Kebenaran yang menyakitkan

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

* Warning- Harsh words and offending language ahead.

' Sialan! Sakit betul kepala aku...'

Terjaga dari tidur pada pagi itu, Yunho mendapati dia berada di dalam sebuah bilik hotel bajet murah. Kepalanya terasa berdenyut-denyut akibat berlebihan meminum arak selepas sesi 'soal siasat' malam semalam. Batang hidung Dongwook tidak kelihatan manakala pemuda yang disyaki bersubahat dengan pembunuh isterinya juga tiada di situ.

" Sial! Mana dia pergi?"

Yunho bergegas bangun dan mengenakan pakaiannya. Dia akan berasa benar-benar bengang jika pemuda tersebut terlepas lari tanpa memberi sebarang maklumat. Semasa mencapai kotnya, Yunho sempat terpandang seutas rantai loket emas yang terletak di atas meja lampu berhampiran. Ini menyebabkan dia teringat apa yang telah terjadi semalam.

" Sudah dikerjakan dengan teruk tapi dia masih tak mengaku...dasar pencuri," Yunho bertutur sendirian sambil menyimpan loket antik itu ke dalam saku seluarnya dan melangkah ke muka pintu.

Yunho hampir sahaja melanggar salah seorang pengikutnya apabila dia keluar dari bilik hotel tersebut. Dia merenung tepat ke wajah pengikutnya itu dengan tajam. Lelaki yang bernama Wonbin itulah yang diarahkannya membawa kereta malam tadi. 

" Awak! Mana pemuda yang kita soal tu? Awak lepaskan dia?" tanya Yunho seraya mendorong Wonbin ke dinding.

" Ah, tak... Saya tak nampak dia, Yunho-shi," jawab Wonbin agak risau.

" Tak nampak? Habis, apa awak buat berdiri di depan pintu ni? Awak tidur berdiri?" tanya Yunho marah.

" Saya..."

" Yunho-shi, awak sendiri yang minta ditinggalkan sendirian dengan lelaki berambut perang tu. Apa awak dah lupa?"

Suara Jang Hyuk, pengikut keluarga Shim yang paling tidak disukai oleh Yunho, tiba-tiba mencelah perbualan mereka. Yunho melepaskan cengkamannya dari lengan Wonbin dan berpaling memandang Jang Hyuk. Lelaki yang biasa berketrampilan selekeh itu dengan selamba menghisap rokok sambil bersandar pada pintu bilik bersebelahan.

" Siapa suruh awak ke mari? Dongwook? Kalau sekadar nak tengok-tengok, pergi berambus dari sini!"

" Saya tak terima arahan daripada dia. Mak awak yang minta saya jenguk keadaan awak..."

Yunho mendengus. Anginnya tidak begitu baik ketika itu. Sudahlah orang kanannya tiada di situ, muncul pula orang yang paling menjengkelkannya.

" Bodoh! Lembab! Kau orang semua ni tak boleh diharap langsung!" marahnya sebelum beredar dari tempat tersebut.

Wonbin dan Jang Hyuk hanya memerhatikan sahaja sosok Yunho berlalu.

" Aku nampak kau biarkan lelaki berambut perang tu naik teksi semalam. Kau tak cuba halang dia pun," Jang Hyuk bersuara pada Wonbin setelah kelibat Yunho menghilang.

" Habis tu, kau nak beritahu Yunho?" tanya Wonbin tenang.

" Tak. Bukan ada faedah pun aku lapor padanya. Dia takkan percaya cakap orang lain kecuali Dongwook," jawab Jang Hyuk.

" Pemerkosaan adalah perkara yang paling aku benci. Aku lebih suka kalau Yunho membunuh saja lelaki itu semalam."

" Sebab tu kau biarkan dia melepaskan diri? Isk, isk, isk...Patutlah kau tak dapat jadi orang kanan Yunho. Kau terlalu berlembut dengan musuh."

Wonbin tidak menyahut kata-kata Jang Hyuk lagi. Dia cuma tersenyum kecil dan mengatur langkah meninggalkan Jang Hyuk yang masih merokok. Tidak seperti Jang Hyuk, dia tetap menghormati Yunho sebagai pewaris utama keluarga Shim meskipun tidak serasi dengan corak pemikiran anak sulung Encik Shim itu. Yunho mungkin memandang rendah terhadapnya tetapi Wonbin tidak ambil kisah dengan persepsi orang sekelilingnya.

Namun, dia sependapat dengan Jang Hyuk tentang satu perkara. Yunho terlalu mempercayai Dongwook.

*

*

*

Changmin sengaja ponteng kelas tengah hari itu untuk singgah di rumah agam keluarganya. Dia agak terkejut melihat Raewon duduk membaca majalah di luar rumah kerana pemandu itu biasanya mengiringi Yunho berurusan pada waktu-waktu begini. Sejak kehilangan Encik Shim, Raewon menjadi pemandu kepada Yunho untuk urusan rasmi.

" Raewon hyung, awak tak ikut Yunho hari ini?" tanya Changmin ingin tahu.

" Oh, hari ni abang awak tak pergi ke pejabat. Dia berehat di dalam biliknya," jawab Raewon.

Changmin berasa pelik. Yunho jarang ponteng kerja melainkan ada sesuatu yang membuatnya hilang tumpuan. Tanpa banyak bicara, Changmin masuk ke dalam rumah dan mencari abangnya itu. Kebetulan, dia juga berniat menyoal Yunho tentang kerja intipan yang dilakukan oleh Dongwook selama beberapa minggu di Mone Mone Bar. 

Mendapati ketukannya tidak bersahut, Changmin pun terus masuk sahaja ke dalam bilik tidur abangnya. Dilihatnya Yunho sedang lena tidur di atas katil tanpa menanggalkan kot. Beberapa barangan seperti jam tangan, dompet, kunci kereta dan lain-lain benda bertabur di atas karpet lantai biliknya.

" Huh, mabuk berat nampaknya dia ni. Jangan-jangan tidur dengan pelacur malam tadi," bisik hati kecil Changmin sambil memerhatikan keadaan Yunho.

Matanya kemudian ternampak seutas rantai emas dengan loket berbentuk bunga terkeluar dari saku seluar abangnya. Changmin mencapai rantai tersebut dan membelek-beleknya. Dia keliru. Rantai loket itu menyamai rantai yang biasa dipakai oleh ibu dan mendiang kakak iparnya. Walau bagaimanapun, rantai loket milik Ah Yeon hilang semasa kakak iparnya itu ditemui mati dibunuh sebulan yang lalu.

" Umma punya agaknya."

Changmin menggeleng-gelengkan kepalanya lalu mengatur langkah beredar dari bilik abangnya. Dia membawa rantai loket itu bersamanya dengan tujuan memulangkan rantai tersebut kepada ibunya. Baginya, mustahil Puan Shim menyerahkan begitu sahaja rantai itu kepada Yunho tanpa sebab.

" Ingatkan dah tak ingat nak balik rumah. Dekat sebulan, baru nak jenguk orang," Puan Shim menyindir Changmin sebaik sahaja ternampak anak bongsunya itu.

" Umma, dahlah. Takkanlah pasal tempat tinggal pun umma nak kecil hati lama-lama," balas Changmin sambil duduk di sebelah ibunya.

Semanjak kehilangan suami dan menantunya, Puan Shim kelihatan semakin kurus. Namun, hati wa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*