#07

My Love G.
RaQxHu4.gif
"Sandara?!" Tidak percaya atas apa yang disaksikan, dengan spontan Chanyeol menggosok kedua matanya. "K-Kau i-ialah penderma tu?“ Mahu terjatuh rahangnya di saat soalan tersebut terluah dari bibirnya.
Memakai wajah yang sama bingung, Tiara lantas berdiri dari kerusi piano, tubuhnya berpusing menghadap Chanyeol yang ketika itu sedang merenung dirinya, seolah-olah ini bukan pertama kali mereka bersua.
"Abang Chanyeol dah datang!" Suasana tegang tadi sedikit tergendala ekoran daripada seruan berpadu kanak-kanak di situ. Beramai-ramai, kumpulan kanak-kanak tersebut berlari ke arah Chanyeol di samping menggayakan tangan yang mendambakan pelukan daripada jejaka itu.
Dari dalam hati, Tiara menggembleng memori ingin mengingati jejaka yang memanggilnya tadi. Kot kalau-kalau mereka benar pernah bertembung sebelum ini. “Emm, kau...kenal aku?” Teragak-agak Tiara melontarkan pertanyaan walaupun perasaan ingin tahunya terlalu kuat untuk diendahkan pada ketika itu.
“Kau dah lupa aku, itu maksud kau? Eh, apa kau melalut ni Chanyeol?" Lain di fikiran, lain pula yang terbahas di bibir. Spontan, Chanyeol menepuk dahinya ringan, kesal kerana menambahrumitkan lagi keadaan.
Sementara itu, anak mata Tiara mengecil, dia juga buntu terhadap apa yang harus diperkatakan. "Aku tak rasa aku pernah jumpa kau sebelum ni..." sambungnya dengan nada membisik. Dia melangkah beberapa tapak mendekati Chanyeol. "T-Tapi a-aku pernah keluar dalam majalah sebelum ni, mungkin sebab tu-"
"Nama kau bukan Sandara?" celah Chanyeol. Kerut atas dahinya berkurangan daripada tadi. Entah mengapa dia berasa lega mengetahui yang wanita di hadapannya ini bukan lah wanita sama tempoh hari. Dari situ, mindanya mulai redha terhadap segalanya.
Hampir tergelak, Tiara terus menekup mulutnya dengan tangan kanan. "T-Tak, nama aku Tiara." beritahunya.
Chanyeol mengimbas Tiara sekali pandang. Di saat itu juga matanya mulai terbuka dan menyedari betapa bezanya aura dua gadis yang disangkakan ialah orang sama beberapa minit lepas. Sandara versi di hadapan ini ternyata memiliki lebih sifat kewanitaannya berbanding dengan yang ditemuinya kelmarin di dalam bas.
"Woah...wajah kamu berdua seiras sangat..." luah Chanyeol sambil mengangguk kagum.
Buat beberapa saat, mereka berdua saling berpandangan tanpa siapapun bersuara. Situasi tersebut lama-kelamaan menjadi kekok.
"Maaf kerana tersilap... ah ya! Sebenarnya aku pekerja sukarelawan dekat sini, nama aku Park Chanyeol!” Tangannya dihulurkan kepada Tiara untuk berjabat.
Seperti selalu, Tiara menguntumkan senyuman yang manis. Seraya menyambut tangan Chanyeol, Tiara bersuara, "Nama saya Park Tiara."
'Park? Hurm, nama keluarga pun sama...jangan-jangan mereka ni adik-beradik kembar?' Fikiran Chanyeol melayang lagi.
"Bersama kanak-kanak ni semua buat aku rasa rindu sangat dengan zaman..." Suara Tiara tergantung tiba-tiba. Riak mukanya lantas berubah. Mulutnya seakan berat untuk meneruskan bicara. "Masa berlalu...cepat sangat.." Pada saat suara Tiara terujar, terpancar suatu sinar yang sukar tuk ditafsir pada wajahnya.
Chanyeol mulai dituai rasa tidak selesa ditimpa situasi sebegitu. "Err apapun, t-terima kasih kerana sudi datang ke mari dan menemani budak-budak ni!” ujarnya laju.
Tiara menaikkan dagu dan memandang ke arah Chanyeol yang tiba-tiba membesarkan suara tadi. Dia sedikit sedar yang sebentar tadi dia telah dihanyut dunia khalyalnya sendiri. “Err...ya, s-saya pun s-sebenarnya berasa gembira sangat kerana dapat menemani kanak-kanak yang comel sini!” sahutnya sebagai balasan.
“C-Cik T-Tiara datang dari jauh semata-mata nak menemani budak-budak ni, m-memang mengagumkan!” Chanyeol merona dari dalam hati, entah apa-apa yang keluar dari mulutnya. Situasi mereka bahkan menjadi semakin janggal.
Tiara juga sama. Tanpa berfikir panjang, dia pula menambah, “S-Saya pun gembira sekali dapat bersama dengan kanak-kanak ini! Mereka m-membuatkan saya berasa seperti kanak-kanak…” Merah padam wajah Tiara mencuba untuk menahan malu dari dalam diri. Dia telah mengatakan benda yang sama dua kali...
“Park Chanyeol!” Suara lantang yang memanggil namanya membuatkan Chanyeol menghembus nafas lega dari dalam. Dengan laju, tubuhnya berpaling ke belakang. Namun, apabila bertentang mata dengan si pemanggil tadi, bahunya jatuh semula.
"Taehyung oppa? Macam mana oppa boleh tahu datang ke mari?” Tiara menyoal seraya berjalan mendekati tunangnya yang tiba-tiba muncul di situ.
Anak mata Taehyung singgah sebentar ke arah Tiara sebelum ia kembali merenung Chanyeol. "Ah ah, aku b-baru sampai..." Taehyung berjaya menjawab meskipun tanpa kesungguhan di dalam kata-katanya.
"Senior Kim Taehyung..." bisik Chanyeol perlahan. Dia pasti, benar-benar pasti ini bukan mimpi. Yang berada di hadapannya sekarang ini ialah Taehyung, iaitu kapten pasukan bola keranjang yang disertainya sewaktu di sekolah menengah dahulu.
Tidak susah mengesan suasana tegang yang menjadi latar belakang mereka bertiga kini. Dan Tiara sedar bahawa di dalam keadaan sekarang ini, bukan lah masa yang sesuai untuk dia bertanya.
"Lama tak jumpa, Yeol ah." Sekuntum senyuman terserlah di hujung bibir Taehyung tatkala dia mengucapkan kata-kata itu.
Mendengar nama sandaran-nya diseru oleh jejaka bernama Kim Taehyung membuatkan Chanyeol sedar betapa pendeknya masa lima tahun itu. Dia silap andainya memori yang lepas itu mampu disudahi dengan satu janji sahaja. Di antara Taehyung dan dia, terlalu banyak persaingan peribadi yang selamanya tidak akan langsai.
Impian dan cinta—ialah antara perkara yang diperjuangkan oleh dua insan itu pada suatu ketika dahulu.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously