Di sebalik tirai putih

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

 

" Changmin, Yunho takkan suka kalau tahu awak sembunyikan hal ini daripada dia."

" Kalau begitu, awak dan Dr. Song tak payah cakap apa-apa pun padanya. Dia dah salah orang tapi dia masih fikir dia bertindak betul."

" Saya..."

" Hyung, awak tak usah bimbang. Saya tak akan beritahu Yunho hyung yang awak menolong saya."

Dua hari lepas, Changmin berjaya memujuk Junsu agar membawa Jaejoong ke hospital untuk dirawat. Hasil pemeriksaan mendapati Jaejoong harus menjalani pembedahan kecil di bahagian pergelangan kaki kiri serta jahitan di bahagian kepala. Sebelah mata kirinya juga terpaksa dirawat kerana mengalami jangkitan. Junsu hampir berputus asa mendengar pembiayaan yang perlu ditanggungnya untuk rawatan Jaejoong namun Changmin segera menawarkan diri membantunya.

" Kenapa...awak beria-ia menolong kami? Apa motif awak? Awak takkan minta apa-apa balasan, bukan? Kami ni orang susah, tak dapat nak bayar balik semua duit awak tu nanti," Junsu menyoal niat Changmin semasa mendengar tawaran pemuda itu.

" Junsu-shi, saya memang ada motif saya sendiri. Tapi saya akan terangkan pada awak setelah abang awak pulih nanti. Saya harus meminta maaf padanya mewakili seseorang," jawab Changmin sebaik mungkin.

Meminta maaf sebenarnya tidak mencukupi bagi Changmin. Dia terasa ingin menumbuk muka Yunho setelah Dr. Song memaklumkan yang Jaejoong telah didera secara seksual memandangkan pemuda malang tersebut mengalami kecederaan serius di bahagian tertentu. Berdasarkan pernyataan Wonbin, Changmin yakin yang Yunho bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kecederaan Jaejoong.

" Hyung, awak tak payahlah temankan saya. Saya nak jumpa dengan Dr. Song dulu," ujar Changmin sambil membimbit beg galasnya.

" Kalau awak perlukan apa-apa, hubungi saja saya. Atau Jang Hyuk. Perangai dia mungkin teruk tapi dia boleh dipercayai," balas Wonbin pula.

" Saya faham. Terima kasih, hyung."

Selepas Wonbin beredar, Changmin menuju ke bilik pejabat Dr. Song. Dia ternampak Dr. Song sedang berbual-bual dengan seorang lelaki yang mengenakan pelitup muka. Apabila melihat kehadiran Changmin di situ, lelaki tersebut segera meminta diri dan melangkah pergi. Changmin perasan lengan sebelah kanan tetamu Dr. Song itu tidak normal seperti orang lain.

" Changmin, ada apa-apa?" pertanyaan Dr. Song menarik kembali perhatian Changmin.

" Doktor, agak-agak berapa lama Jaejoong perlu dirawat di sini?"

" Hmm...Secara fizikal, dia mungkin boleh keluar dari sini kurang daripada dua minggu. Hanya dia terpaksa menjalani pemeriksaan lanjutan untuk matanya. Secara mental, terpulang kepada dirinya sendiri."

Changmin mengeluh kecil.

" Doktor, tolong jangan cakap apa-apa tentang Jaejoong kepada Yunho. Juga kepada orang-orang yang dekat dengan abang saya tu. Dia fikir Jaejoong bersubahat membunuh Ah Yeon tapi saya rasa dia dah salah orang," beritahu Changmin pada Dr. Song.

" Saya takkan berjanji apa-apa, Changmin. Tapi saya akan cuba lindungi Encik Kim buat sementara waktu ni," ujar Dr. Song.

" Itu dah cukup bagus," sahut Changmin.

" Changmin, saya nak tanya sikit. Kenapa awak sukarela menanggung pembelanjaan rawatan pemuda ni? Awak suka pada diakah?"

Changmin sempat tergela

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*