Part 10

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

Jungkook POV

Aku menggenggam tangan aku kuat cuba menahan emosi aku yang boleh membinasakan diri. Kau tak boleh salah anggap. Memang tugas kau dan yang lain untuk lindungi sohyun. Mungkin sohyun masih tidak biasa sebab tu bukan diri dia yang sebenar.

‘’Jungkook.’’

Yoongi hyung menyedarkan aku dari emosi aku yang hampir tidak dapat dikawal. Dia berjalan menuju kearah aku dan aku hanya memandangnya.

‘’hyung dah uruskan, yang lain terserah pada kau...’’

Yoongi hyung menepuk-nepuk bahu aku sebelum pergi. Aku tahu dia perlu berdepan dengan jimin pula selepas ini. aku perlu fokus untuk menyedarkan mereka bahawa pentingnya untuk melindungi sohyun.

Aku mengambil senapang yang sudah diletakkan di atas sebuah meja dan bersedia untuk melakukan tugas yang perlu aku teruskan.

 

 

Jin POV

Aku dan Namjoon masih keliru dengan apa yang terjadi. Kami diculik dan hampir sahaja dibunuh tapi tiba-tiba orang itu meninggalkan kami selepas hoseok berjaya lepaskan diri atau selepas suara seorang perempuan kedengaran.

‘’Hey bukak pintu ni tak guna!’’

Namjoon tidak henti-henti memarahi dan memanggil orang tersebut untuk membuka pintu. Dan kali ini aku agak sedikit terperanjat dengan perangai Namjoon yang mudah marah tidak seperti dahulu.

‘’Namjoon. Asal kau marah sangat.’’

Dia terus berhenti dan pandang aku bila aku tanya atau sebenarnya tegur begitu.

‘’hmm...sebenarnya namjoon dah penat. Penat asyik jadi penyabar ni.’’

‘’pulak?’’

‘’dah tu... haishh..’’

Namjoon terduduk.

‘’kita semua kenalkan hyeri? ‘’

‘’dah kenapa pulak dengan hyeri? Kau ni peliklah...’’

Muka namjoon tiba-tiba memerah dan aku hanya terdiam terkejut. Aku rasa aku dapat agak kenapa.

‘’namjoon kau-‘’

‘’ya hyung, namjoon sebenarnya...... suka dia. dia penyebab namjoon rasa namjoon kena berubah. Kalau hyung perasan, dia antara paling tabah sepanjang apa yang menimpa pada kita, dia dipengaruh tapi akhirnya dia juga yang tolong kita. Itu membuatkan namjoon rasa namjoon perlu kuat sebab namjoon tahu nak dibandingkan namjoon dengan dia, dia jauh lebih baik...’’

‘’kelakarlah..’’

Aku menggaru-garu kepala aku. bukan niat aku untuk berkata begitu.

‘’hyung!’’

Namjoon menunjukkan muka tidak puas hati.

‘’anni, maksud hyung, kita dalam keadaan macam ni masih boleh cakap benda-benda macam ni...’’

‘’tapi seriuslah...namjoon suka dia tapi namjoon rasa sangat tak layak untuk dia...’’

Tiba-tiba pintu dibuka dan orang yang sama masuk. Dia ialah orang berserba hitam.

Dia memegang senapang membuatkan aku dan Namjoon terus terdiam kerana takut dengan langkah seterusnya yang bakal dia lakukan pada kami. Dia memberi isyarat supaya kami berdiri dan dengan segera kami berdiri.

Dia halakan senapang itu pada kami dan suruh kami ikut dia. Aku dapat rasa Namjoon takut dan dia hanya senyap membatu dan tangannya menggigil. Aku juga turut takut tapi fikiran aku melayang-layang memikirkan benda lain.

Sepanjang aku berjalan ikut arah yang dia suruh , aku rasa aku pernah lihat tempat ni.

Sehinggalah sampai di sebuah ruang yang begitu luas dengan sekelilingnya ada beberapa orang yang terbaring berbadan tegap. Mereka kelihatan seperti dipengsankan.

Kami diletakkan ditengah-tengah dan tangan kami diikat. Namjoon cuba sedaya upaya untuk tidak diikat tapi kerana terlalu takut kami membiarkan tangan kami diikat.

Dia mencampak dua bilah parang yang seperti sudah diasah tajam betul-betul di depan aku dan namjoon. Kami keliru dan tidak berani memandang dia sehinggalah tiba-tiba dia mencabut topeng muka hitamnya.

Aku dan Namjoon terkedu. Mata kami membulat dan nafas kami seolah-olah terhenti.

‘’Jung-jungkook?!’’

 

 

Woozi POV

Sampai sahaja di hospital yang disebut aku menolong byunhyung memapah dia keluar dari kereta dan berjalan masuk. Penat betul asyik aku yang kena papah dia. kenapalah dia kena ikut sekali. Dah sakit buat cara sakit.

Ada beberapa orang polis disitu masih bertanya doktor yang ada dalam itu dan tiba-tiba bila dia nampak kami , dia terus melulu kearah kami.

‘’Doktor byunhyung kan?’’

Salah seorang polis itu tanya dan polis itu perempuan dan dia memakai penutup mulut untuk orang selsema. Mungkin dia sakit agaknya.

Byunhyung tersentak dan terus mengangguk.

‘’kami mahu buat siasatan tentang pesakit yang doktor rawat.’’

Byuhyung memandang aku , aku memandang dia dan kemudian kami memandang polis itu semula.

Seorang polis rakannya memapah byunhyung entah bawa kemana untuk siasatan. Akhirnya bahu aku yang ‘glamour’ ini bebas dari terus papah si dia yang berat tu.

Sekarang aku baru ingat kenapa aku bercadang untuk kesini.

‘’hyeri, sora jom.’’

Aku menyedarkan hyeri dan sora yang lagi tadi memandang bangunan hospital ni. pelik-pelik sahajalah diorang ni.

‘’Kajja!’’

Hyeri pula mengajak.

Tempat ini sedang dibawah kawalan polis dan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Maka aku jadi runsing sebentar memikirkan bagaimana aku nak siasat mencungkil rahsia kalau tak boleh masuk?

‘’oppa kita nak buat apa ni?’’

Aku memandang sora dan lepas itu memandang hyeri. Dan memandang bangunan hospital itu semula.

‘’hyeri, takde jalan lain ke untuk aku masuk juga kedalam ni.?’’

‘’e-entahlah...’’

Tiba-tiba polis perempuan yang memakai topeng mulut itu datang.

‘’korang nak masuk ke?’’

Eh macam mana pula dia tahu niat kitorang ni. semua pandang antara satu sama lain dan terkedu. Sah-sah lah kena halau kalau dia tahu kitorang nak masuk tempat ni.

‘’jom ikut aku.’’

What the...

Kitorang semua terperanjat bila tiba-tiba dia ajak ikut dia. masalahnya dia ajak ikut masuk tempat itu siap letak jari telunjuk di jari dia isyarat sebagai suruh mendiamkan diri.

Hyeri sudah menyusul polis itu dahulu walaupun dia terperanjat begitu juga sora. Aku masih terkaku berdiri di tempat yang sama kerana terlalu terkejut.

‘’weh kau nak terkubur kat situ ke pendek?’’

Aku tersedar dan ikut mereka. Tak terlepas juga aku membuat muka kerana digelar pendek oleh hyeri. Dia ni tak ada gelaran lain ke untuk aku. si hensem ke, si ganteng ke...eh sejak bila aku tahu bahasa indon ni?

‘’haishh! Oppa ni lambatlah!’’

Sora menarik lengan aku agar bergerak cepat sedikit.

Sepanjang kami berjalan semuanya senyap. Sora memeluk lengan aku kerana agak takut . Siapa sahaja akan berasa takut berada di dalam tempat di mana disimpannya orang yang kurang waras pemikirannya.

Hyeri aku nampak seperti sudah biasa jadi dia hanya berjalan dengan muka tiada perasaan.

‘’aku tahu korang datang sini nak siasat apa yang berlaku kan?’’

Semua senyap bila polis perempuan itu mula bertanya macam tu. Nampaknya betul dia tahu niat sebenar kami. Tapi kenapa dengan mudah dia memberi orang asing buat kerja pihak berkuasa macam dia?

Dia ni seperti macam kenal sangat dengan kitorang sampai tahu apa yang kitorang nak buat.

Tiba-tiba hyeri berhenti berjalan.

‘’kau...’’

Dia tiba-tiba bercakap dan percakapan itu seperti ditujukan pada perempuan polis itu.

‘’unnie...’’

Polis perempuan itu berhenti berjalan dan memusingkan tubuhnya memandang kami bertiga. Dia mencabut topi polisnya dan membuka topeng mulutnya.

Sora terpinga-pinga manakala aku dan hyeri sudah hampir ternganga mulut terkejut. Bagaimana aku tidak boleh cam siapa dia sedangkan hyeri boleh?

Hyeri tersenyum sama juga dengan polis perempuan itu yang sebenarnya...

 

 

No one POV

‘’Jung-jungkook?!’’

Jin terkejut dan dia bagaikan tidak percaya orang yang dia takuti itu adalah saengnya sendiri iaitu Jungkook dan begitu juga dengan Namjoon yang sudah tidak boleh

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.