Taehyung

My Love G.
RaQxHu4.gif
Berpakaian kasual biarpun pada hari cuti jarang dilakukan oleh penulis muda yang menyandang nama pena 'V' itu. Semenjak mendarat ke Korea, dia bahkan belum berkesempatan untuk menguruskan rambutnya yang masih berwarna kuning keemasan, tak ubah seperti mat salleh.
Miliki wajah bujur sireh dan mata berbentuk seperti almond, tidak hairan lah ramai yang memujanya di usia seawal 19 tahun itu. Tambahan pula, dia merupakan antara penulis termuda di Asia, terutama di Korea Selatan, yang tidak asing lagi namanya di dalam bidang penulisan misteri remaja.
"Taehyung ssi!" Seruan suara gadis dari arah belakang mengejutkan Taehyung yang ketika itu sedang menyandar di dinding sebuah kedai buku. Tanpa perlu menoleh, Taehyung tahu milik siapa suara itu tadi. Hujung bibirnya membentuk suatu senyuman yang nipis namun ianya kembali neutral apabila tubuhnya berpaling menghadap gadis tersebut. "Tiara," ujarnya perlahan. Ada getaran halus menyaluti suaranya yang menyebut nama gadis itu.
“Maaf oppa, Ai benar-benar terlupa," Tercungap-cungap, gadis itu bersuara dengan kedua tangannya memegang kepala lutut dan kepala tertunduk ke bawah. Kembang kempis dadanya hendak memulihkan segala tenaga yang diguna untuk berlari tadi.
Taehyung kekal dengan muka tak kisahnya, dengan selamba memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar lalu mengalihkan pandangan ke arah kedai buku di sebelah kiri mereka berdua. "Mari masuk." Sahutnya perlahan seiring langkahnya memasuki kedai bernama 'Newi's Bookstore' itu.
“Yah, oppa tunggu!” Terinjut-injut gadis berjaket tebal itu mengikuti dari belakang.
Kemunculan Taehyung dan Tiara ke dalam kedai buku serta merta mendapat perhatian daripada para pelanggan yang sedia di situ. Ada juga yang mengajukan jari telunjuk ke arah mereka sambil bersenyum sesama sendiri.
“Selamat datang ke kedai buku kami, Penulis V!” Dengan nada bersemangat, seorang wanita berusia 30-an yang memakai apron pekerja terus maju mendekati pasangan itu tadi sambil menunduk hormat. “Nama saya Puan Haya, pemilik kedai yang serba kekurangan ini!” Sapa wanita tersebut dihiasi senyuman lebar di bibirnya.
Tiara terlebih dahulu yang membalas senyuman Puan Haya sambil mengangkat tangannya untuk berjabat, "Selamat berkenalan, saya ialah-"
"Awak ialah tunang Penulis V!” Laju saja gadis sebaya Tiara yang sejak tadi berlindung di belakang Puan Haya menyampuk. Kecil molek orangnya, patut pun tak nampak dari tadi.
Habis merah padam muka Tiara jadinya. Dia segera menundukkan kepala, malu.
"Ish, Hyuna kau-" Puan Haya mencubit lengan gadis yang di sebelahnya itu. "Zippp mulut tuuu..." ujarnya sambil mengetap keras gigi.
Dengan bibir muncungnya, gadis sebaya Tiara yang bernama Hyuna tadi segera menundukkan kepala 90 darjah di hadapan mereka, "Saya minta maaf banyak-banyak, Cik Tiara Ai,” ucapannya bernada sedih.
Taehyung berdehem kecil, “Kami datang nak ambil buku-buku yang dipesan,” Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya dia bersuara.
Langsung hilang rasa kekok tadi pada wajah Puan Haya, dia memberitahu Hyuna, “Ahh, mak hampir terlupa! Hyuna, pergi suruh pekerja punggah kotak-kotak berwarna putih dekat stor tu!” Arahnya.
Membawa tangan kanannya ke tepi dahi, seakan mahu memberi tabik hormat, Hyuna membalas, “Baik, mak!” Sekelip mata saja, gadis itu sudah lenyap dari pandangan.
"Ehem, minta maaf ye Tuan dan Puan, eh sori...Cik, err..." Puan Haya memukul kepalanya apabila mulutnya tersasul perkataan lain tadi.
Tiara yang mencuba keras untuk bersikap cool terhadap kesilapan kecil itu setelah beberapa saat berjaya membebaskan sebuah tawa kecil namun Taehyung di sebelah perasan kepalsuan tindakan itu. Di antara mereka, masing-masing tahu yang cinta romantik tidak wujud seperti tanggapan umum orang ramai. Bertunang atas aturan keluarga, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar hubungan senior dengan junior di sekolah.
Tidak berapa lama selepas itu, kelihatan empat orang pekerja keluar dari pintu belakang kedai tersebut sambil memunggah beberapa buah kotak berwarna putih.
Hyuna tampil dengan sebuah pen dan buku nota kecil di tangan, tersengih-sengih mendekati Taehyung dengan senyuman yang bermakna, “Penulis V, boleh tak saya dapatkan autograf daripada oppa?” Hyuna ketika itu sedang memegang salah sebuah novel yang ditulis oleh Taehyung.
'Love G.' Tajuk novel yang dikarangnya dua tahun lepas. Sambil menandatangi muka hadapan novel tersebut, perasaan nostalgia mendatanginya. Seperti suatu seruan dari dalam, Taehyung membelek muka surat terakhir novel tersebut. Darah remajanya seakan mengelodak tatkala barisan ayat yang dibaca itu kembali terapung dari dalam hatinya.
Open my heart, and you'd see the shape of my heart.
Would you draw it, or hide it from me?
“Aw, terima kasih, Penulis V! Semoga berbahagia sampai ke syurga!" Sekali lagi, Hyuna menyuarakan segala yang terbit di dalam minda tanpa menapis apa yang perlu. Puan Haya sudah bersedia hendak memukul kepala anak perempuannya itu dengan salah sebuah buku di kaunter namun tidak jadi apabila anak mata Taehyung mendarat sebentar ke arahnya. Lalu, dia berpura-pura kononnya meniup habuk yang ada pada buku di tangannya itu.
Hyuna menekup mulutnya, seakan perasan yang dia mengatakan sesuatu yang tidak kena lagi. Meskipun begitu, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
“Sama-sama.” balas Taehyung dengan senyuman ikhlas pada wajahnya. Di saat dia memusingkan badan hendak meninggalkan kedai buku itu, Tiara sempat menyaksikan senyuman Taehyung itu tadi masih melekat di hujung bibirnya. 
Jarang sekali Taehyung tersenyum sampai macam tu sekali, sepanjang perkenalan mereka lima tahun kebelakangan ini, Tiara sendiri tidak pernah melihat senyuman sebegitu ditayangkan kepada orang.
'Omo, jangan jangan oppa dah jatuh hati pandang pertama dengan budak perempuan tu?' Sambil menggigit bawah bibirnya, Tiara sekali sekala mengerling ke arah Hyuna yang kelihatan seperti seorang remaja dilamun cinta. Gadis itu memeluk erat buku novel yang disaini Taehyung tadi sambil melambai-lambaikan tangan ke arah mereka.
Sedar diri diperhatikan, Hyuna dengan tidak segannya mengangkat buku novel yang bertajuk 'Love G.' itu ke udara, seolah-olah mahu diperlihatkan kepada Tiara. "Unnie, fighting!" serunya lalu dia membuat bentuk mulut, "Love girl..." ke arah Tiara sambil menghalakan jari ke atas buku novel tadi.
Tiara kelihatan bingung dengan isyarat mengelirukan daripada Hyuna itu tadi. Langkahnya semakin perlahan menuju ke kereta milik Taehyung. Bukan Taehyung tidak menyaksikan seluruh adegan itu tadi, namun dia memilih untuk berpura-pura sibuk dengan kotak-kotak berisi bukunya itu.
"Nah," Sebuah buku dilontarkan ke arah Tiara sebaik saja gadis itu melabuhkan punggung ke dalam kereta.
Bagai hendak gugur jantung Tiara tatkala tangannya menyambut buku tersebut. "Huh?" ujarnya spontan.
Sambil memasang tali keledar, wajahnya memandang ke hadapan, sementara Tiara hanya melihatnya dari tepi, langsung tidak faham dengan perbuatan tunangnya itu.
Apabila enjin kereta dihidupkan, sebelum melepaskan brek, Taehyung menyambung, "Aku ada keyakinan buku novel aku tak sebosan subjek sejarah...yang kau benci sangat tu." 
Seusai ucapan Taehyung itu tadi, emosi yang bertakung di dalam dada Tiara seakan tidak tertahan sampaikan dia terpaksa melontarkan pandangan mata ke luar kereta. Pegangan pada buku novel bertambah erat. Bibirnya diketap keras. Kedua pipi terasa panas semacam. Dan paling penting, perasaan manis yang memekar di dalam hatinya ketika itu adalah sesuatu yang sudah lama tidak dirasakan oleh gadis itu sendiri.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously