Tidak semudah bicara

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

" Jangan terlalu mendesak, Jin. Nanti tak pasal- pasal Changmin tu kahwin lari dengan Jaejoong. Ingat senang nak jejak orang yang dah merajuk?"

" Ah, unnie. Tak payah nak takutkan saya. Lagipun, saya cuma nak buat majis tertutup saja."

" Changmin dah cakap hari tu. Kalau nak buat juga majlis bertunang, hanya jemput ahli keluarga terdekat saja."

Beberapa hari yang lalu, Changmin telah berbincang dengan kedua ibu bapanya mengenai rancangan perkahwinannya. Dia mahu bertunang dengan Jaejoong dahulu memandangkan pengajiannya akan tamat tidak lama lagi. Selepas puas berbincang, Puan Shim akhirnya bersetuju agar Changmin menangguhkan majlis perkahwinannya. Walau bagaimanapun, Puan Shim berkeras hendak meraihkan pertunangan anak bongsunya secara rasmi.

" Budak tu selalu angin tak kira masa," rungut Puan Shim apabila mengingati semula sikap Changmin yang suka memprotes.

" Tengok siapa ibunya," Cik Jung memperli adiknya.

" Unnie, seriuslah... Changmin tu nampak saja pendiam tapi paling suka membangkang saya dan appanya. Yunho tu pula mulutnya mungkin agak menyakitkan hati tapi dia tetap menurut kata. Jarang nak memprotes," Puan Shim membuat perbandingan.

Cik Jung menjenguk kelibat Yunho yang sedang bersandar di luar sisi keretanya sambil menelefon seseorang di depan pintu pagar. Lelaki itu tidak sedar yang dia sedang diperhati oleh ibu saudaranya dari beranda rumah. 

" Unnie dengar Yunho akan ke Jepun. Di mana dia tinggal nanti?" Cik Jung kembali berpaling kepada adiknya.

" Nagoya. Dia sendiri yang pilih tempat tu," ujar Puan Shim.

" Jadi, dia takkan hadir semasa majlis pertunangan Changmin kelak? Benarkah esok lusa dia akan duduk di hotel?"

Soalan Cik Jung tidak segera dijawab oleh Puan Shim. Ini disebabkan Raewon datang menghampiri kedua-dua wanita tersebut.

" Puan Shim, tuan nak tahu sama ada puan nak ubah apa- apa untuk bilik Encik Kim. Kalau ada yang nak ditambah, dia minta saya bantu puan dapatkan senarai yang perlu," beritahu Raewon kepada Puan Shim sebaik sahaja bersemuka dengannnya.

" Tak apa, saya dah uruskan hal itu dengan Encik Nam. Tapi saya nak ke rumah Encik Kim dalam pukul 3 petang. Kalau awak lapang masa tu, saya nak awak bawa kereta," kata Puan Shim pula.

" Baik, puan. Biar saya semak jadual saya dengan Tuan Shim dulu," balas Raewon.

Puan Shim menganggukkan kepala. Raewon pun meminta diri untuk beredar dari situ dan membiarkan kedua- dua beradik tersebut kembali berborak.

" Unnie boleh temankan kamu kalau kamu mahu. Tak perlu tunggu si Raewon tu," Cik Jung menawarkan diri untuk menemani adiknya.

" Tak apalah, unnie. Saya tak mahu Puan Kim rasa kurang selesa. Lagipun, saya nak berbincang sesuatu yang mungkin agak sensitif bagi Puan Kim," ujar Puan Shim sambil memeriksa mesej di telefon bimbitnya.

" Kamu belum jawab soalan unnie tadi. Benarkah Yunho duduk di hotel nanti?" Cik Jung kembali mengulangi pertanyaannya sebelum ini.

" Sebelum Jaejoong pindah masuk ke sini, Yunho akan tinggal di luar buat sementara waktu. Unnie pun tahu apa Yunho buat pada Jaejoong, kan? Takkan nak mereka berdua tinggal sebumbung... mungkin bukan untuk sekarang," jawab Puan Shim.

*

*

*

Selepas makan malam, Junsu menemani Jaejoong mengemas barang- barang peribadinya di dalam bilik sementara nenek mereka duduk menonton tv di ruang tamu. Gara- gara kedatangan Puan Shim pada sebelah petang tadi, angin Puan Kim agak kurang elok pada malam itu. Semuanya kerana saranan Puan Sh

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*