Yifan

My Love G.
RaQxHu4.gif
Sandara Park!” Tercungap-cungap sambil membimbit beg sekolah, seorang pelajar perempuan bertocang dua menyeru tidak jauh dari belakang.
Pelajar perempuan memakai tag nama Sandara itu memperlahankan langkah, namun sekadar mahu melaraskan earphone di tepi telinga, seakan tidak mempedulikan kawannya yang semput mengejar dari belakang.
“Ah!” Jeritan pelajar perempuan yang berlari pecut itu hanya kedengaran separuh sebelum ia menjadi padu dengan bunyi sesuatu yang gugur ke atas tanah. “Aduh!” Jeritan itu bergema lagi beberapa saat kemudian.
Laju kepala Dara menoleh ke arah belakang. Menyaksikan kejadian malang yang menimpa kawannya Bom, dengan segera dia berkejar ke situ. “Bom ahh, mata kau tu letak mana ek?” Dara terlebih dulu menegur Si Bom dengan gaya mak tiri mencekak pinggangnya.
“Aku rasa kawan ni memerlukan bantuan,” Seorang jejaka yang sejak tadi memerhati dari tepi pondok Pusat Tuisyen Newi itu tiba-tiba bersuara. Sambil membetulkan kaca matanya, kaki lututnya dibengkokkan di tepi Bom. Tangan yang satu sudah mula memapah sebelah lengan Bom.
Dara mendongak ke wajah jejaka itu tadi. Berbekalkan ego yang tinggi melangit di dalam diri, Dara juga tidak mahu kalah. Tanpa membalas kata-kata jejaka tersebut, dia segera mengambil tempat di sebelah kanan Bom, turut membantunya untuk berdiri.
“K-Kaki sebelah aku k-kejang! T-Tak dapat g-gerak!” Bom melompat anak menggunakan sebelah kakinya.
“Jom bawa dia ke pondok sana!” Sambil menuding jari ke arah sebuah pondok tempatnya berteduh tadi, si jejaka itu terus memberi arahan.
Dara benci diarah begitu. Lebih-lebih lagi kalau orang itu ialah seseorang yang tidak dikenali. Namun demi Bom, dia turutkan juga.
Sedang mereka memapah Bom ke pondok berdekatan, jejaka tadi mula memperkenalkan diri, “Nama aku Yifan." Beritahunya tanpa ditanya. Malah wajahnya juga masih memandang ke hadapan, tidak memandang pun ke arah Bom mahupun Dara.
Dara hampir tergelak kalau bukan kerana Bom yang memicit pehanya. "Apa?" Mulut Dara membentuk 'O' ke arah Bom di sebelah. Bom memejam celik matanya, seolah-olah memberi tanda agar berdiam saja.
“Aku baru berpindah di sini," Jejaka yang menggelar dirinya Yifan itu masih lagi berbicara dengan wajahnya yang tegak melihat ke hadapan. Loghat pertuturannya juga agak berlainan, tidak seperti kebanyakkan jejaka seusianya, memang padan lah dia orang baru dekat Bandar Newi ini.
"J-Jadi k-kau ialah pelajar baru berpindah ke sekolah k-kami, uhm...Y-Yifan?” Bom yang mencuba untuk membuahkan perbualan itu kelihatan kekok sekali. Kembung pipi Dara menahan ketawa dari tepi.
“Uhm,” Yifan mengangguk tanpa menoleh ke arah dua perempuan di sebelahnya.
Sebaik saja mereka tiba di pondok tersebut, Dara tidak membuang masa, dia terus berpusing menghadap Bom yang baru melabuhkan punggung di situ, "Mata tu tengokkk depannn,“ Wajah Bom dicekupnya dengan kedua telapak tangan. Hidung mancung Bom dipicitnya ringan. "Kau ok kan? Dah, aku kena naik bas sekarang atau aku takkan sempat balik rumah sebelum malam...jumpa esok ek?" Seusai kata, Dara membuka langkah meninggalkan tempat tersebut.
"Sandaraa Park! Yah! Aku terjatuh kerana kau, tau? Eii...geramnya!” Tidak kisah lagi kesakitan pada kakinya, Bom bangkit dari kerusi, gaya macam ingin mengulangi aksi kejar mengejar dengan si Dara. 
"Dia...kidal..." Yifan memerhatikan setiap gerak geri Dara dengan renungan mata yang tajam.
“Jangan lupa bawa nota aku esok!” Dara menyeru lagi sambil berlari anak ke arah perhentian bas di luar Pusat Tuisyen tersebut. Sebelum menaiki bas, Dara sempat lagi membetulkan tali kasutnya yang terjuntai sedikit.
"Dia memastikan tali kasutnya kemas sebelum menaiki bas..." bisik Yifan, masih memandang ke arah Dara yang kian hilang dari pandangan.
Hendak terjuling mata Bom apabila dia sedari betapa khusyuknya Yifan memandang si Dara semenjak tadi. “Tak payah tengok lagi! Sandara Park...dah berpunya okay," Ujar Bom sambil mengurut-ngurut pergelangan kakinya yang masih terasa kejang itu.
Kening kanan Yifan ternaik sedikit apabila mendengar kata-kata Bom itu. Obvious ke dia? Sebelum pun dia sempat untuk bersuara, Bom terlebih dahulu melontarkan kata.
“Sebab kau baru dekat sini so mungkin kau tak tahu tapi di Bandar Newi...semua tahu..." Bom mengangkat wajah melihat ke arah Yifan yang seperti mahu berkata sesuatu itu. "Sandara Park ialah milik Luhan." Ujarnya lagi disertai keyakinan pada mukanya.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously