Luhan

My Love G.
RaQxHu4.gif
Segala makanan yang ditelan perut pada waktu tengah hari tadi seolah-olah hendak terkeluar di saat pandangan mata Dara menangkap sesuatu objek yang menyerupai helikopter di halaman rumahnya. Luas mulutnya ketika itu kalau diukur...
“Argh!” Entah dari mana, setin minuman coca-cola tiba-tiba melantun di atas dahi milik Dara. "Celakaaa!" Jerit Dara spontan sambil memegang atas dahi dan berlari pantas mendapatkan tin coca-cola yang kini sudah selamat mendarat di atas tanah setelah melakukan tugasnya.
Terkangkang-kangkang anak gadis itu semata-mata mahu membesarkan langkah agar dengan pantas tangannya mengerjakan tin cola itu tadi. Atas khidmat angin pada petang itu, bergolek lah si tin kosong beberapa kali hinggakan Dara terlompat-lompat seperti katak mengejarnya.
Tidak jauh dari tempat aksi Sandara mengejar tin kosong tersebut, berdiri tiga orang jejaka, yang dua daripadanya memakai pakaian kot hitam, satu set dengan kasut dan spek mata sekali. Berdiri di tengah-tengah dua jejaka bertubuh sasa tersebut, ialah seorang jejaka berpakaian sporty yang dari tadi asyik mengeleng-gelengkan kepala menyaksikan kelakuan gadis ala-ala tarzan itu.
Mengiringkan kepalanya sedikit ke kiri, jejaka sporty itu bertanya, "Korang nampak tak...apa yang aku nampak?"
Jejaka berkot hitam di sebelah kiri itu laju mengangguk, "Ya, Tuan Luhan. Ini benar...dan bukan cubaan!" Ujarnya penuh bersemangat seperti askar yang bersedia ke medan perang.
"Berhentiii! Kau berentiii sekarang..." Pantang dicabar, Dara masih terkejar-kejar di halaman hadapan rumahnya, bertarung dengan tin dan angin, sekaligus menjadi tatapan umum tiga jejaka dan helikopter di belakang mereka.
"Andy, ka-kau pergi dapatkan tin tu sekarang, sebelum minah tu termasuk ke dalam kolam sana tu, bukan dia reti nak berenang pun..." Panjang semacam arahan daripada Luhan itu. Dia memicit pelipis kepalanya, sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi apabila lama-kelamaan arah dua objek semakin mendekati kolam besar di hujung laman.
Andy yang berdiri tegap di sebelah kanan Luhan memang pantang diberitahu dua kali, seperti gaya pemecut dunia Usain Bolt, kakinya yang panjang itu sudah memecut ke arah Dara dan tin kosong tersebut.
"Ehh, t-tuan muda Luhan." Jejaka di sebelah kiri itu bersuara.
"Ha?" Sambil meraup rambut blondenya, Luhan menyahut malas.
"T-Tadi cik muda Mia...ada telefon. Dia dapat tahu yang tuan muda kembali ke Korea hari ni dan-"
"Hiss," desis Luhan, bibirnya diketap keras. "Macam mana Mia boleh tahu? K-Kau- dasar mulut selipar!" Luhan mengangkat kakinya sebelah, seperti mahu menanggalkan kasut.
Menebarkan kedua telapak di hadapan, jejaka serba hitam itu tadi segera merendahkan tubuhnya mahu meminta ampun.
"Argh, lepasss!" Teriakan Dara dari tepi kolam telah memancing perhatian Luhan yang ketika itu sedang mengangkat sebelah kasutnya di udara. Sambil terinjut-injut, tanpa sebelah kasutnya, Luhan berlari ke arah Dara.
"Wei Andy! Aku suruh kau ambik tin tu bukan peluk dia macam nak bawa masuk bilik!" Jeritan Luhan lantas mengakibatkan jejaka bernama Andy itu segera menoleh ke belakang.
Hampir juling anak mata apabila kasut Luhan tadi sudah terapung di udara, malah mendekati arahnya. Dengan spontan, tubuh Dara dilepaskan sehingga menghempas tanah.
"Oppaaa..." Dara bergulingan di atas tanah merintih kesakitan akibat dijatuhkan secara mendadak oleh Andy tadi.
Sepasang tangan menyambut kasut yang hampir-hampir mengena kepala botak si Andy dari tepi.
"Sandara Park, kau masuk ke dalam rumah sekarang jugak sebelum aku buang semua koleksi Park Yoochun oppa kau dekat kolam puaka ni!" Suara lantang milik abang Dara, yaitu Sanghyun berkumandang ibarat penggera semula jadi di dalam otak Dara. Sakit empunya badan dengan magiknya hilang. Tanpa sebarang bantahan, Dara tangkas bangkit dari tanah, pergerakkannya terenjut-enjut seperti siput. Destinasinya kini ialah rumah mereka. Perkara lain sudah tidak diendahkannya lagi. Walau dunia terbelah dua sekalipun, khazanah Yoochun-oppanya harus lah dilindungi...
"Haiz, itu abang aku jinjaa...aku Chanyeol...Park Chanyeol!" Langkah Dara terbantuk sejenak apabila memori di dalam bas tadi mengetuk mindanya. Tanpa sedar, jari Dara menyentuh bibirnya yang sudah tidak 'dara' itu...
"Omo, apa jadi dengan mulut kau tu?" Sanghyun yang masih memegang kasut Luhan di sebelah tangan itu dengan pantas sudah berdiri di hadapan adik perempuannya. "K-Kenapa b-bibir kau luka macam ni?" soalnya penuh risau.
Jejaka berkot hitam yang sejak tadi membatukan diri dengan senang hati mencelah, "Macam kesan ciuman je...hehe," 
Sesaat kemudian, semua anak mata hinggap ke arahnya, kecuali Dara yang semakin menundukkan kepalanya.
Luhan yang kelihatan seperti dirasuk penghuni kolam itu tanpa berfikir panjang, dengan automatiknya telah menanggalkan satu lagi kasutnya. 
Bersama-sama kasut di tangan Sanghyun, pasangan kasut itu akhirnya bertemu sesama sendiri di muka milik jejaka mulut celupar tadi.
"Bob!" Andy menyeru penuh simpati ke atas rakan setugasnya. Apa lah dayanya, padahal dia sendiri pun sikit lagi hendak terkucir apabila menyaksikan paduan tuan mudanya, Luhan dan Park Sanghyun itu tadi.
"Yah Sandara Park! Baik kau jelaskan macam mana kau dapat luka tu?" Sanghyun berarak laju mendekati Dara semula, teriak macam ngauman singa liar.
Terketar-ketar Dara mendongakkan kepalanya ke arah Sanghyun yang nampak sangat akan meletup kalau dia menceritakan perkara yang sebenar. "T-Tak lah..." Dara bersuara. Anak matanya singgah sebentar ke arah Luhan. "Uh? L-Luhan?" Seperti baru tersedar yang Luhan berada di situ, ada cahaya yang marak di dalam mata gadis itu. "Omo, k-kau bukan dekat LA ke?" soalnya sambil meluruskan posisi badan. Bibirnya sengaja disengetkan agar luka itu tidak nampak ketara.
Luhan menjegilkan matanya, "Luhan je? Yah, mana dia perkataan 'oppa' kau?" ujarnya sambil meraup rambut dengan gaya yang tak boleh blah.
"Oi Sandara Parkkk, aku tengah bercakap dengan kau ni hah!" Sanghyun yang kini berada di sebelah Dara menjerit lagi.
Kepala Dara bergerak ke arah tepi pula. "Ha? Ya..."
"Wei tin kosong! Apesal kau tak pergi tengok final match aku dekat LA? Dan sejak bila kau dah mula panggil aku Luhan je?"
Kalau leher Andy dan Bob yang sebagai pemerhati tu pun hampir terseliuh gara-gara bertukar arah daripada Luhan ke Sanghyun, inikan pula Dara.
"Apa ni..." rintih hati kecil Dara. Daripada peristiwa di Pusat Tuisyen dengan Bom dan pemuda misteri bernama Yifan itu, hingga lah ke insiden bas Park Chanyeol, dan sekarang ni...
Di dalam kekalutan, Dara sempat lagi mencuri pandang ke arah Luhan. Mereka ialah kawan sepermainan semenjak kecil lagi, malah pernah suatu ketika dulu, tinggal berjiran. Segalanya kelihatan seperti di dalam cerita dongeng hingga lah bisnes keluarga Park muflis dan Tiara sudah tidak lagi bersama mereka. 
Sejak akhir-akhir ini, kakak kembarnya itu kerap muncul di dalam mimpinya. Dan di dalam mimpi-mimpi tersebut, Tiara dan Luhan sentiasa bersama-sama, manakala dia hanyalah seorang pemerhati.
'Luhan ialah oppa yang Tiara sayang sangat. Aku harap suatu hari nanti, takdir akan menemukan korang berdua...' bisik Dara di dalam hati sambil mengeluh kecil. 'Aku harap Luhan takkan lupa yang aku ni bukan Tiara, cinta pertamanya,' doa Dara sepenuh jiwanya.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously