Chanyeol

My Love G.
RaQxHu4.gif
Toleh kiri kanan sebelum melintasi jalan raya; membetulkan tali kasut setiap kali hendak menaiki bas—ia bukan sekadar rutin tetapi ialah tabiat Dara sejak azali lagi. Dan perbuatan kecil dan remeh ini lah yang tidak pernah gagal mengingatkan Dara terhadap kenangan bersama kakak kembarnya.
Sandara Park memiliki seorang kakak kembar yang bernama Tiara. Mereka masing-masing terpisah semenjak kedua orang tua bercerai. Tiara dibesarkan oleh si ayah yang berhijrah ke luar negara sejurus selepas pasangan tersebut berpisah.
Dara berhenti di pondok perhentian bas. Sambil menunggu giliran menaiki bas, earphone sudah dikepit di kedua belah telinganya.
"Unnie, Dara rindu sangat dengan unnie..." Bisiknya di dalam hati.
Mengatur langkah di dalam bas, Dara mengambil tempat duduk di belakang dan kanan sekali. Macam mana pun, dia lah orang terakhir yang akan menuruni bas itu nanti memandangkan lokasi rumahnya yang terletak di penjuru hujung bandar tersebut.
Setelah memasang jam penggera di telefon bimbitnya, kelopak mata Dara menjadi semakin berat dan di dalam beberapa saat, gadis itu sudah dibuai mimpi. Dengan adanya jam penggera yang akan mengejutkannya daripada tidur di dalam masa empat puluh minit nanti, Dara tidak kisah.
“Yah...yah!” Antara sedar atau tidak, Dara seperti terdengar suara garau seseorang dari tepi kirinya. Pada masa yang sama, bahunya pula terasa seperti dijentik oleh sesuatu. Lantaran itu, Dara terbangun daripada tidurnya.
Buka saja mata, realiti memakan dirinya. Rupa-rupanya dia telah meniduri bahu seseorang yang duduk di tepi kirinya. “Aish, maaf!” Ucap Dara laju sambil membetulkan rambutnya.
Pemuda tadi tersengih kecil, “Nampak sangat kau benar-benar tidur tahap babun ni," omelnya seperti sedang bercakap dengan diri sendiri. "Cuba tanya diorang semua ni hah," Jari telunjuknya dihayun ke setiap kepala penumpang di dalam bas tersebut. "Nak dekat setahun aku melolong nak bagi minah ni sedar...” gerutunya seperti seorang mak cik menjual ikan di pasar.
Tidak berkerdip-kerdip mata Dara memandang ke arah pemuda tersebut. Sudah lah mamai lagi, banyak pula yang dikatakannya. Pandangan Dara jatuh ke pakaian pemuda 'ahjumma' itu. Membulat matanya apabila menatap pakaian jersi pemain bola keranjang di salah sebuah sekolah tinggi terkenal bandar itu.
"K-Kau ni...pemain bola keranjang Sekolah Tinggi Vesuvius?” Jersi bernombor sebelas yang dipakai oleh pemuda itu ditatap oleh Dara dengan penuh rasa minat.
"Heol. Dia ni nak ber-kau kau pula dengan aku,“ Sambil menyilangkan kedua tangan ke dada, pemuda itu sempat lagi menjulingkan mata ke atas. Nampak sangat dia berasa rimas dengan kelakuan dan pertanyaan Dara kepadanya.
"Omo, nombor sebelas!" Seperti bertemu dengan artis pujaan, suara Dara melantun bak Ziana Zain. "P-Park Yoo Chun! Daebak! Aku ni...f-fan o-oppa..." Meskipun mulutnya ditekup dengan sebelah tangan, suara Dara masih jelas kedengaran, bahkan telah menarik tumpuan semua penumpang di dalam bas tersebut.
"Haiz, itu abang aku jinjaa...aku Chanyeol...Park Chanyeol!" Punggung Chanyeol sudah separuh terangkat dari tempat duduknya di saat dia menghadapkan tubuh ke sebelah kirinya.
Di saat pemuda bernama Chanyeol itu memusingkan wajah, di dalam seinci saja lagi, bibirnya bakal bertembung dengan Dara. 
'Lup Dup Lup Dup' 
Itu degupan jantung siapa? Masing-masing menidakkan sehinggalah takdir masuk campur.
KREKKK. Brek mendadak ditekan oleh pemandu bas ekoran daripada aksi bahaya beberapa pelajar berbasikal di hadapan.
Tiada siapa mampu mengangak, kesudahan Dara dan Chanyeol akan berakhir seperti di dalam drama romantik 'Winter Sonata'...Wait, ade ke babak macam ni dalam drama tu?
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously