Fakta yang tersembunyi

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

 

Kim Jaejoong bukanlah siapa-siapa. Hidupnya ringkas dan teratur. Walaupun dihimpit oleh kemiskinan, pemuda itu masih mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang abang dan cucu yang baik.

Itulah anggapan Puan Shim setelah bersemuka dan berbicara panjang dengan Puan Kim. Ironisnya, kekurangan Jaejoong dari segi material menguatkan lagi keazaman wanita tersebut untuk mendapatkannya sebagai menantu. Zaman sekarang, mana ada orang yang dapat hidup tanpa wang.

Puan Shim sedar Changmin pasti marah dengan tindakannya mengatur perkahwinan anak bongsunya itu secara mendadak tanpa berbincang terlebih dahulu dengan empunya badan. Dia mungkin dianggap terlalu mementingkan diri sendiri. Namun, kemarahan Changmin tidak akan mengugat tekadnya untuk membawa Jaejoong ke dalam keluarga Shim.

“ Umma tak rasakah yang tindakan umma kali ini agak keterlaluan?” tanya Yunho yang duduk menemaninya minum di luar taman petang itu.

“ Hmm… Jadi, kamu nak kahwin dengan mangsa kamu tu?” balas Puan Shim pula.

"..." Yunho terpukul mendengar soalan sedemikian daripada ibunya.

“ Lagipun, yang buat keputusan ni sebenarnya adalah appa kamu. Dan umma rasa inilah jalan penyelesaian terbaik untuk kamu berdua.”

Yunho terdiam. Baginya, ibunya sangat licik. Encik Shim mungkin ketua keluarga tetapi pengaruh Puan Shim begitu besar sehinggakan ayahnya kadang kala membuat keputusan semata-mata untuk memuaskan hati sang ibu. Dia tidak mengerti mengapa ibunya beria-ia mahukan cucu daripada pemuda yang tidak dikenali oleh mereka itu.

“ Tapi kenapa pula saya harus ke Jepun? Nak jauhkan saya dari bakal menantu umma tu? Bukannya saya ada niat pun nak berjumpa dengannya,” kata Yunho yang tidak senang dengan keputusan Encik Shim memindahkannya bertugas di cawangan luar negara bulan depan.

“ Kamu mungkin cakap macam tu sekarang sebab otak kamu waras buat masa ni. Tapi kelibat kamu akan menakutkannya. Umma nak dia rasa selesa bila dia tinggal di sini kelak. Bermakna kamu kena berkorban,” balas Puan Shim.

“ Berkorban, huh?”

“ Tak payah bersikap sinis. Bukankah nasib dia lebih buruk daripada kamu?”

Yunho mengeluh. Ibunya memang suka membuatnya rasa bersalah.

“ Saya dah menyesal, umma. Tak payah umma tambahkan tekanan saya." 

Puan Shim kemudian menangguhkan perbualan mereka untuk menghubungi seseorang di telefon. Sempat Yunho menyumpah dalam hati apabila mengetahui ibunya menelefon Jang Hyuk. Sementara menunggu ibunya habis bercakap dengan lelaki tersebut, Yunho ternampak kereta mini milik Changmin sedang bergerak dari jalan besar menuju ke arah simpang rumah mereka.

" Kenapa mesti suruh Jang Hyuk tu cari eemo? Umma tak ada nombor telefon diakah?" tanya Yunho sebaik sahaja Puan Shim menamatkan perbualannya.

" Ibu saudara kamu tu selalu tukar nombor telefon. Paling mudah biar Hyuk cari dia. Umma nak dia tolong urus majlis perkahwinan Changmin nanti," ujar ibunya sambil tersenyum puas.

" Jangan senang hati dulu. Umma nampak tak di sana? Changmin dah datang," beritahu Yunho.     

Puan Shim melemparkan pandangannya ke arah perkarangan rumah mereka. Kereta Changmin sudah pun berhenti di depan dan pemuda tinggi lampai keluar dari keretanya dengan airmuka yang tegang. Jelas kedatangannya hanya ada satu tujuan.

Tanpa berasa bimbang, Puan Shim siap menghadapi konfrontasi dengan anak bongsunya itu.

*

*

*

‘ Alangkah bagus kalau aku dapat main bola sepak macam dulu-dulu.’

Sambil berjalan melintasi padang bola sepak, Junsu sempat berhenti sejenak memerhatikan kanak-kanak berebut bola sesama sendiri di situ. Situasi tersebut membuatnya terkenangkan kembali zaman sekolah rendahnya yang tidak serumit sekarang. Pada masa itu, neneknya masih cergas dan mereka tidak pernah dilanda masalah besar walaupun hidup serba kekurangan.

 “ Su, awal kamu balik hari ni. Tak ada aktiviti petang?” sapa Puan Kim apabila Junsu masuk ke dapur.

“ Ada tapi kena batal,” jawab Junsu pendek.

Sambil mengambil meneguk air dari botol mineral, Junsu perasan neneknya seperti mahu mengatakan sesuatu kepadanya. Puan Kim sedang mengupas salah sebiji buah oren pemberian Puan Shim tempoh hari dengan perlahan-lahan. Tetapi anak matanya asyik melirik ke arah Junsu.

“ Kenapa ni, halmoni? Ada apa-apa tak kena?” tanya Junsu seraya duduk di depan neneknya.

“ Hmm…Kau

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*