Seohyun

My Love G.
RaQxHu4.gif
Baru seminggu mendarat di Korea, Tiara Park  mula membiasakan diri dengan suasana di Seoul. Kembali ke tanah air setelah tujuh tahun menetap di Australia tidak banyak mempengaruhi Tiara sebagaimana yang disangkakan. Kontranya, Tiara bersedia untuk menyambung sekolahnya di Sekolah Tinggi Valentine sebagai seorang pelajar sekolah tinggi.
Bersama keluarga Taehyung, mereka berpindah ke Bandar Newi untuk menghabiskan pengajian sekaligus mewarisi cawangan utama syarikat masing-masing. Atas pengetahuan yang ayahnya belum bersedia untuk menyerahkan syarikat kepadanya, dia dan Taehyung disatukan. Jauh di dalam lubuk hati, Tiara sentiasa sedar yang dia belum mencapai kepercayaan ayahnya berkenaan pengurusan syarikat.
"Tiara pergi sekolah dulu, ayah," Tiara mengujar dan menunduk hormat di hadapan ayahnya yang sedang membaca surat khabar.
***
Seiring langkahnya memasuki kelas, Tiara tahu ada seseorang yang sedang mengekori dari belakang. Dengan aroma minyak wangi yang tersebar daripada empunya badan itu, dia tidak perlu berpaling untuk mengetahui siapa kah orangnya. "Bila kau cakap nak pindah sini, aku hampir tak nak percaya..." ujarnya sambil meletakkan beg galas ke atas meja. "Dan Seohyun ah, bila lagi kau nak tukar perfume yang kau pakai tu?"
Sebatang bunga ros menyapa penglihatan Tiara sebaik saja dia mendongakkan wajah, "Selamat pagi, Puan Kim!" Sambil senyum melebar, Seohyun meletakkan batang ros tadi ke atas meja Tiara. "Dan selamat hari kekasih!" sambungnya riang.
"So?" balas Tiara dengan suara yang acuh tak acuh.
Seohyun memuncungkan bibir, "Jangan buat tak tahu pula..." ujarnya dengan suara perlahan tetapi penuh penekanan. Jelingan tajam dilontarkan ke arah temannya di hadapan. "Aku tahu kau dah buat plan dengan Taehyung oppa malam ni..." tambahnya penuh gaya aegyo.
Kening belah kanan Tiara terjongket ke atas, "Malam ni? Heol..." kedua bahunya rebah mendengar kata-kata yang meluncur penuh makna daripada mulut Seohyun. "Semata-mata nak tease aku sempena hari kekasih ni, kau sanggup pindah sini? Would you like me to think that way about you, Gong Seohyun?" Tiara berbicara sambil mengeluarkan sebuah buku daripada begnya.
Pantang kalah, Seohyun membawa kedua tangan agar bersilang di atas dada, "No way...kau dengan Taehyung gaduh ke?" Jari telunjuk dihalakan ke hadapan wajah Tiara yang jelas kelihatan terganggu oleh butiran kata-katanya. "So, no lovers' meeting tonight?" Seohyun membuka konklusi sendiri, menayangkan wajah sedihnya dengan dramatik sekali.
Tidak semena-mena, buku di tangan yang separuh terbuka terus ditutup semula oleh Tiara. "Baik kau balik ke tempat duduk...cikgu nak sampai kelas dah ni," ujarnya malas hendak berhujah panjang.
Seohyun menegakkan posisi berdirinya, tangannya masih bersilang di dada, dan wajahnya mempamerkan aura tidak berpuas hati terhadap semua balasan yang Tiara ajukan. "Waeyo? Valentine is such a precious day for all the lovers in the whole universe..." Kemudian, tangannya digayakan ke udara, seakan mewakili  'whole universe' yang diperkatakannya tadi. "Kenapa kau nampak down giler ni...this is so not you!"
'Betul tu...aku memang down giler sekarang ni, kau tau tak?' Tiara mengeluh seraya berbicara di dalam hati.
"Tak lama lagi, kita akan bergelar sekeluarga juga lepas korang kahwin..." Berdengung kata-kata si ayah tempoh hari di seluruh penjuru otak Tiara.
Seraya mengurut perlahan pelipis kepala, Tiara membebaskan keluhan yang panjang. "T-Tapi...aku tak nak kahwin lagi..." sebutnya sepatah demi sepatah.
Seohyun turut mengikut sama melepaskan keluhan. "Korang kan dah bertunang, so naturally...lepas ni, korang kahwin lah..." ujarnya seperti seorang pembaca berita sedih. "Dan…aku akan jadi pengapit kau…hehehe,” Tersengih sendiri, Seohyun menyatukan kedua telunjuk jarinya seraya membayangkan sesuatu yang tidak mampu difahami siapa-siapa.
Tiara menjulingkan mata ke atas. Orang yang simple minded macam Seohyun tak mungkin memahami perasaannya. Niatnya untuk meluahkan perasaan terkubur begitu saja.
'Aku takde perasaan dengan dia...seolah-olah hati ni dah ada pemiliknya...' fikirnya sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap. 
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously