Tiara

My Love G.
RaQxHu4.gif
Anak yatim ialah antara golongan yang berada di tempat istimewa di dalam hati Tiara. Oleh itu setiap kali menjejakkan kaki ke rumah anak-anak yatim, debaran sentiasa mengisi ruang dadanya. 
“Selamat datang, Cik Tiara!” Seorang wanita berusia 30-an yang sedang berdiri di pintu pagar rumah anak-anak yatim Sierra melambai-lambaikan tangannya ke arah Tiara. Senyuman yang dipamerkan manis sekali. Mekap yang dikenakan pada wajahnya walaupun tampak nipis namun ia berjaya membuatkan wanita itu kelihatan lebih muda.
Sambil berjalan dekat, Tiara turut membalas senyuman tersebut. "Terima kasih.“ Sahutnya setelah memberi tunduk hormat.
"Nama saya Puan Cecelia. Saya ialah penjaga Rumah Anak-Anak Yatim Sierra." Wanita tadi turut memberikan tunduk hormatnya. "Saya berasa sungguh berbesar hati atas kedatangan Cik Tiara ke sini dan sudi memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim kami,” Sambung Puan Cecelia lagi.
Mereka saling berpelukan ringan, di samping itu, Tiara berkata, “Panggil je Tiara," Dia menguatkan pegangan tangan terhadap Puan Cecelia, membuatkan wanita itu berasa seperti sedang berbicara dengan keluarga sendiri.
“Tiara ni bukan saja cantik malah sikap dan dalam sini..." Puan Cecelia menepuk perlahan muka dadanya. "...pun cantik," sambungnya. "Bertuah Penulis V tu dapat memperisterikan perempuan macam Tiara ni." Pujian Puan Cecelia yang spontan itu tadi serta merta membuatkan raut wajah Tiara berubah warna.
Tiara tidak menyangka pertunangannya dengan Kim Taehyung juga tersebar di Korea. Walaupun ianya hakikat yang tidak dapat disangkal lagi namun di dalam hati, Tiara tidak pernah benar-benar bersetuju dengan keputusan ayahnya itu.
Sambil berdehem, Tiara bersuara, “P-Puan, uhm, b-boleh saya melawat kanak-kanak di sini?”
“Sudah tentu boleh! Jom ikut mak cik.” ajak Puan Cecelia, mendahului Tiara agar dapat menunjukkannya tempat-tempat di situ.
***
Setiba di pagar hadapan Rumah Anak Yatim Sierra, langkah Chanyeol menjadi perlahan. Sambil membuka hoodie-nya, kening kanannya juga ternaik sedikit ke atas apabila melihat sebuah lori besar yang tidak dikenali berada di situ.
“Mak cik!” Chanyeol menegur kelibat Puan Cecelia yang berada di Dewan Besar. 
“Yeolie, awalnya sampai hari ni. Takde latihan bola keranjang ke?” Puan Cecelia menoleh lalu menyahut seruan Chanyeol, yaitu antara sukarelawan awal di anak yatim tersebut semenjak ia dibina tujuh tahun lalu.
Menggeleng ringan, Chanyeol membalas, “T-Tak, hari ni coach cuti. Uhm mak cik, tadi Yeol ada nampak lori dekat luar...Semua kotak ini dari mana?” Bertubi soalan yang dikenakan Chanyeol sebaik melihat beberapa kotak berwarna putih yang bersusun di sebelah Puan Cecelia.
Tersenyum lebar, Puan Cecelia hanya menepuk belakang bahu Chanyeol. "Semua ni adalah sumbangan Encik Park dari Bandar Newi. Anak perempuannya yang datang ke mari menghantar semua ni..." Ujarnya sambil menudingkan jari ke arah kotak yang mengandungi buku-buku itu.
“Encik Park dari Bandar Newi?” Berkerut dahi Chanyeol seolah sedang memikirkan sesuatu.
Pada detik itu lah, kedengaran bunyi piano dari arah taman yang terletak tidak jauh dari belakang dewan. Puan Cecelia menolehkan kepala ke arah bunyi tersebut. “Pandai betul dia mainkan piano...hurm, sedap juga melodinya ni,” ujar Puan Cecelia. Jari-jemarinya ikut menari di udara, seakan sedang meniru melodi piano tersebut. “Hatinya pun cantik,” sambung Puan Cecelia lagi.
Chanyeol turut mengalihkan pandangan ke arah taman itu, “Anak perempuan penderma tu ke?" Chanyeol menyoal.
Puan Cecelia mengiyakan, "Ya. Yeol bertegur sapa lah dengan cik tu. Mesra dan peramah orangnya. Semua kanak-kanak sukakannya." Beritahu Puan Cecelia bersungguh-sungguh.
***
Dengan adanya alunan melodi piano yang gemersik kalbu itu, setiap langkah Chanyeol ke pejalan kaki di taman mini tersebut terasa lebih menyenangkan. Harum semerbak bau bunga pelbagai jenis yang menghiasi taman itu seolah-olah menyalurkan perasaan gembira di dalam hati sesiapa juga, dan Chanyeol tidak terkecuali.
Di tengah-tengah taman, seorang gadis berambut panjang paras bahu kelihatan sedang memainkan piano, dan dia dikelilingi oleh kanak-kanak yang membentuk bulatan.
"Abang Chanyeol!" Seru kanak-kanak di situ yang mulai menyedari akan kehadian Chanyeol di situ.
Anak mata Chanyeol seakan terpaku ke arah pemain piano tersebut. Dan tiada perkataan mampu mewakili perasaannya di saat gadis itu memusingkan kepala menghadapnya.
"Sandara?!" 
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously