Di luar jangkaan

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jaejoong tidak begitu pasti apa yang berlaku selepas Changmin keluar hendak mengambil air mineral untuknya. Beberapa minit setelah dia memejamkan matanya, ada sepasang tangan mencengkam dan mencekik lehernya. Begitu dia membuka mata, Jaejoong jadi panik melihat wajah lelaki yang mencabulnya sebelum ini sedang cuba membunuhnya.

“ Hyung!”

Changmin benar-benar cemas apabila mendapati Yunho sedang menindih Jaejoong dan mencekik pemuda malang itu. Dia segera menerkam dan menarik abangnya sekuat hati. Tetapi Yunho yang agak beremosi ketika itu sempat menjatuhkan Changmin ke atas lantai.

“ Pembelot! Apa kau cuba buat, Changmin?!”

“ Hyung, tunggu! Hyung salah orang!”

Yunho kembali memusatkan perhatiannya ke arah Jaejoong yang sudah mencangkung di tepi sudut katil sambil memandangnya penuh ketakutan. Walau bagaimanapun, langkah Yunho terbantut apabila seseorang memaut tubuhnya dari belakang. Dia berpaling dan mendapati Wonbin menahannya dari bergerak. Secara spontan, Yunho memukul muka lelaki tersebut dengan belakang tangan sebelum menarik dan menjatuhkannya.

“ Hyung!”

Sebelum sempat Changmin mencapai abangnya itu, Yunho menendang adiknya menyebabkan Changmin terpelanting ke sisi dinding. Tanpa mempedulikan sesiapa lagi, Yunho menghampiri Jaejoong seperti seekor singa yang bakal membaham mangsanya. Tangannya nyaris mencengkam kepala pemuda yang sedang ketakutan itu tetapi sempat ditempis oleh seseorang. Apabila dia berpaling, dia mendapati sosok seorang lelaki dengan pelitup muka menggelengkan kepala padanya. Lelaki itu kemudian menghempasnya ke atas katil sambil memaut lehernya dengan sebelah tangan.

“ Yunho, apa kamu buat ni? Menggila tak tentu hala!”

Sebaik sahaja mendengar suara lelaki tersebut, Yunho bungkam. Begitu juga Changmin dan Wonbin yang hampir tidak percaya setelah lelaki berkenaan membuka pelitup mukanya.

“ Byung hyung!”

“ Macam mana kamu berdua ni nak melindungi orang kalau Yunho seorang ni pun tak dapat nak uruskan.”

“ Hyung, aku ingat hyung dah mati!”

Byung Hun hanya tersenyum mendengar kata-kata Wonbin tersebut. Dia memandang ke arah Yunho dan melepaskan cengkamannya setelah yakin pemuda itu tidak akan bertindak melulu. Disebabkan terkejut melihat kemunculan semula Byung Hun, Yunho terduduk di atas katil cuba memahami situasinya ketika itu. Dan apabila menyedari tangan kanannya menjadi perhatian, Byung Hun pun bersuara,  

“ Yunho, aku tahu siapa yang membunuh Ah Yeon.”  

*

*

*

“ Hello, Dongwook!”

“ Hmm… Apahal, Sung?”

“ Di mana kau sekarang?”

“ Aku di luar hospital. Aku hantar…”

“ Cepat pergi dari situ! Byung Hun masih hidup, dia ada di sana!”

“…”

“ Ayuh, cepat! Aku dan yang lain-lain akan tunggu kau di jeti. Pergi sekarang!”

*

*

*

Suasana di dalam bilik Dr. Song senyap tanpa seorang pun para tetamunya bersuara. Lebih-lebih lagi mereka sedang menunggu doktor itu selesai merekodkan sesuatu di dalam failnya. Dr. Song sempat melenting apabila mendapat tahu mereka menimbulkan kekecohan di bilik Jaejoong setengah jam yang lalu. Akibat perbuatan Yunho, Jaejoong terpaksa diberi ubat sedatif untuk menenangkannya yang mengalami kecelaruan emosi.

“ Saya minta maaf, Yunho-shi. Tapi ayah awak yang minta rahsiakan keberadaannya selama ini. Awak pun dengar apa kata Byung Hun. Dia cuba mencari pembelot dalam organisasi,” ujar Dr. Song memecah kebisuan.

“ Saya tak sangka Dongwook…” Yunho menggosok-gosok mukanya agak kesal.

“ Apa motif dia buat semua ni? Saya memang tahu dia tak boleh dipercayai tapi saya tak tahu niat dia kenakan keluarga kami,” sampuk Changmin.

“ Itu kamu tanyalah pada ayah kalian kalau jumpa dia nanti. Aku tak boleh nak ceritakan semuanya,” kata Byung Hun pula.

Yunho mengeluh.

“ Jadi, appa masih tinggal di flat orang yang bernama Micky tu?”

“ Ya. Tapi mungkin dia akan balik petang ni juga memandangkan kami dah dapat maklumat tentang orang yang memasang bom dalam kapal layarnya tempoh hari. Lagipun, Dongwook dah terlepas.”

“ Tapi, Byung hyung… Pembunuh Ah Yeon…”

“ Yunho, orang upahannya itu adalah seseorang dari Jepun. Tapi aku rasa isteri kamu dikerjai oleh Dongwook, bukan orang upahannya.”

“ Macam mana hyung yakin pasal hal ini?”

“ Sebab Ah Yeon pernah gugurkan kandungannya sebelum Yumin. Dia minta Sehu rahsiakan perkara tersebut dari kamu sekeluarga.”

Mata Yunho membulat mendengar pernyataan daripada Byung Hun itu. Dia berpaling kepada Dr. Song dan doktor berkenaan menganggukkan kepala

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*