Connection

The Food Chain
Please Subscribe to read the full chapter

 

Pakaian seragam Sekolah Tinggi Ss itu disarung ke badannya yang tegap. Seorang lelaki tersenyum memandang wajahnya yang kacak pada cermin. Mengeluarkan sebuah kaca mata ,dia memakai pada wajahnya. 

 

 " Done.." desisnya dan berjalan keluar dari tandas pelajar lelaki itu. 

 

Membetulkan sandangan pada begnya ,dia berjalan menyelusuri koridor menuju ke kelas yang ditetapkan kepadanya. 

~~~

Sejak semalam , wajah Sehun semakin mendingin kepadanya . Bo Na menelan air liurnya apabila Sehun menjelingnya dengan pandangan tajam . Nasiblah pandangan tak boleh membunuh. Aih...

 

Buku diletak diatas meja . " Err... tentang artikel Cikgu Suho.. bila kita n---"

 

Sehun laju menjeling sekilas kearah Bo Na membuatkan gadis itu terus menutup mulut. Zip,done ! . Bo Na menggaru -garu tengkuknya dengan kekok. " Saya.. saya akan buatkan ...ehehehe.." selorohnya . 

 

Tak mahu terus kejar ajal di usia muda, Bo Na segera memalingkan wajahnya ke hadapan. Dia juga menjarakkan dirinya daripada Sehun sebaik mungkin. Nampak sangat lelaki itu masih sedang bengang tentang hal semalam . 

 

Ini semua kerana mamat Jang Yi Sing tu..

 

Keadaan di dalam kantin terus tegang setegang benang . Baek Hyun , Chan Yeol dan Sehun macam sepakat muafakat memandang tajam kearah Yixing yang juga tak mahu kalah. Secara jujurny ,Bona sebagai penonton barisan hadapan mengaku yang dia boleh nampak kilat ,petir dan meteor sedang berlaku diantara pandangan mereka berempat. Seram duh

 

Bahu Bo Na dipegang dengan erat sebelum Yixing menarik gadis itu ke belakang. Ini lagi satu, mamat ini memang tak reti bagi amaran ke ?. Yixing dengan berani menghadap ketiga -tiga mamat itu. 

 

Yixing yang tak sedar diri yang dia mungkin akan jadi mangsa ketiga Karnivor ganas itu. Sedarlah abang oii,kau bawah diorang .. omnivor sayang oiii

 

Tiba -tibq Yixing membongkok dengan penuh hormat dan agak lama. Semua orang yang melihat terus terkejut. Bo Na ternganga melihat aksi hormat lelaki itu. Oh, tahu takut...

 

Tangan Yixing tiba -tiba menaik dan satu persatu jemarinya turun dengan gaya slow motion . Ecewah~. Satu ,dua ,tiga dan empat...hinggalah hanya tinggal jari tengah masih berdiri dengan gah dan teguh. 

 

Fu...!!

 

Bo Na hampir tercekik air liur sendiri dan mati sia -sia . Matanya hampir terkeluar dari soket tatkala melihat aksi 'lucah' lelaki itu . 

 

Sedang yang lain semua terkejut tetapi tidak bagi The Trio yang masih pasang wajah dingin mereka. Chill aje.. tak ada nak terkejut beruk makyeh macam yang lain. Macam reda je bang oii...

 

Yixing bangun kembali dan tangannya diturunkan. Dia memandang satu persatu wajah ketiga-tiga lelaki itu. " Minta diri dulu... " pintanya dan terus berlalu pergi. 

 

Melintasi Bo Na dan terus keluar dari kantin. Eh?!!!

 

Dia dah buat kecoh , pastu blah !. 

 

Bo na yang dah cuak tak ada jalan lain selain dia terus mengikut Yixing. Tak gentleman gila mamat cina ni!. 

 

Sehun , Baek Hyun dan Chn Yeol sekadar mendiamkan diri. Memerhati yixing berjalan pergi.

 

Bo Na mengeluh perlahan sebelum menyembamkan wajahnya pada meja. Sehun yang duduk di sebelah akhirnya bergerak dari posisi batunya . Dia mengerling kearah Bo Na yang sudah mencium meja. 

 

Pandangannya kemudian dengan pantas dialihkan tatkala gadis itu akhirnya kembali bangun. Bo Na memandang Sehun untuk kesekian kali sebelum dia bangun dari kerusinya dan berjalan keluar dari kelas. Sehun sekadar memandang dari ekor matanya . 

~~~

 

 Semua pelajar di dalam kelas Kulinari 5-1 itu hampir tersedak sebaik melihat pelajar baru di dalam kelas mereka. Seorang lelaki yang sangat dikenali dahulu kini berdiri di hadapan mereka dengan imej yang baru. Badan yang tegap, rambut yang terpotong dengan sungguh style dan wajah yang sudah tidak dihiasi oleh jerawat batu. 

 

 " Pagi, Saya Jong in " perkenal Jong In sambil menaikkan tongkat cermin matanya yang melorot. 

 

"Betullah dia .."

"Apa yang berlaku pada dia?"

"Damm.. baru setahun dude.. "

"Still.. dia masih skema.." 

"Yeah,.. herbivor tetap herbivor..geezzz"

 

Bisikan -bisikan tersebut mula terapung di udara. Jong in sekadar mendengar dengan sinisan dalam hati. Matanya melilau memandang ke sekeliling kelas sebelum terarah kearah seorang lelaki di sudut kelas yang berseorang. Lelaki itu sedang tidur(?).

 

Kyung Soo tidur dalam kelas ?!.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WannaBelieve
Clap for me .. i made double update..hohohoho

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 14: chanyeol dgn nangis x bleh dipisahkann..even diorg nii pembuli kat skolah tpi kat luar ada jgk diorg buat baik..tq authornim sbb update
jimiekhyun
#2
Chapter 14: alahai alahai comel sangattttttttttt! apelah chanyeol tu eii itupun nak nangis ( ̄∀ ̄)
jimiekhyun
#3
Chapter 13: alalalaaa comey je memasing dah angau :3
lyanaesyaz #4
Chapter 13: wahh best"..sape fmily bo na sbnrnya..fmily dia lek" jerr..chan jerr melebih..hahahaha..ksian the trio tuu tabah lahh yerr
lyanaesyaz #5
Chapter 12: yahh kyeopta..alahaii sweetnya diorg nii..nk mcm tuu jgk bleh..authornim..tq sbb update
jimiekhyun
#6
Chapter 12: omygod geramnyaaa takde cara ke nak buat mulut sehun ni terbukak eh haku geramm
jimiekhyun
#7
Chapter 11: awwwwwww memasing dah inlove kyaaaa~~~~
jimiekhyun
#8
Chapter 10: nice chapter!! keep update authornim :)
lyanaesyaz #9
Chapter 9: nice chapter authornim..tq update