Valentine

My Love G.
RaQxHu4.gif
Bukan tiga minit, atau tiga puluh minit tetapi tiga jam! Tiga jam Luhan berkeras mahu Sandara menemaninya menjalani latihan piano di dalam dewan latihan hak persendirian keluarga mereka.
'Hantu tak guna ni...hiss,' desis Sandara kecil. Tangan kanannya dari tadi sudah mula mengurut otot-otot pada bahagian tepi punggung. Apa lah sangat yang dapat dibantunya kalaupun dia berada di sini. Piano sama sekali tergolong antara versi 'antonim' di dalam kamus hidupnya. Sedang lagu pun tidak dilayannya, apatah lagi melodi yang entah apa-apa.
"Hansem nya muka serius oppa waktu berlatih piano...kya!" 
"Omo Omo, t-tengok tuu...oppa main m-mata dengan I-Irene!"
"Wendy ah, pinch me pinch me...Is this really heaven? Yes? Uh?"
Kalau tadi Sandara yakin yang suara tiga orang pelajar junior perempuan di sebelahnya tidak akan mengganggu emosinya, sama sekali dia silap—kerna sekarang ni, perkara yang paling ingin dilakukannya ialah berteriak: 'Yahhh! Dahh takdee kerjaa lainn kee korangg???'
Sandara menghela nafas panjang; biarpun hanya bermonolog sendiri dalam fikiran, sedikit sebanyak stres yang terkumpul ada sedikit berkurang. Di kala bermain kosong dengan jari-jemarinya, Sandara dikejutkan oleh rington mesej, dan sesaat lalu, tumpuannya beralih ke kaca skrin telefon bimbit.
Bom: Dara, kau tak terima coklat daripada Jiyong oppa? >.<
Jantung Sandara bagai dilanda ombak tatkala deretan ayat mesej Bom dibacanya. Tidak sampai satu saat, jari Sandara sudah menekan balas mesej. Posisi duduknya yang malas tadi kini berubah tegak. Riak wajahnya kelihatan bersungguh-sungguh menatapi skrin telefon.
Dara: Tak...tapi kenapa tiba-tiba kau cakap pasal coklat ni?
Di samping menanti balasan daripada Bom, tanpa sedar Sandara mula menggigit hujung kuku, menampakkan lagi cemas yang menaungi pemikirannya.
Bom: Tu la, sapa suruh keluar awal! :X Tahu tak...kecoh satu sekolah yang Jiyong oppa simpan coklat dekat loker dia pagi tadi...diorang cakap sebelum dia pindah, dia nak...confess!
Tanpa sedar, Sandara menelan liurnya di hujung pembacaan mesej baru tadi. Fikirnya dalam hati, 'Confess? Jiyong oppa...ada...crush?' Entah mengapa, sesaat itu, bagaikan hati dicubit, Sandara mulai disirami perasaan aneh. Buat seketika, kerongkongnya terasa loya, seperti termakan sesuatu yang telah basi.
'T-Tapi kalau crush dia ada dekat sekolah kami...kenapa masih nak pindah?' Seperti ada yang mengacau fikirannya, malahan duduk tak sedap badan, begitulah Sandara kelihatan di dalam pandangan orang lain. Walaupun Sandara tidak kisah, namun tidak bagi Luhan, yang tentu sekali dapat menghidu kelakuan anehnya.
Bom: ??? Okay...apa2 pun nanti aku update kau. Have fun with Luhan oppa!
Mesej terakhir Bom yang diterima sejak lima minit lepas masih belum dibuka sepenuhnya oleh Sandara. Ibarat patung yang dicabut baterinya, begitu lah keadaan Sandara sehingga sesi latihan Luhan tamat.
"Siapa perempuan tu hah? Kenapa Luhan berdiri depan dia macam tu?" 
Luhan memerhatikan wajah kosong Sandara yang sejak tadi duduk termenung, langsung tidak menyedari yang dia sudah terpacak di hadapan.
'Dara, siapa...yang buat kau sampai macam ni?' bicara Luhan di dalam hati. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar, masih menanti agar Sandara menyedari akan kehadiran dia di situ.
"Omo, itu Sandara Park kan? Ingat lagi tak, keluarga Luhan lah yang tolong sewaktu syarikat mereka jatuh bankrupt dulu..."
