Waris keluarga Shim

Seribu Satu Kemungkinan
Please Subscribe to read the full chapter

 

" Kerja ni membosankan. Aku sepatutnya sedang pungut hutang di Gangseo-gu, bukan jaga orang mengandung."

" Kau takkan berada di sini dengan aku kalau kerja kau di sana memuaskan."

" Diamlah kau. Ni kau dan Changmin punya pasallah, suka campur tangan hal orang lain."

" Hyuk, Yunho akan buat kesilapan lebih besar kalau kami berdua berdiam diri saja."

Jang Hyuk merengus kecil. Duduk mengintip orang bukanlah salah satu tugas yang digemari oleh lelaki berkumis nipis itu. Apatah lagi ditemani sosok yang dianggapnya terlalu lembut untuk bertindak agresif. Entah kenapa Encik Shim boleh memilih Wonbin sebagai rakan setugasnya kali ini.

" Kau boleh merungut kepada Tuan Shim selepas rutin kita selesai nanti," Wonbin bersuara seolah-olah membaca fikiran Jang Hyuk ketika itu.

Sudah hampir seminggu mereka berdua menjadi pemerhati senyap di kawasan perumahan setinggan yang diduduki oleh Jaejoong. Dari pemerhatian mereka, pemuda tersebut masih tidak menyedari yang dirinya diawasi 24 jam oleh orang-orang Encik Shim semenjak berita kehamilannya diketahui oleh ketua keluarga Shim itu. Jaejoong mengurus dalam dan luar rumahnya seperti biasa tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya. Pada saat-saat tertentu, Jang Hyuk dan Wonbin sempat melihatnya duduk termenung selepas membuang sampah di luar rumah.

" Eh, bukankah itu anak sulung Encik Gus?" ujar Wonbin sambil menyandarkan sebelah tangannya pada stering kereta setelah menyedari ada sebuah kereta berhenti di depan rumah Jaejoong.

Jang Hyuk memanjangkan lehernya untuk melihat dengan lebih jelas sosok yang keluar dari kereta biru tua itu.

" Dennislah tu. Mungkin baru balik dari Amerika," kata Jang Hyuk pula. 

Lelaki yang bernama Dennis tersebut berjalan beberapa langkah ke arah rumah Jaejoong sebelum berhenti dan berpaling ke arah Jang Hyuk dan Wonbin berada.

" Dia tahu kita ada di sini," beritahu Wonbin.

" Jadi? Dia sendiri buat apa datang ke mari?" balas Jang Hyuk jengkel.

Dennis tidak memandang panjang ke arah mereka berdua. Sebaliknya, dia kembali menuju ke arah rumah Jaejoong dan mengetuk pintu rumah berkenaan. Tidak lama kemudian, Jaejoong dilihat membuka pintu untuk lelaki tersebut dan membiarkannya masuk ke dalam. Jang Hyuk mengerutkan keningnya sebaik sahaja kelibat Dennis hilang dari pandangan.

" Apa kalian pasti yang si kurus tu mengandungkan anak Yunho? Bukan anak Dennis tu?" tanya Jang Hyuk sinis pada Wonbin.

" Jangan cakap sebarangan, Hyuk! Benda ni sensitif. Tuan Shim soal siasat aku dan Yunho habis-habisan tempoh hari. Jangan kau nak merumitkan lagi keadaan," jawab Wonbin serius.

" Hmm...Memang dah rumit pun..."

Jang Hyuk menyilangkan tangannya sambil memandang ke luar tingkap kereta.

*

*

*

Lebih sebulan tidak bekerja, memang tidak hairanlah jika majikannya akan datang ke rumah menjenguknya. Tetapi orang yang ada di depannya bukan calang-calang orang. Lelaki itu adalah anak sulung kepada pemilik Mone Mone Bar dan lebih perseptif daripada Julien. Ini membuatkan Jaejoong berasa sedikit bimbang.

" Jude beritahu yang kamu kurang sihat. Sebab itu, hyung datang menjenguk kamu. Tapi...rupa kamu ni lain semacam," ujar Dennis sambil memusing-musing cawan di atas meja.

" Saya minta maaf banyak-banyak, hyung. Saya akan turun kerja secepat yang mungkin," balas Jaejoong.

" Itu bukan maksud hyung. Kami bukan nak memaksa kamu cepat-cepat bekerja. Semua orang di bar risau dengan keadaan kamu. Berminggu-minggu tak ada khabar berita," kata Dennis pula.

Jaejoong mendiamkan diri. Dia serba salah hendak berterus-terang dengan Dennis. Apa yang akan Dennis fikirkan jika dia mendapat tahu Jaejoong berbadan dua? Rata-rata semua orang di bar tahu yang dirinya tiada kekasih. Silap hari bulan, mereka akan menyangkakan yang Jaejoong telah meniduri pelanggan.

" Jae, kamu ada kenal sesiapa dari keluarga Shim Hyung Takk?" tanya Dennis tiba-tiba.

" Shim Hyung Takk? Saya tak kenal nama tu, hyung," jawab Jaejoong jujur.

" Tapi anak lelakinya selalu ke bar kita. Shim Changmin."

Mendengar nama Changmin, Jaejoong terpinga-pinga seketika. Dia tidak tahu pun pemuda bernama Changmin yang membantunya tempoh hari berkait rapat dengan orang yang disebut oleh Dennis tadi. Dennis menangkap riak wajah Jaejoong yang jelas agak kebingungan.

" Tak apalah, Jae. Hyung takkan menyibuk hal kamu. Tapi hyung harap kamu tak ada hubungan dengan mereka Shim tu. Bergaul dengan keluarga Shim hanya mendatangkan masalah. Kalau tak percaya, boleh tanya pada ayah hyung," ujar Dennis setelah mendapati Jaejoong keberatan membuka mulut.

Ironisnya, masalah yang dihadapi oleh Jaejoong semuanya berpunca daripada keluarga Shim walaupun dia tidak bergaul dengan mana-mana ahli keluarga Shim sebelum ini. Dia hanya mengenali Changmin setelah kejadian buruk yang menimpanya sebulan yang lalu. Dan kini dia bakal dilanda masalah besar gara-gara kehamilannya.

Selepas hampir setengah jam berada di rumah Jaejoong, Dennis kemudian meminta diri. Dia meng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aryacotta
By Nov... i hope i can update this story.

Comments

You must be logged in to comment
rin89 #1
Chapter 14: Thanks for the update!!
mjjejae_mira
#2
Chapter 14: welcome back.. ^^,)/
hai mcm mna la keadaannya nnti jaejoong pindah masuk rumah keluarga shim.. jgn dilupakan, jaejoong sedang menjadi sasaran tu...
mi_hero #3
Chapter 13: Kenapa semua cerita lain untuk friends only? Ada kemungkinan ke cerita ni nanti pun hanya untuk friends only? T.T
rin89 #4
Chapter 13: Bila nak update nie..?
blueberry93 #5
Chapter 13: Please update...menarik sangat cerita ni....
blueberry93 #6
Chapter 13: Please update....
mjjejae_mira
#7
Chapter 13: 2 in 1.. fuh, kejam nya...
rin89 #8
Chapter 13: Ahh... tak sabarnya!!
Blurr_moments
#9
Chapter 12: yunjae yunjae YUNJAE!!
epiktraveller
#10
Chapter 12: nebes maca eh. >___<
mok ending jaemin boleh siiikkkkkkk *molahmukakiyut*