Part 11

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

No one POV

‘’Hyuna noona!’’

Woozi terkejut dan terus memanggil polis perempuan yang berdiri di hadapan mereka bertiga. Tapi dia berasa pelik kenapa sora ternganga sekali.

‘’sora...asal kau ternganga?’’

Woozi berbisik pada sora.

‘’entahlah...korang terkejut, sora ikut je sekali...siapa dia?’’

Sabar sahaja. Woozi mati-mati ingat sora pun kenal sekali siapa hyuna sebenarnya. Hyeri sudah terkejut sehingga menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. Dia berjalan menghampiri hyuna.

Lalu tubuh hyuna yang lebih tinggi berbanding hyeri itu dipeluk hyeri.

‘’un-unnie..’’

Dia terlalu rindu dengan hyuna. dia juga agak tertekan setelah hyuna menghilang begitu sahaja. Hyeri mungkin nampak seperti seorang yang tabah dan periang di luar tapi dalam hatinya sering diguris perasaan-perasaan sedih yang tidak mampu dia luahkan.

Hyuna memeluk balik hyeri.

‘’hyeri, kita tak ada masa. Unnie taknak kamu semua tertangkap. Cepat cari apa yang kamu perlu!’’

Hyuna tahu mereka datang ke sini dengan tujuan dan bukan bersahaja jadi dia tidak mahu masa dilengahkan memandangkan dia takut mereka tertangkap.

Hyeri melepaskan pelukan dan mengangguk.

‘’tapi unnie janji akan cerita apa yang berlaku pada unnie kan?’’

Hyuna senyap dan selepas itu dia mengangguk.

‘’gomawo unnie..’’

Hyeri senyum dan lantas terus mengajak sora yang sudah terpinga-pinga.

‘’noona akan awasi dekat sini..’’

Hyuna memaklumkan pada woozi dan woozi hanya mengangguk sebelum lantas mengikut hyeri dari belakang.

Woozi mengajak hyeri dan sora untuk mencari di mana letaknya pejabat doktor yang merawat jungkook. Tetapi hyeri pula berkata dia mahu ke pusat kawalan di mana tempat kamera keselamatan semua di kawal di situ.

Mereka bersetuju untuk berpecah.

Woozi dan sora mencari pejabat si doktor manakala hyeri ke bilik pusat kawalan.

 

 

Namjoon menggigil dan memandang tangannya tidak percaya yang dia telah membunuh orang. Dia berasa geram kerana dirinya dipaksa untuk membunuh dan dia mula menjerit-jerit menyumpah-nyumpah Jungkook.

Dalam pada masa yang sama dia bersedih melihat Jin. Tapi satu gas dikeluarkan menyebabkan diorang pengsan.

Namjoon tidak sempat mahu ke arah pintu dan menendangnya kerana dia mula terasa pening akibat gas tersebut dan terus pengsan.

 

 

Sohyun POV

‘’Berehat tau, kalau kau nak mandi tu tandas, baju ada dalam almari.’’

Taehyung senyum sebelum meninggalkan aku berseorangan di dalam bilik yang begitu asing bagi aku ini. tolonglah, aku nak keluar dari tempat ni. diorang dah tak betul.

Adakah hyeri, byunhyung....tidak cuba untuk cari aku? aku harap diorang sedang mencari aku dan keluarkan aku secepat mungkin dari tempat ini. aku tidak tahu apa yang bakal berlaku lagi dan aku takut untuk hadapi semua tu.

Aku bangun dari terus duduk di atas katil yang tidak begitu empuk dan juga tidak begitu keras itu dan terus masuk ke tandas. Di dalam tandas sudah disediakan tuala untuk mandi dan sememangnya aku sudah terasa aku perlu mandi.

 

 

Woozi POV

‘’Oppa pasti tu bilik pejabatnya?’’

‘’shhh’’

Aku menutup mulut sora dan menyorok di sebalik dinding. Ada beberapa orang nurse sedang berlegar di kawasan itu jadi kami perlu senyap. Tambahan kamera keselamatan juga terpampang dengan jelas di atas syiling jadi setiap langkah perlu lebih berhati-hati.

Sora faham dengan tindakan aku dan cuba mendiamkan diri. matanya juga peka melihat nurse yang masih berlegar-legar di situ.

Sekarang ini aku kena fikir bagaimana kami hendak ke pejabat atau ke tempat lain tanpa dikecam. Satu idea timbul di akal fikiran aku dan aku dengan berhati-hatinya terus menarik sora.

Kami pergi kebahagian bilik loker milik nurse dan doktor yang bekerja di sini.

Aku mencari loker yang dimiliki oleh seorang nurse lelaki. Kerana warna pakaian mereka berbeza antara nurse lelaki dan perempuan. Yang lelaki biru pastel memandangkan perempuan bewarna merah jambu pastel.

Walaupun aku tahu setiap loker pasti dikunci, jadi aku mencari kalau-kalau ada dawai atau benda yang berkaitan dengannya. Kerja ini sudah biasa aku buat jadi ia menjadi perkara biasa kalau nak bukak sesuatu benda yang berkunci.

Sora masih terpinga-pinga dengan tindakan aku.

‘’oppa...oppa buat apa ni?’’

‘’sora...awak nampakkan baju pesakit dekat almari di sana tu. Pakai baju tu cepat.’’

Reaksi wajahnya masih bingung dengan arahan aku tapi disebabkan aku tahu dia percayakan aku lantas dia terus ke bahagian almari baju pesakit. Dia mengambil baju pesakit itu.

Aku memandang dia dan sora memandang aku serius. Aku menjadi pelik kenapa riak wajahnya tiba-tiba serius.

‘’oppa, jangan pandang. Sora nak salin baju.’’

Aku tersedar dan malu lantas menyambung semula mencari benda yang aku sedang cari tadi. Ingatkan apa tadi. Mati-mati aku fikir dia nak marah aku.

Akhirnya dawai yang aku cari telah jumpa. Aku menyimpulkannya ikut teknik yang biasa aku lakukan dan cuba membuka loker yang aku ingin buka.

Dengan senang loker itu terbuka. Aku dah kata ini kepakaran aku jadi bukan satu masalah untuk aku. aku memang tahu setiap pekerja ada baju lebih jadi mujur lelaki ini ada. Tanpa membuang masa aku terus membuka baju aku dan menyarung baju nurse tersebut.

‘’Oppa...palliwa..’’

Sora sudah bersedia dan dia memaanggil aku. aku memakai penutup mulut yang kebiasaannya dipakai oleh pihak hospital dan bersedia untuk bergerak.

Baru sahaja baru mahu melangkah keluar berjalan dari bilik persalinan ini, aku dapat rasa perasaan gementar dan takut oleh sora. Ini kerana tangan aku dipegang erat olehnya. Sejujurnya aku juga gementar takut dikecam.

Mujur tidak berapa ramai yang lalu lalang di kawasan yang kami hendak lalui. Dengan segera dan berhati-hati aku berjalan beriringan dengan sora yang menundukkan kepalanya berpura-pura seperti salah seorang pesakit mental di dalam hospital ini.

 

 

Sohyun POV

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.