Kata-kata bisikan dari tepi itu telah meniupkan roh ke dalam diri Sandara. Serta-merta, pandangannya ditoleh ke sebelah, langsung bertentang mata dengan empunya suara tadi. Tidak semena-mena, kata-kata pelajar perempuan itu tadi telah mencetuskan luka pahit yang memporak-perandakan keluarga mereka suatu ketika dulu, hinggakan kedua orang tuanya bercerai, dan akhirnya dia dan Tiara terpaksa berpisah.
"Yah, Seulgi ah, dia tengok dekat kau weh!" Pelajar perempuan yang berada di hujung antara mereka bertiga menyiku ke arah pelajar yang bersuara lantang tadi.
Seulgi membalas pandangan Sandara dengan sinaran mata yang seakan banggakan sesuatu. Wendy, pelajar yang berada di tengah pula turut sama melontar pandang ke arah Sandara.
"Tengok je lah dia balik, hurm," Seulgi bersuara seraya menyilangkan kedua tangan ke dada.
Sandara tidak mengucapkan apa-apa sebaliknya anak mata almond-nya itu hanya merenung jauh ke arah kumpulan pelajar perempuan tadi dengan wajah sayu.
Dari tepi, Luhan seperti pemerhati sisi yang setia, seolah menghitung saat yang mana Sandara akan akhirnya sedar bahawa dia berada di situ. Dan kalau pun setitis air mata mengalir daripada mata Sandara, dia tidak akan teragak-agak untuk menghukum siapa pun mereka yang membuatkan gadis kesayangannya itu berduka. Namun, Sandara...ialah Sandara. Dari dulu, dia tidak pernah mengungkapkan satupun permintaan kepada Luhan.
"Daripada mengenali 'Sandara Park' yang berkeluarga bankrupt, aku akan berterima kasih kalau korang akan ingat 'Sandara Park' sebagai kawan rapat Luhan..." Melemparkan kata-kata dengan tenang, Sandara menaikkan dagunya, sama seperti melontarkan suatu cabaran kepada ketiga-tiga pelajar perempuan tersebut.
Wendy mengetap keras bibirnya, namun tiada yang terujar menerusi bibirnya, sebaliknya dia hanya mendesis tidak puas hati. Sementara itu, Irene pula mengerutkan dahi, seolah-olah ingin memahami maksud kata-kata Sandara sebentar lagi. Akhirnya, Seulgi, yang masih kelihatan tenang mempertahankan tenungannya ke atas Sandara.
"Kawan rapat Luhan my ...dari tadi kau tak perasan oppa yang dah ada dekat depan...how dare you even mention about that?" balas Seulgi seraya menaikkan kening kanannya.
Sedetik lalu, Sandara mendongakkan wajah ke sebelah kanannya, dan seperti yang dikatakan Seulgi tadi, Luhan berada di situ. Di saat pandangan mata bertembung, mulut Sandara yang tadinya rapat kini semakin berjarak, "Oppa! K-Kau d-dah habis latihan? S-Sejak bila?" Sandara mencuri pandang pentas latihan dan ternyata, tiada Luhan di situ. Terlalu khusyuk mengenangkan sesuatu, kini situasi terbalik pula. Perasaan bersalah menyelubungi diri, dia bahkan berasa buntu hendak bersuara lagi.
Mengerahkan senyuman dengan sedaya upaya, Luhan menjawab, "Baru je...like...one minute ago," Selain Luhan, ketiga-tiga pelajar perempuan tadi pun tahu kata-kata itu adalah tipu. 
Rahang bagai hendak terjatuh apabila kata-kata Luhan bersemadi di dalam otak, Seulgi langsung terpana. 'Luhan oppa, kenapa...' dan jari-jemarinya digenggam erat di sisi apabila kesedaran mulai tercipta dengan sendirinya.
Dalam kekalutan itu, dering mesej menjadi latar muzik yang memecah kesunyian di antara mereka semua. Dengan pantas, Sandara membuka teks hantaran tersebut.
Bom: Kim Taeyeon...
Degupan jantung seperti terhenti sesaat apabila nama seniornya di sekolah terpapar pada kaca skrin telefon.
Bom: T_T Coklat Jiyong...
Luhan tersenyum pahit pabila dia sama-sama membaca mesej daripada Bom buat Sandara. Lalu tanpa membuang masa, satu kucupan hinggap pada pipi Sandara sebelum dia mengucapkan, "Happy Valentine,"
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously