0.6

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.6~

 

Jisoo melangkah lemah masuk ke dalam apartment mewah miliknya. Tubuhnya dihempas ke sofa sebaik saja dia tiba di ruang tamu. Tali leher yang dipakai ditanggalkan dan dilempar ke tepi sambil mengeluh. Dia bersandar di kepala sofa dan telapak tangannya diletakkan ke dahi. Mata Jisoo menerawang memandang ke arah siling rumah sambil mindanya memikirkan kejadian petang tadi.

 

“Lepaslah Jisoo. Anggap saja yang kita tak pernah kenal.”

“Please Jeonghan…we need to talk. Banyak benda yang aku nak cakap.”

“Awak…”

Kehadiran seorang wanita sewaktu dia bertemu dengan Jeonghan tadi membuatkan perbualan mereka terbantut.

 

“Selamat petang, Tuan Jisoo. Saya Kim Aileen. Staff dari IT Department.”

 

Melihat Jisoo yang kebingungan saat Aileen muncul, gadis itu segera memperkenalkan dirinya. Majikan barunya itu perlu dihormati memandangkan dia hanya orang bawahan saja.

Jisoo mengangguk tanda membalas sapaan Aileen. Dilihatnya Jeonghan sedang keresahan tatkala gadis bernama Aileen itu tiba.

 

“Tuan Jisoo, kenal ke dengan suami saya ni?”

“Suami?”

 

Jisoo mengeluh sekali lagi. Ternyata Jeonghan sudah mendirikan rumah tangga. Dia seakan tak percaya dengan berita itu. Dia terasa bagai berada dalam mimpi tatkala wanita yang merupakan salah seorang staffnya mengatakan bahawa Jeonghan itu suaminya. Patutlah dia selalu saja ternampak Jeonghan di situ.

“Kau dah berubah, Jeonghan.”

 

 

“Saya tak tahu pulak awak kenal dengan majikan saya tu.”

“Majikan awak?”

“Tuan Jisoo. Dia majikan baru saya. Dia baru saja gantikan ayah dia, Tuan Hong.”

“Ohhh.”

Jeonghan mengangguk lemah. Fikirannya melayang jauh memikirkan Jisoo tadi. Apa yang dia cuba nak cakap? Kenapa dia beria-ia nak berjumpa dengannya?

“Dari mana awak kenal Jisoo tu?” Aileen menyoal lagi. Namun, soalan Aileen tak berbalas tatkala Jeonghan hanya membisu dan meneruskan pemanduannya. Fikirannya suaminya itu seakan melayang jauh ke tempat lain. Celoteh Aileen umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jeonghan langsung tak mendengar.

“Kenal masa sekolah? Ke masa belajar di universiti?”

Masih tiada respon. Aileen mengerutkan dahinya tanda hairan. Dah kenapa Jeonghan ni? Tak dengar kah?

Jeonghan masih dalam dunianya sendiri. Kata-kata Aileen langsung tak didengarinya. Jisoo masih menghantui minda lelaki itu. Dia tertanya-tanya tentang Jisoo. Macam mana dia sekarang? Adakah dia sudah dapat melupakan masa lalu mereka? Adakah dia masih macam dulu dan yang paling penting, adakah perasaan lelaki itu kepadanya masih sama?

“Jeonghan, lampu merah !”

Jeritan Aileen membuatkan Jeonghan tersentak. Dia menekan brek sekuat hatinya. Hampir saja keretanya berlanggar dengan sebuah lagi kereta di hadapan mereka. Jeonghan menghela nafas lega. Nasib baik tak jadi apa-apa. Dia menoleh memandang ke arah Aileen yang masih dalam keadaan terkejut.

“Sorry. Awak ok tak?” kepala Aileen diusap sambil dia memerhatikan isterinya itu. Aileen menoleh perlahan lantas mengangguk. Tangan Jeonghan dicapai.

“Awak yang tak ok, Jeonghan. Kenapa ni? Awak mengelamun jauh sangat.” soal Aileen. Jeonghan meraup mukanya seketika sebelum kembali menoleh ke depan. Tangannya mencengkam stereng kereta. Dia cuba untuk fokus semula. Soalan Aileen dibiar sepi tanpa jawapan.

“Kita balik Jeonghan. Tak payah pergi dinner. Dinner kat rumah saja.” Aileen bersuara lagi. Kali ini kedengaran agak tegas. Dia risau. Sangat-sangat risau.

“Kenapa? Saya kan dah janji nak bawa awak dinner…”

“Dengan keadaan awak yang macam ni? Tak apa la. Saya rasa lebih baik kita balik.”

“Aileen, saya minta maaf.”

Aileen mengeluh perlahan. Wajah Jeonghan dipandang dengan ekor matanya saja. Dia pelik dengan perangai Jeonghan yang tiba-tiba saja berubah sejak tadi. Kenapa? Apa yang dah jadi? Apa sebabnya? Lepas dia jumpa Jisoo tadi, terus dia buat perangai. Ada apa antara mereka berdua sehingga Jeonghan bersikap begini?

“Balik je. Tak perlu minta maaf.” nada suara Aileen kedengaran mendatar. Jeonghan rasa serba salah namun diturut saja permintaan isterinya itu.

Aileen mencuri pandang ke arah Jeonghan. Pelbagai tanda tanya mula bermain di mindanya. Mahu saja Aileen terus menyuarakan pertanyaan itu kepada si suami yang tiba-tiba bersikap pelik tapi, dia bimbang kalau-kalau Jeonghan makin terganggu nanti. Akhirnya, Aileen pendam segala-galanya dalam hati dan memilih untuk mendiamkan diri. Suasana dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke rumah hanya bertemankan bunyi radio. Baik Aileen mahupun Jeonghan, kedua-duanya membisu.

 

 

Keesokan harinya, seperti biasa Aileen datang ke tempat kerja dan kali ini Jeonghan yang menghantarnya memandangkan kereta kesayangan masih ada di bengkel. Entah apa masalahnya, Aileen pun tak tahu. Sejak semalam, mereka berdua jarang bercakap melainkan ada benda penting. Awalnya, Aileen nak naik teksi saja ke tempat kerja tapi Jeonghan cuba memujuknya. Walaupun hubungan mereka jadi dingin, tapi Aileen akui yang Jeonghan masih tak lupa tanggungjawabnya. Malahan, lelaki itu masih siapkan sarapan seperti biasa dan sebelum Aileen masuk pejabat tadi, Jeonghan masih tak lupa kebiasaannya untuk mengusap kepala Aileen sambil mengucapkan ‘selamat tinggal’.

Pagi Aileen tak seceria selalu. Dia termenung memandang skrin komputernya. Fikirannya jauh melayang memikirkan si suami yang tiba-tiba bersikap aneh itu. Satu keluhan berat lahir dari bibir Aileen.

“Hai, Aileen. Apasal kau pagi-pagi dah mengeluh?” Hanna menjengulkan kepala memandang ke arah sahabatnya itu. Aileen tersenyum hambar ke arah Hanna.

“Tak ada apa. Hari ni tak tau kenapa, rasa tak bersemangat sikit.” tipu Aileen sambil menyandarkan tubuh ke kerusi empuk miliknya. Segan pula dia nak cerita tentang Jeonghan kepada kawannya itu.

“Sebab kau tak semangat hari ni, apa kata aku bagi kau satu gosip yang mungkin boleh naikkan semangat kau? Nak tak?” Hanna bersuara dengan muka yang teruja.

“Gosip apa?” Aileen menyoal acuh tak acuh. Satu-satunya yang boleh menaikkan semangatnya hanyalah Jeonghan. Dia rindu nak dengar bebelan Jeonghan dan rindu nak tengok lelaki itu tersenyum. Sejak akhir-akhir ni, Aileen perasan yang suaminya itu dah jadi agak pendiam. Banyak termenung macam ada masalah. Lebih-lebih lagi semalam. Sampai nak langgar orang ! Dah makin parah. Aileen betul-betul bimbang. Entah apa yang tak kena pada Yoon Jeonghan itu? Aileen kena segera siasat sebelum terlambat.

“Dah heboh satu bangunan ni tau. Khabarnya, Tuan Jisoo, bos baru kita tu gay.” Hanna berkata separa berbisik kepada Aileen.

“What?” Aileen tayang muka tak percaya.

“Kan? Aku dah agak yang kau mesti akan terkejut. Aku kecewa gila. Muka kacak, kaya raya, pandai…malangnya, gay !” Hanna menarik muncung sedepa. Pasti rasa kecewa kerana crush barunya itu merupakan seorang lelaki songsang.

“Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku. Dah berapa banyak pasangan gay yang wujud? Berjuta-juta dah kot. Dah jadi makin normal.”

Tiba-tiba, ada satu suara yang menyampuk perbualan mereka. Aileen dan Hanna menghadiahkan pandangan tajam ke arah pemuda yang berdiri tak jauh dari mereka berdua itu. Daehyun sekadar tayang sengih selamba.

“Kau gay jugak ke?” Hanna menyoal Daehyun sebelum menjeling lelaki itu.

“Tolong sikit. Aku ni straight ok?” balas Daehyun sambil membalas jelingan Hanna. Semakin lama mereka berdua semakin kerap bertekak. Ini kerana Hanna tak sukakan Daehyun yang gemar mengganggu sahabatnya Aileen dan Daehyun pula menyampah dengan Hanna yang suka menyibuk bila dia cuba menggoda Aileen. Eloklah tu !

Aileen dan Hanna saling berpandangan sambil buat muka. Entah nak percaya atau tak pada Daehyun tu.

“Korang tu yang patut kena beware. Lelaki sekarang ni bukannya semua boleh percaya. Nampak je normal, tapi rupa-rupanya gay. Tambah-tambah kalau lelaki tu jenis lemah lembut stok-stok pretty boy ni.” mata Daehyun menghala ke arah Aileen seakan mengacukan kata-katanya kepada bekas kekasihnya itu. Hanna yang perasan akan tingkah Daehyun, merenung tajam ke arah lelaki itu. Dia tahu yang Daehyun cuba nak menuduh suami Aileen yang bukan-bukan.

Aileen tak memberikan sebarang reaksi kepada Daehyun. Dia kembali menatap skrin komputernya seraya meninggalkan Daehyun dan Hanna untuk terus berbual. Namun, Daehyun masih tak beredar dari situ. Dia tak berminat untuk berbual dengan Hanna, dia mahukan Aileen.

“Oh ya, Aileen. Semalam saya perasan yang suami awak dengan Tuan Jisoo tu berbual. Diorang kenal eh?” Daehyun menyoal lagi. Memang semalam dia ada nampak Jisoo dan suami Aileen berbual di luar bangunan sewaktu dia dalam perjalanan untuk pulang. Sesuatu mengganggu fikirannya tatkala melihat mereka berdua. Terasa macam ada sesuatu yang ganjil antara mereka. Dia terus memerhatikan Jeonghan dan Jisoo dari jauh. Dia nampak segala-galanya.

Daehyun nampak yang Jisoo dan Jeonghan seakan bertekak. Dia nampak yang mereka berdua berpegangan tangan. Jisoo tarik tangan Jeonghan dan lelaki itu merentap semula. Aneh! Mereka seakan pasangan kekasih yang sedang bergaduh dan Daehyun semakin tertarik untuk mengintip mereka.

“Ya. Jisoo tu kawan lama Jeonghan.” jawab Aileen.

Daehyun tiba-tiba ketawa sinis.

“Hati-hati Aileen. Awak jangan lupa yang Tuan Jisoo tu gay. Betul ke diorang berkawan? Entah-entah…”

“Yah !”

Belum sempat Daehyun menghabiskan kata-katanya, Hanna terlebih dulu sudah menjerkah. Sebatang marker pen dibaling ke arah kepala Daehyun tanda geram dengan lelaki itu. Dari tadi cakap benda yang b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim