Do Kyung Soo

The Food Chain
Please Subscribe to read the full chapter

 

Buku -buku latihan disusun dan dimasukkan kedalam laci meja. Cikgu Suho atau nama sebenarkan Kim Joon Myeon bersandar kepenatan pada kerusinya. Cermin mata yang dipakainya dibuka dan diletak diatas sisi meja. Dia memandang ke sekeliling bilik guru yang semakin lengang . Ada yang dah pulang ,ada juga yang masih tekun kerja. 

 

Jam tangan ditilik sekilas sebelum dia bangun dan mengambil beg bimbitnya. Tanpa suara ,dia terus berjalan keluar . Menyelusuri koridor yang sunyi memandangkan sejam sudah berlalu sejak lonceng tamat sekolah dibunyikan. 

 

Kakinya laju menuruni anak tangga yang menghala ke parkir sekolah . 

 

 " Suho " panggil satu suara yang besar , menghentikan pergerakannya. Dia terus menoleh dan wajahnya bertukar tegang serta merta. 

 

Chan Yeol yang bersandar pada dinding menghampirinya . Pada tangan lelaki itu ,memegang seputung rokok yang sudah separuh terbakar. Hisap rokok lagilah tu. 

 

 " Balik?"soalnya macam orang bodoh. 

Suho diam lama sebelum dia mengambil rokok Chan yeol dan sambung menghisapnya. Asapnya kemudian disembur tepat ke wajah lelaki itu. " Apa kali ni?"soalnya . 

 

Chan Yeol tersenyum apabila lelaki itu cepat menangkap tujuannya. " Do Kyung Soo  , 5-1 Culinary stream.. "

~~~

 " Oh, kamu dah pulang.. nanti jangan lupa tolong kat kedai"pesan Puan Moon apabila terserempak dengan anak perempuannya di muka pintu. Bo Na tersenyum lebar seraya mengangguk kecil. 

 

Pintu rumah ditutup dan senyuman Bo Na terus pudar. Dia dengan lemah berjalan ke biliknya yang dikongsi bersama mak cik-nya yang sampai kini tak kahwin -kahwin. 

 

Beg sekolah diletak diatas meja belajar dan Bo Na menyembamkan seluruh badannya pada katil mak ciknya . Ya , dia tiada katil memandangkan dia terpaksa mengalah kepada mak ciknya itu. 

 

 "Arghhhhhh!!!!~~"jeritnya sepuas hati. Nasib tiada siapa di rumah. 

 

Seusai itu, dia kembali bangun dan menyelongkar beg sekolahnya tadi. Mengeluarkan bertimbun buku latihan yang bernama Kim Jong Dae diatasnya. 

 

 " Siapkan semua ini.. esok pagi aku tahu semua dah siap.."

​​​​​

Arahan dengan unsur ugutan itu kerap berulang tanpa henti. Mengusutkan lagi kepala Bo Na. Gadis itu menghela berat . Hari pertama sekolah dah berlonggok kerja sekolah. Bagusnya..

 

Tidak mahu fikir banyak sebab takut botak, Bo Na segera menyalin pakaian untuk menolong keluarganya di restoran kecil . Malam inilah dia koyakkan mata.

~~~

Kim Jong Dae duduk dengan kaki bersilang diatas bangku di kantin.Sambil dia enak menikmati sarapannya,rakan sekutunya sibuk memeriksa setiap kerja yang sudah disiapkan oleh Bo na. Macam raja .  

 

Bo Na dengan mata yang serupa panda keletihan itu hanya mampu berdiri di sisi dengan rasa gugup. Tolonglah ~ dia tak tidur disebabkan lelaki mulut joker ini. Bibir kering dikemam sambil matanya tak senang melihat sekutu Jong dae yang memeriksa.

 

Macam tengah kena tangkap ngan kastam pula. Nak periksa -periksa bagai.

 

Sekutu setia Jong Dae iaitu Min Ho dan Key memberi isyarat kepada jong dae yang mengesat mulut. Lelaki itu tersenyum senget sebelum menurunkan silangan  kakinya. Dia dengan bongkaknya memandang kearah Bo na yang pucat lesi itu. 

 

 " Bagus. Mulai hari ini, kau Lee Bo na akan jadi ha--"

 

Tanpa salam, seorang pelajar lelaki tiba-tiba dibaling jatuh melutut ke hadapan Jong dae menghentikan segalanya. Bo Na juga tak kurang terkejut apabila dia segera terundur ke belakang. Matanya membutang memandang tepat kearah lelaki yang melu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WannaBelieve
Clap for me .. i made double update..hohohoho

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 14: chanyeol dgn nangis x bleh dipisahkann..even diorg nii pembuli kat skolah tpi kat luar ada jgk diorg buat baik..tq authornim sbb update
jimiekhyun
#2
Chapter 14: alahai alahai comel sangattttttttttt! apelah chanyeol tu eii itupun nak nangis ( ̄∀ ̄)
jimiekhyun
#3
Chapter 13: alalalaaa comey je memasing dah angau :3
lyanaesyaz #4
Chapter 13: wahh best"..sape fmily bo na sbnrnya..fmily dia lek" jerr..chan jerr melebih..hahahaha..ksian the trio tuu tabah lahh yerr
lyanaesyaz #5
Chapter 12: yahh kyeopta..alahaii sweetnya diorg nii..nk mcm tuu jgk bleh..authornim..tq sbb update
jimiekhyun
#6
Chapter 12: omygod geramnyaaa takde cara ke nak buat mulut sehun ni terbukak eh haku geramm
jimiekhyun
#7
Chapter 11: awwwwwww memasing dah inlove kyaaaa~~~~
jimiekhyun
#8
Chapter 10: nice chapter!! keep update authornim :)
lyanaesyaz #9
Chapter 9: nice chapter authornim..tq update