Part-Time Worker

The Food Chain
Please Subscribe to read the full chapter

 

Di dalam sebuah bilik kecil , Kyung Soo akhirnya bangun dari pengsannya. Dia memandang sekeliling sebelum memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Dia langsung tak ingat apa yang telah berlaku. Perkara terakhir yang dia nampak hanyalah suatu kenangan lama.

 

Dengan perlahan dia bingkas bangun bagi menukar pakaian sekolah yang masih tersarung di badan. Laci almari bajunya dibuka dan dia mengeluarkan sehelai t-shirt dan treksuit lusuh dari dalamnya. 

 

Pintu biliknya tiba -tiba dibuka dari luar. Jong In muncul dengan seplastik makanan. Lelaki itu terus tersengih sebaik melihat mata membulat Kyung Soo. 

 

 " Dinner ?" Pelawanya . 

~~~​​​

Laptop yang sudah bersinar itu diletakkan Sehun keatas meja belajarnya. Dia merenung laptop berjenama Acer itu sebelun jarinya pantas menekan punat 'on'. 

 

Tidak lama kemudian , skrin laptopnya mula memaparkan wallpaper 9 orang budak kecil yang sedang bergambar gembira di taman permainan. Se Hun duduk di atas kerusinya seraya memandang kosong kearah wallpaper laptopnya itu. 

 

9 orang budak dengan wajah yang naif . Senyuman terukir pada wajah setiap mereka tanpa ada rasa segan silu. Langsung tidak tahu menahu bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku kelak. 

 

Pintu dikuak dari luar , " Sehun-nim, tetamu tuan dah sampai " beritahu seorang wanita yang agak berumur dengan apron lusuh terikat pada pinggangnya. Sehun pantas mengangguk sebelum dia bangun dan keluar dari biliknya itu. 

 

Sesampainya dia di ruang tamu , kelihatan Suho sedang duduk diatas sofa sambil menikmati segelas jus. Dia tersenyum sambil membetulkan kaca matanya sebaik sahaja melihat Se Hun. 

 

Tanpa kata , Sehun terus duduk bertentangan dengan Suho . Dia memandang tepat kearah lelaki bergelar guru itu. 

 

" Aku dengar Min Seok dah cari calon baru ... betul ?..." soal Suho sambil menyandarkan badannya pada sofa empuk itu. Kakinya disilangkan sambil menunggu balasan dari Sehun . Tak lama kemudian Sehun sekadar mengangguk 

 

Suho diam seketika. " Kris akan turun Korea nanti.. suruh semua bersedia, dia mungkin akan bawa yang lain..." amaran Suho sebelum dia bangun dan berjalan keluar dari apartment mewah itu. Meninggalkan Se Hun membatu sendirian. 

~~~

Seorang budak meraung kesakitan tatkala rotan tebal melibas badannya. Dia menggigit kuat kolar bajunya sambil menahan setiap kesakitan yang menghinggap kulitnya. Matanya memerah menahan air mata daripada mengalir. 

 

Dia lelaki dan lelaki perlu kuat !. 

 

Chan Yeol tercunggap -cunggap bangun dari mimpinya. Dia memegang dadanya yang berombak. Peluh sejuk membasahi seluruh wajah dan badannya. Dia memandang sekelilingnya yang gelap. Keluhan lega dilepaskannya. 

 

Dengan langkah yang berat , dia melompat turun dari katilnya lalu berlalu ke tingkap yang ditutupi oleh langsir tebal. Diselaknya langsir dan cahaya pagi terus masuk kedalam. Menerangi biliknya. 

 

 Dia memandang kearah pemandangan biliknya yang menghadap terus ke balai polis Seoul.

~~~

 

Keadaan di dalam restoran Lee kelam kabut dengan pelanggan yang kian meningkat. Puan Moon berseorang menguruskan bahagian dapur sementara suaminya menguruskan hadapan. Bo Na dan Byung Chan ?. 

 

Entah kemana dua insan itu merayap setelah disuruh buang sampah. Tak patut percaya pada mereka lagi. 

 

Tuan Lee mengesat peluh sambil mengutip pinggan mangkuk yang kotor. Sekejap ke sana ,sekejap ke sini. Boleh pengsan dia jadinya. Dia akhirnya bersandar kepenatan di muka pintu restoran.Rasa macam nak ikut jejak anak -anaknya lari sahaja. 

 

Dia yang ingin berpaling masuk semula ke dalam restoran terhenti tatkala melihat seorang lelaki sedang terhendap -hendap di belakang tiang lampu . Matanya mengecil memandang lelaki muda itu . 

 

 " Hoii..kamu !" 

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WannaBelieve
Clap for me .. i made double update..hohohoho

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 14: chanyeol dgn nangis x bleh dipisahkann..even diorg nii pembuli kat skolah tpi kat luar ada jgk diorg buat baik..tq authornim sbb update
jimiekhyun
#2
Chapter 14: alahai alahai comel sangattttttttttt! apelah chanyeol tu eii itupun nak nangis ( ̄∀ ̄)
jimiekhyun
#3
Chapter 13: alalalaaa comey je memasing dah angau :3
lyanaesyaz #4
Chapter 13: wahh best"..sape fmily bo na sbnrnya..fmily dia lek" jerr..chan jerr melebih..hahahaha..ksian the trio tuu tabah lahh yerr
lyanaesyaz #5
Chapter 12: yahh kyeopta..alahaii sweetnya diorg nii..nk mcm tuu jgk bleh..authornim..tq sbb update
jimiekhyun
#6
Chapter 12: omygod geramnyaaa takde cara ke nak buat mulut sehun ni terbukak eh haku geramm
jimiekhyun
#7
Chapter 11: awwwwwww memasing dah inlove kyaaaa~~~~
jimiekhyun
#8
Chapter 10: nice chapter!! keep update authornim :)
lyanaesyaz #9
Chapter 9: nice chapter authornim..tq update