Seokjin

My Love G.
RaQxHu4.gif
Tiada siapa dapat membayangkan bahawa Kim Taehyung, yang terkenal sebagai Penulis V akan mendaftar sebagai pelajar tahun pertama di Universiti Dai Ming Shu. Itulah yang bermain di dalam fikiran pelajar lelaki yang beratur di belakang Taehyung semenjak tadi—Kim Seokjin. Lagi pula, rupa-rupanya mereka itu sebenarnya sebaya. 
"Daebak, macam tak caye Penulis terkenal V ni menuntut dekat uni yang sama ngan aku!" Jin, pemuda yang memakai hoodie berwarna merah gelap itu bersuara lagi, entah yang ke-berapa kali.
Mengiringkan kepala sedikit ke belakang, Taehyung mendesis sebelum berkata, "Boleh tak...kau jangan asyik ulang ayat tu macam budak tadika nak hafal sifir..." bisiknya sekecil yang mungkin. Tidak mahu mengundang perhatian daripada pelajar-pelajar yang turut mendarftar di situ.
Terharu taktiknya berkesan tuk menarik perhatian Taehyung, Jin menepuk laju bahu jejaka di hadapannya itu. "Annyeong, nama aku Kim.Seok.Jin. penuntut tahun pertama dekat universiti berprestij ni..." Sengihan lebar Jin menampakkan barisan gigi putihnya itu malah membuatkan anak mata Taehyung hendak terjuling ke atas.
Tertawa kecil, Taehyung membalas, "Kau orang pertama yang tegur aku dekat sini, ingatkan dah takkan ada sesiapa pun yang akan bercakap dengan aku..."
"Uh wae? Kau ialah idola semua orang! Penulis muda yang berjaya...malahan merupakan bakal pewaris Syarikat Penerbitan antara yang terbesar di As-" Belum pun sempat Jin melontarkan kata-kata yang tak ubah seperti pemberita itu, Taehyung segera menekup mulut jejaka itu dengan tangannya.
Beberapa saat kemudian, apabila Taehyung yakin bahawa dia berjaya menghantar signal agar jejaka bernama Jin itu berhenti bersuara, dia mula menarik semula tangannya.
“…dan kau juga pernah mewakili pasukan Winner ke peringkat dunia, menentang pasukan USA! Kau memang seorang yang mengagumkan! Perfect...woah! Yeah..." dan Jin menyambung pujiannya yang tergendala sebentar tadi seraya menebarkan pukulan victory ke udara.
Akhir kata-kata Jin tadi berjaya membuahkan beberapa tepukan kecil daripada kumpulan pelajar berdekatan di situ. Namun situasi tersebut hanya membuatkan Taehyung pasrah. Bukan pula reaksi gembira yang menapak permukaan wajahnya. Tanpa sepatah kata, Taehyung berpaling meninggalkan kawasan lobi.
“Yah, Taehyung ah...t-tungu!" Jin menghalang jalan Taehyung dengan menempatkan badanya di hadapan jalan jejaka itu.
Dengan renungan tajam, Taehyung mendesis geram, "Kau nak ape lagi?" Pandangan matanya dilarikan sejenak dari Jin, kemudian menyambung lagi dengan tona suara yang kedengaran ketara tidak sabar hendak meninggalkan tempat tersebut. "Kalau setakat nak autograf, tak payah nak puji tinggi melangit macam tu. It was a fact that everybody knew already! Kalau kau tu perempuan takpe ah, aishhh, aku dah lah nak balik awal! Just wanna register quietly and go back...alih-alih kau nak juga datang merosakkan hari aku yang nyaman ni..." Panjang lebar rungutan Taehyung terhadap Jin yang hanya memandang tidak berkelip-kelip ke arah jejaka itu.
'Daebak...Kim Taehyung cakap dengan aku macam geng woah...' fikirnya di dalam hati.
"Kim Seokjin, kau-" Tanpa sedar, mulut Taehyung mengutarakan nama Jin dengan jarinya yang bersedia hendak menunjal tubuh lelaki itu. Buat seketika, realiti menyedarkan yang sekarang ini dia berada di khalayak ramai.
'Kim Taehyung, just let this go...' Dengan gerak yang robotik, Taehyung berpusing ke arah kanan dan berjalan laju meninggalkan kawasan tersebut.
Kepala Jin mengekori saja langkah Taehyung yang semakin jauh darinya. Nafasnya seperti ditahan-tahan dari dalam semenjak Taehyung memanggil namanya sebentar tadi. "Heol. Tak sangka orang tu ialah orang sama yang mengarang cerita Love Girl...omo, garangnya hyung..." ujarnya sambil meneran anak tekak.
***
Entah mengapa menyaksikan bulan purnama dari tingkap bilik tidurnya pada waktu ini terasa begitu nostalgia sekali. Semua ini kerana keputusan Jiyong yang ingin berhijrah ke bandar seberang.
Sambil bermain dengan hujung baju lengan pajamanya di samping menyandarkan kepala di tepi palang tingkat, Sandara mengeluh untuk yang entah ke-berapa kali pada malam itu. “Jiyong oppa akan berpindah ke bandar lain...meninggalkan Newi, pasukan bola keranjangnya…dan aku...” Hatinya seperti dicucuk-cucuk jarum setiap kali fikiran itu kembali membuat fakta di dalam otaknya.
Angin sepoi-sepoi bahasa membelai pipi mulus milik Sandara. Di dalam fikiran gadis itu, seolah-olah telah terlukis gambaran awal apabila Jiyong pergi nanti. "It's gonna be...so lonely without him..."
Melayani perasaannya, Sandara hampir hendak membiarkan saja telefon bimbitnya berdering tanpa berjawab. Namun apabila suara hatinya menyerbu ruang pemikirannya, mencadangkan yang mungkin pemanggil itu ialah Jiyong, Sandara perlahan-lahan mengangkat langkahnya menuju ke arah meja tepi katil.
"Mmm..." jawabnya malas.
"Santoki..." suara lemah gemalai dari hujung talian lantas membuatkan anak mata Sandara terbuka luas.
"Jiyong oppa?" serunya laju. Kerna hanya Jiyong yang menggelarnya dengan nama pena 'Santoki' itu. "O-Oppa, b-boleh tak...oppa stay je dekat sini..." sambung Sandara dengan nada suara yang mendesak. " Siapa lagi yang nak temankan Dara kalau oppa dah takde..." ngomelnya lagi.
"Yah Sandara Park..." Tiba-tiba suara di talian berubah. Tentu sekali, Dara mengenali suara itu lebih daripada sesiapapun, dan ia 100% bukan Kwon Jiyong.
Mengetap keras bibir, Sandara memaksa dirinya mengeluarkan suara kalau dia masih ingin hidup di dalam dunia ini, "L-Luhan?" 
Dengan laju, suara di sebalik talian itu membalas, "Dan mana 'oppa' kau selepas Lu...han?" 
'Here comes the trouble prince...'
Sandara menjuling anak mata ke atas lalu mengangguk pasrah, "Ye...Luhan oppa..."
'Ya Tuhan, aku harap...Tiara unnie akan cepat-cepat balik dan bawa pergi parasit ni daripada hidup aku...palli!!!' doa Sandara di dalam hati.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously