Demi masa depan

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

 

" Kita tak boleh biarkan Jaejoong tu gugurkan bayinya! Anaknya tu waris keluarga Shim."

" Aku tahu, Jin. Tapi mengurung dia di sini bukan penyelesaian yang baik."

" Habis tu, apa cadangan awak? Awak ada idea yang lebih baik untuk mencegah budak tu daripada membuang bayinya?"

Selepas Changmin membawa Jaejoong berehat di bilik tidurnya, Puan Shim telah kembali semula ke bilik bacaan. Dia sebenarnya hendak berbicara panjang dengan Jaejoong tetapi Changmin melarangnya berbuat demikian. Anak lelakinya itu masih berasa marah dengan tindakannya menculik orang sesuka hati.

" Di mana dia tu?" tanya Encik Shim pada isterinya.

" Dalam bilik Changmin. Tapi dia tak benarkan saya masuk ke dalam," jawab Puan Shim sambil duduk di depan suaminya dengan wajah yang kelat.

" Jadi awak tak sempat nak berbincang dengan Jaejoong tentang kandungannya?"

" Tak. Changmin tak mahu saya ganggu budak tu."

" Hmm..."

Sebelum itu, Changmin sempat bertekak dengan ibunya. Gara-gara kedegilan Puan Shim enggan melepaskan Jaejoong pulang, Changmin telah mengunci pintu bilik sebagai tanda protes. Ini membuatkan sang ibu berasa tidak puas hati.

" Ada jalan lain kalau awak nak Jaejoong tinggal dengan kita secara sah. Awak juga tak perlu risau pasal keselamatan bayinya," Encik Shim bersuara setelah membisu beberapa detik.

" Apa cadangan awak?" tanya Puan Shim penuh minat.

" Ambil dia jadi menantu," ujar Encik Shim ringkas.

" Apa? Awak nak suruh dia kahwin dengan orang yang mencabulnya sebelum ni? Awak gila, ya? Awak nak dia bunuh dirikah?" marah Puan Shim yang ternyata terkejut dengan saranan tersebut.

" Jin, bertenanglah! Anak lelaki kita bukannya seorang."

" Apa...Takk, maksud awak..."

Encik Shim tidak berkata apa-apa. Hanya matanya merenung ke luar tingkap memerhatikan Raewon berbual dengan Yunho yang baru pulang dari kasino. Dia sudah nekad. Anak-anaknya adalah sebahagian daripada hidup dan mati keluarga Shim. Oleh itu, dia terpaksa melukakan hati mereka dengan keputusan yang bakal diambilnya.

*

*

*

Hidup ini tidak adil.

Pernyataan tersebut terlintas di fikiran Puan Kim semasa duduk di ruang dapur sambil memerhatikan Jaejoong sedang menjemur pakaian. Sepuluh tahun yang lalu, dia masih berupaya melakukan kerja-kerja rumah dan tidak perlu bergantung kepada dua orang cucu kesayangannya. Jaejoong dan Junsu pula mempunyai waktu untuk bermain bola bersama-sama anak-anak jiran mereka.

Itu cerita sepuluh tahun yang lalu. Keadaannya kini jauh berbeza. Selain penyakit kencing manisnya, Puan Kim sedar yang dia mempunyai masalah ingatan. Dia sendiri tidak tahu bila masalahnya itu mula menyerangnya. Cuma semenjak beberapa bulan yang lepas, dia perasan kedua-dua cucunya sudah pandai berbohong padanya. Barangkali mereka menganggapnya nyanyuk tetapi tidak bermakna dia bodoh.

Puan Kim tahu Jaejoong dan Junsu adalah anak-anak yang baik. Mereka mungkin ada melakukan hal-hal di luar pengetahuannya agar dia tidak berasa khuatir setiap masa. Seperti dua hari yang lepas, Jaejoong menghilangkan diri semasa sedang menyapu daun di luar rumah. Sebaik sahaja kembali, dia tidak banyak bercakap. Hanya memberitahu yang dia sudah mendapat kerja baru di sebuah salon rambut.

“ Halmoni, aku dah buatkan air teh tadi. Panaskan saja teko tu kalau tak mahu minum teh sejuk,” Jaejoong yang baru selesai menjemur pakaian bersuara padanya.

“ Kau turun kerja dengan apa, Jae?

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*