Sandara

My Love G.
RaQxHu4.gif
Lewat bangun bukan sesuatu yang baru di dalam rutin kehidupan Sandara Park; lebih-lebih kalau hari itu ialah hari jumaat. 
“Pak cik, saya lewattt sangat niee. Boleh tak, balik nanti saya bayar?" Fakta nombor dua Sandara Park: terlupa bawa dompet juga bukan asing lagi di dalam rutin harian gadis itu.
Menghentak kaki kanan ke lantai bas seakan mahu melepas geram, Dara cuba menjelaskan, "Aish, saya pasti akan bayar, tolonglah...” Kepada konduktor bas yang berdiri di pintu bas sambil mencekak pinggang itu, Dara menyusun jarinya memohon kesempatan.
Mendengus marah, konduktor bas bertopi ala-ala cowboy merah saga itu membalas, “Eh, takde aturannya nak bayar nanti. Ada telefon bimbit kan? Ah, aku bagi chance telefon siapa-siapa untuk bagi pinjam duit bayar tambang. Selagi tak bayar, jangan harap you boleh turun..."
Mengipas-ngipas tepi lehernya yang terasa semakin berkeringat, Dara mengeluh panjang. "Macam mana ni..." Kedua tangannya digenggam erat. Bukannya dia takde handphone tapi meminta tolong merupakan antara perkara yang susah baginya, biarpun orang itu ialah seorang kawan.
“Saya bayar untuk dia.” Seorang jejaka tampil sambil menghulurkan beberapa nota duit kepada konduktor bas tadi.
Mendongak laju ke sebelah kanannya, air muka Dara berubah serta-merta. "Y-Yifan?" Membulat matanya menyoal.
"Ok settle, korang berdua boleh turun sekarang." Suara konduktor bas tadi bagaikan tidak memberi kesan kepada Dara sebaliknya gadis itu hanya membatukan diri di pintu bas.
Meraih peluang di hadapan mata, Yifan yang berpakaian uniform sekolah sama dengan Dara tanpa berfikir panjang terus menyambar pergelangan tangan gadis itu. "Jom lari...sebelum pintu pagar sekolah tutup!" Menggunakan sedikit tenaga sahaja, Yifan berjaya membawa tubuh Dara turun bersamanya.
“Pelajar Sandara Park! Lain kali jangan lupa bawa dompet lagi!” Dengan tangan kirinya dihayunkan di udara, konduktor bas tadi sempat lagi menyindir Dara di kala bas tersebut hendak bergerak.
Tidak mahu kalah, Dara membalas dengan menjelirkan lidahnya ke arah konduktor bas tersebut. Yifan hanya memerhatikan gelagat Dara sambil tersenyum kecil. Hadirnya Dara, Yifan sedar yang denyutan nadinya tidak akan normal.
“Aku lupa betul lah...” Sedar yang dirinya digelak oleh jejaka di hadapan, anak mata Dara mulai mengecil.
Yifan tersenyum lagi lalu menoleh sebentar ke arah Dara, “Aku percayakan kau, Sandara...”
Ada sesuatu yang aneh kedengaran dalam nada suara Yifan tadi. Perasaan yang sesak menyelubungi ruang dada milik Dara. Takdir atau bernasib baik, dia tetap berasa kurang senang terhadap Yifan yang selambanya memegang tangannya.
“Aku akan bayar balik duit kau tadi so sekarang, sila lepaskan tangan aku,” Tanpa menunggu, Dara lantas menarik tangannya kasar daripada pegangan Yifan sebelum menyeberangi jalan raya ke sebelah.
Pada ketika itu, langkah Yifan terhenti seketika. Tubuh Dara yang meninggalkannya diperhati dari belakang dengan wajah yang sedikit terkilan. Kata-kata Bom pada tempoh hari kembali menaungi keliling otaknya, dan dari situ, dia mulai melangkah lagi.
"Sandara Park ialah milik Luhan."
Setiap butir kata-kata Bom itu ibarat katalis di dalam salur darah Yifan. Mungkin ialah sifat semula jadinya, namun Kris Wu Yifan bukan seseorang yang mudah mengalah. Dan kalau dia benar-benar menginginkan sesuatu, apa cara sekalipun, dia pasti mampu lakukannya.
Mengekori setiap satu langkah Dara dari belakang, entah mengapa detik tersebut terasa begitu bernilai sekali di dalam hati Yifan. Pemandangan itu ditemani angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan daun-daun bunga sakura yang berguguran seperti salji.
Mengambil keputusan mempercepatkan langkah, akhirnya Yifan kini berjalan seiringan dengan Dara. “Aku sebenarnya sedang tunggu kau nak cakap yang kita ni tak rapat...dan aku ni tak patut pegang tangan kau tanpa kebenaran...“ Yifan menyusun kata sambil memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar.
Kata-kata Yifan tadi berjaya memperlahankan sedikit langkah Dara yang tidak lagi berjalan seperti berkawat itu. Sambil menelan liur pahit, Dara mempererat pegangan terhadap beg galasnya. Walaupun aneh dan perasaan kurang selesa bersemadi dari dalam dada namun pada hakikatnya Dara bukan benar-benar membenci Yifan. Kerana memang ialah sikap Dara yang mudah berasa kekok di dalam kalangan orang yang tidak dikenalinya.
"Aku cuma nak jadi kawan kau, Sandara..." ujaran kata-kata Yifan yang seakan membisik itu langsung menghentikan langkah Dara.
"Kawan tak panggil aku Sandara..." ujar Dara kecil. Kepalanya tertunduk sedikit ke bawah. Warna merah menghiasi sisi pipinya yang menyerlah dengan warna semula jadi itu. "Panggil aku Dara..." sambung gadis itu sambil memusatkan pandangan ke pintu pagar sekolah yang semakin dekat dengan mereka. 
Seusai kata-kata Dara itu tadi, Yifan membiarkan saja gadis itu mendahuluinya. Kini berada di belakang Dara, jejaka itu terus memerhatikan belakang gadis tersebut. Hujung bibirnya terangkat sedikit sebelum ia berubah lebar...'Suatu hari nanti, aku harap kau ingat...bahawa orang yang menyuruh agar memanggil dengan nama 'Sandara'...ialah kau." bisiknya di dalam hati.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously