawab Changmin.

" Tapi kata Cherry, kereta si Dongwook tu selalu berada tak jauh dari sini. Jangan-jangan dia mengintip seseorang...Tak sedap hati pula aku dengar macam ni. Mana tahu, dia mengintip kita," Taemin meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap tindak-tanduk Dongwook.

" Jangan risau, Tae. Nanti aku tanya sendiri pada Yunho hyung sama ada Dongwook tu mengintip aku atau orang lain," Changmin cuba menenangkan buah hatinya itu.

Baik Changmin mahupun Taemin tidak sedar yang sasaran sebenar Dongwook tiada kaitan dengan mereka... buat sementara waktu.

*

*

*

Semenjak kematian Ah Yeon, kebanyakan masa Yunho dihabiskan dengan minuman alkohol. Dia juga sentiasa marah-marah sepanjang masa tanpa mempedulikan pandangan orang bawahan terhadapnya. Semua gara-gara dia berasa gagal sebagai seorang suami yang seharusnya melindungi isteri dan keluarganya. Dan kini dia terpaksa membesarkan seorang anak perempuan tanpa sosok seorang ibu.

Yunho mencampakkan buku lejar yang dipegangnya ke dinding. Dia menuang semula arak ke dalam gelas kosong yang diminumnya tadi. Suara tangisan Yumin yang menginjak usia tiga bulan samar-samar kedengaran dari luar bilik tetapi Yunho sengaja tidak peduli. Dia tidak pernah menjadi seorang bapa sebelum ini. Jadi, dia tiada pengalaman dalam mengendalikan anak kecil.

'Ah, biarkan sahaja pembantu rumah mengurus bayi itu.'

Perhatiannya terganggu oleh bunyi mesej dari telefon bimbitnya. Melihat nama Dongwook tertera pada skrin tersebut, Yunho pun membukanya. Dia terus berdiri tegak apabila membaca kiriman mesej daripada orang kanannya itu. Tanpa me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*