Tiada lagi rahsia

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sesuatu akan berlaku.

Itulah yang dirasakan oleh Yunho apabila melihat ibunya duduk di kerusi yang menghadap meja pejabatnya pagi itu. Raut wajah ibunya kelihatan serius dan penuh nekad. Yunho menarik nafas panjang sebelum mengambil tempat duduknya. Dia tahu tiada guna menghalau wanita itu keluar dari pejabatnya buat masa sekarang.

" Apa umma buat di sini? Kami ada mesyuarat sebentar nanti," sapa Yunho.

" Ada hal umma nak tanya kamu," balas Puan Shim.

" Tak boleh tunggu sampai di rumah?" tanya Yunho sambil cuba menyibukkan dirinya.

" Semalam umma dah cuba tunggu. Tapi kamu tiba-tiba keluar dan balik tengah malam," jawab Puan Shim sedikit jengkel.

Yunho mengeluh. Dia menatap wajah ibunya yang ada di depannya ketika itu. Sejak kematian Ah Yeon, Puan Shim jarang mahu berbual dengannya. Meskipun ibunya tidak pernah berkata apa-apa, Yunho dapat merasakan yang ibunya sedikit sebanyak menyalahkannya di atas kematian Ah Yeon.

" Apa dia umma nak tahu?"

" Betulkah kamu dah hamilkan seseorang?"

Meskipun agak terkejut dengan soalan yang diajukan oleh ibunya itu, Yunho sedaya-upaya mengekalkan ekspresi wajahnya seperti biasa. Dia sepatutnya sedar yang ibunya bukan calang-calang orang. Apa yang Puan Shim ingin tahu, wanita itu akan cuba mendapatkannya tanpa mengira cara. 

" Umma dengar berita daripada siapa pula kali ni?" tanya Yunho kembali.

" Jadi, benarlah. Kamu tak nafikannya," Puan Shim tidak menyahut pertanyaan anaknya.

" Umma, saya tak pasti kalau umma mahu mendengar hal ini sekarang," kata Yunho seraya bangkit mencapai beberapa fail dari atas rak berdekatan.

" Kenapa? Kamu buat skandal dengan isteri orangkah?"

" Saya bukan appa! Jangan samakan saya dengannya."

" Jadi, siapa perempuan tu? Apapun pekerjaannya, jangan biarkan dia bawa pergi waris keluarga Shim begitu saja. Kamu juga kena bertanggungjawab."

" Umma, dia bukan seorang perempuan! Dan dia mungkin akan gugurkan kandungannya bila-bila masa saja!"

" Yunho!"

Dengan berat hati, Yunho berpaling semula ke arah ibunya yang kini berdiri tegak kebingungan.

" Apa maksud kamu yang dia nak gugurkan kandungannya? Kamu tak cuba halangnya? Pujuknya? Siapa lelaki ni? Biar umma jumpa dia dan bercakap dengannya!" Puan Shim bersuara walaupun masih keliru.

" Umma, ia tak semudah yang umma fikirkan. Dia takkan rela sekalipun saya ingin bertanggungjawab ke atasnya," balas Yunho yang mulai rasa tertekan.

" Kenapa? Apa dia seorang pelacur? Begitu?"

" Umma..."

" Yunho, umma boleh minta orang siasat bagi pihak umma. Tapi umma nak dengar sendiri daripada kamu. Siapa lelaki ni sampai dia berani nak buang janin kamu tu?"

Jika diberi pilihan, Yunho lebih sanggup mendengar leteran ayahnya daripada berdepan dengan ibunya ketika itu. Sekurang-kurangnya, Encik Shim sudah menerima hakikat bahawa anak sulungnya telah bertindak bodoh dua bulan lepas. Cuma yang menjadi masalah sekarang ialah mangsa anaknya kini berbadan dua dan mengalami kemurungan. Bahkan, Encik Shim turut naik angin apabila mendengar pemuda tersebut hendak menggugurkan kandungannya.

" Umma, maaf kalau saya kecewakan umma. Tapi...lelaki itu tak ingin ada kaitan dengan kita kerana saya memperkosanya beberapa bulan yang lalu," beritahu Yunho sambil menatap wajah ibunya.

Puan Shim terkedu mendengar pengakuan terbuka daripada anak lelakinya itu. Serta-merta memori lama bermain-main di ingatannya sehingga wanita berhati waja itu harus menahan marah dengan menggenggam penumbuknya. Dia tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk meragut maruah orang dengan cara keji seperti itu. Lebih-lebih lagi Yunho yang merupakan sosok seorang anak dan suami yang sering bertindak rasional sebelum ini.

Waktu seakan-akan terhenti apabila Puan Shim mengangkat tangannya dan menampar muka Yunho sekuat hatinya. Sengaja Yunho memejamkan sahaja matanya kerana tidak ingin melihat kekesalan pada wajah ibunya. 

" Kamu benar. Umma sangat kecewa denganmu!" 

*

*

*

' Sialan betul! Apa appa dah buat ni?'

Itulah ayat-ayat yang bermain di fikiran Changmin semasa pemuda tinggi lampai itu berlari-lari anak ke arah rumah agam milik keluarganya. Petang sebelum kuliahnya berakhir, dia mendapat panggilan kecemasan daripada Junsu yang panik apabila ternampak Jaejoong dipaksa masuk ke sebuah kereta mewah berwarna hitam metalik dari halaman rumah mereka. Melalui deskripsi Junsu, Changmin yakin sekali orang-orang yang membawa lari Jaejoong tadi adalah para pengikut bapanya.

" Hyung!" Changmin memanggil Raewon apabila ternampak pemandu itu duduk di tangga luar rumah.

" Changmin..."

" Di mana Encik Kim Jaejoong?"

"..."

" Saya tahu appa arahkan orang-orangnya bawa Encik Kim ke mari! Di mana dia sekarang?"

Melihat Raewon keberatan menjawab soalannya, Changmin tidak men

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*