Misteri Puan Shim
Seribu Satu KemungkinanBosan.
Itulah yang dirasai oleh Jaejoong sambil merenung ke luar dinding kaca yang menghadap jalan raya. Hujan renyai-renyai yang membasahi bandar Seoul ketika itu tidak menghalang tumpuannya. Para pelanggan di dalam salon tempatnya menunggu juga hanya beberapa orang sahaja. Seperti biasa, pemilik salon, Puan Sung, sudah menghilangkan diri di sebalik bilik khas yang disediakan untuk pelanggan utama.
" Eh, Jaejoong? Kamukah tu?"
Jaejoong berpaling ke arah empunya suara yang menyapanya itu. Berderau darahnya mendapati bekas rakan sekolahnya, Jessica berkepit di depannya dengan lelaki yang sangat dikenalinya suatu waktu dahulu.
" Jessica," ucapnya spontan.
" Ah, betullah kamu! Ingat juga kamu," ujar Jessica sambil melentuk-lentukkan kepalanya.
" Jae...Kamu nampak lebih berisi sekarang."
Jaejoong tidak segera menyahut. Lelaki yang menegurnya itu adalah Chil Hyun, bekas teman lelakinya semasa di bangku sekolah. Dia agak keberatan melayan pasangan tersebut memandangkan semasa berpisah dengan Chil Hyun, mereka tidak pernah berbaik. Chil Hyun tidak pernah memberi kesempatan untuknya menjelaskan salah faham yang berlaku.
" Kamu masih lagi tinggal di kawasan setinggan, Jaejoong?" tanya Jessica padanya.
" Tak, saya dah pindah," jawab Jaejoong pendek sambil membetulkan beanie yang dipakainya untuk menyembunyikan rasa gugup.
" Oh, di mana kamu dan keluarga kamu tinggal sekarang? Saya dan Chi menetap di Eden Hill."
" Keluarga saya...sekarang tinggal di Sunset Villa."
Mata Jessica membulat besar mendengar penyataan daripada Jaejoong tersebut. Sepanjang pengetahuan Jessica, Jaejoong datang dari keluarga yang susah. Semasa masih belajar di sekolah tinggi, rata-rata rakan sekelasnya tahu yang pemuda itu tinggal di kawasan setinggan
" Eh? Sunset Villa? Wow, kamu mampu menyewa apartmen di sana?" ujar Jessica tidak percaya.
" Jess, dahlah tu. Tak payahlah banyak tanya pula," Chil Hyun menegurnya.
" Alah, kita dah lama tak jumpa. Biasalah aku ingin tahu perkembangannya. Kamu kerja apa, Jaejoong? Atau kamu kerja di Sunset Villa? Kalau tak, masakan kamu boleh menyewa di tempat mewah macam tu."
Jaejoong menarik nafas panjang. Perangai Jessica masih tidak berubah. Dia sentiasa mengambil peluang yang ada untuk merendah-rendahkan Jaejoong di hadapan Chil Hyun. Bukankah dia sudah berjaya memiliki Chil Hyun, apa lagi yang dimahukan oleh perempuan itu?
" Saya bekerja sambilan saja buat masa ini," jawab Jaejoong separuh hati.
" Eh, kerja sambilan? Biar betul. Chi dah jadi pengarah di syarikat ayahnya. Kamu masih belum dapat kerja tetap?" ujar Jessica pula.
" Jess, tak baik cakap macam tu," sekali lagi Chil Hyun menegur sikap pasangannya itu.
" Chi, aku cuma..."
" Ada apa urusan kamu berdua dengan Jaejoong?"
Chil Hyun dan Jessica tersentak mendengar suara yang agak kasar menyapa mereka dari belakang. Apabila kedua-duanya berpaling, Chil Hyun sempat ternganga sebentar. Wanita yang dikenali sebagai Puan Shim sedang berdiri di belakang mereka sambil memegang tongkat.
" Selama
Comments