Part 8

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

Hyeri POV

Ini sudah masuk kali ketiga aku menekan loceng rumah doktor byunhyung ni tapi masih tiada siapa yang jawab. Kereta ada je tapi takkan orangnya tak ada. Pelik betullah.

‘’Hello! Ada sesiapa tak?’’

Aku menjerit memanggil kalau-kalau ada penghuni di dalam rumah doktor byunhyung ni.

Tapi tiada sebarang jawapan diberi.

Aku mengeluarkan phone dari beg tangan aku dan mula mencari nama doktor byunhyung dalam senarai ‘contact’ aku. tanpa ragu-ragu aku terus menekan butang untuk membuat panggilan.

Aku menunggu untuk panggilan dijawab tapi doktor byunhyung tidak mengangkat panggilan aku. aku tidak mengalah dan mencuba lagi.

Dan ini sudah kali kelima aku cuba masih tiada sebarang jawapan. Aku menjadi risau. Aku mengambil keputusan untuk menelefon sohyun pula.

Benda yang sama. Tetap tiada siapa yang menjawab panggilan. Aku sudah penat berdiri lama jadi aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kereta dan terus pulang.

Nasib baik aku masih sayang dekat orang yang kelaparan dekat rumah a.k.a woozi si pendek tu, aku singgahlah dekat mana-mana ‘stall’ dan bungkuskan untuk dia tteokbeoki.

Pelik betullah. Mana pula dua orang tu pergi? Aku panggil depan rumah tiada jawapan. Aku buat panggilan pun tiada jawapan. Kemana pula mereka berdua pergi?

Sekarang sudah tengah malam dan takkan pula mereka nak keluar pergi mana-mana. Tak logik langsung.

Setelah lebih kurang satu jam berlalu tambahan dengan berhenti membungkus makanan, akhirnya sampai juga di kawasan rumah apartment aku.

Tanpa berlengah aku terus keluar dari kereta, mengunci kereta dan berjalan menaiki tangga kerana mata aku pun sudah meminta untuk dilelapkan.

 

 

Sohyun POV

Kepala aku terasa sangat berat dan pening seperti berbaring di di atas lantai. Aku membuka mata aku perlahan dan perlahan-lahan pandangan aku yang kabur menjadi jelas.

Memang betul aku terbaring di atas lantai. Lantai simen. Dimana aku sebenarnya?

Kerana terlalu keliru aku cuba untuk berdiri dan mahu berjalan tapi langkah aku tiba-tiba terhenti kerana seperti di hadkan.

Terasa tajam dipergelangan kaki kanan ku dan aku cuba menunduk ke bawah melihat pada kaki aku. aku terkejut mendapat tahu kaki aku digari pada sebatang tiang besi.

Lantas aku duduk semula dan menarik-narik gari itu untuk melepaskannya dari pergelangan kaki aku. tapi malangnya sia-sia, tiada perubahan melainkan hanya menambahkan kesakitan pada pergelangan kaki aku yang semakin banyak luka bila aku cuba membuka gari itu dari pergelangan kaki aku.

Perasaan takut mula menumbuh dan aku memandang-mandang di sekeliling aku. aku memandang syiling dan setiap pelusuk dinding tapi apa yang membuatkan aku kecewa tiada satu pun tingkap atau sebarang jalan keluar melainkan sebuah pintu kayu biasa.

Tapi pintu itu terlalu jauh untuk aku kesana.

Apa aku harus buat? Kenapa aku boleh berada di sini?

Bunyi pintu yang tiba-tiba sahaja muncul menyebabkan aku terus mengalihkan pandangan aku pada pintu itu. Seseorang masuk sambil di tangannya memegang segelas air kosong.

 dan aku kenal dia siapa.

Taehyung.

 

 

Byunhyung POV

Aku tidak sedar aku tertidur di atas rumput lalang di sebuah tempat terbiar. Kejadian malam tadi masih segar difikiran aku dan kesakitannya masih terasa di setiap pelusuk tubuh aku terutama muka kerana aku menerima tumbukan yang agak banyak sebelum berjaya melarikan diri.

 

Flashback

‘’sohyun palliwa!’’

Aku memanggil sohyun untuk datang secepat mungkin memasukkan barang-barangnya kedalam kereta manakala aku berlegar-legar di luar rumah menunggunya kerana barang aku sudah siap sedia berada dalam kereta.

Aku memang sudah rancang untuk membawanya keluar negara iaitu Jepun dan hidup bersama dia selamanya di sana. Setelah selesai ku pastikan budak malang si Jungkook itu terperangkap di tempat itu maka ini peluang aku untuk pastikan hisup bahagia aku yang aku impikan tercapai.

Lepas ni tiada siapa yang akan dapat kacau lagi kehidupan aku yang bahagia ini.

Tapi angan-angan itu dirosakkan oleh seseorang bila aku masih menunggu kehadiran sohyun untuk keluar dari rumah, seseorang dari belakang aku cuba untuk menutup mulut aku dengan sapu tangannya tetapi kehadiran dia telah dikecam aku kerana rasa tidak sedap hati itu memang terasa dalam diri aku.

Aku mula melarikan diri dan aku tidak sedar aku sudah lari terlalu jauh dari kawasan rumah aku meninggalkan sohyun berseorangan.

Aku bukanlah atlet yang boleh berlari pecut maka dia sempat menolak aku dari belakang dan menyebabkan aku terjatuh dan kulit aku tergesel di jalan tar.

Aku tidak mengalah membiarkan dia mencederakan diri aku dan aku tidak pula kenal siapa dia. berpakaian serba hitam dan memakai topeng mulut bewarna hitam dan pastinya dia bukan orang baik.

Aku bangun dan mula menumpuk mukanya. Tapi dia membalas lebih banyak dan aku pula tidak berdaya. Aku ternampak sebatang kayu di jalanan dan aku cuba bangun berlari mendapatkannya.

Dia cuba memukul aku lagi tapi aku terus menyepak perutnya dan dia terbaring mengerang kesakitan. Dengan kudrat yang tinggal aku bangun mengambil kayu itu dan cuba untuk memukulnya tapi dia kelihatan lebih bertenaga berbanding aku dan mula menyerang balas menyepak perut aku.

Darah terkeluar dari mulut aku dan aku sudah rasa aku di zon bahaya kalau terus berdepan dengan dia. aku menyadung kakinya sebelum mengambil langkah lari dari dia. aku menyembunyikan diri aku di semak samun dan entah bagaimana kerana aku sudah dapat rasa badan aku terlalu lema, aku terbaring

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.