Part 6

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

No one POV

Disebuah bilik yang dindingnya diperbuat daripada besi, terdapat seorang lelaki.

Rambutnya agak sedikit kusut, mukanya berpeluh dan dahinya terdapat kesan darah seperti dihantuk kuat dengan sesuatu benda.

Dia diikat di atas sebuah kerusi. Setelah sekian lama terlena kerana kesan hentakan yang diterimanya, dia akhirnya terjaga. Dia cuba membuka matanya dengan perlahan tapi perasaan takut terus menyelubungi diri dia.

Dia jadi resah dan gelisah, keliru di mana dia berada sekarang.

‘’YAH!’’

Dia menjerit tidak tahu sama ada mahu memanggil orang atau sedang dalam ketakutan.

Tiba-tiba lampu terbuka membuatkan matanya mengecil cuba menerima cahaya yang menusuk masuk ke retina matanya.

Dia memandang sekeliling dan menyedari dirinya bukan sahaja berada di suatu tempat yang dia tidak ketahui , malah dirinya juga diikat.

Jantungnya semakin berdegup laju apabila bunyi pintu bilik besi itu kedengaran seperti mahu dibuka.

Lelaki yang membuka pintu itu masuk dan senyum.

‘’hyung?’’

Dia yang diikat terkejut melihat gerangan orang yang masuk ke dalam bilik tersebut.

‘’jimin...you’re awake!’’

 

 

Sohyun POV

Hari ini aku dah tak boleh buat silap. Aku taknak dimarahi byunhyung.Bagi aku kalau dia marah aku bermakna aku masih yang dulu. Aku tidak mahu dihantui penyakit kejam dahulu.

Air mata aku mengalir dan aku membaringkan kepala aku di atas meja di kelas aku. Aku rasa sedikit bersalah kerana memarahi mereka sebentar tadi dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Aku mendengar bunyi tapak kaki lantas dengan pantasnya aku mengesat air mata aku yang ada di pipi aku dengan bahagian belakang tangan aku. aku melihat gerangan orang yang sedang menuju ke kelas aku. Hyeri.

Aku lihat dia dan dia lihat aku.

Aku tahu sahaja, dia pasti mencari aku kerana risaukan aku.

Akhirnya setelah beberapa waktu pembelajaran, masa pulang sudah tiba. Kali ini aku tidak akan singgah kemana-mana. Aku harus ikut arahan byunhyung. Aku harus balik awal seperti selalu.

Sejujurnya hyeri kerap bertanya jikalau aku dalam keadaan baik atau tidak tapi aku hanya mengangguk atau mendiamkan diri, aku sendiri keliru adakah aku okay ataupun tidak.

‘’dah sampai.’’

Hyeri memberhentikan keretanya hadapan rumah byunhyung.

‘’gomawo hyeri, jumpa esok.’’

Aku senyum , keluar dari kereta dan melambai pada hyeri. Dia melambai dan lantas terus memandu pergi.

Aku menyeluk poket skirt aku dan mengeluarkan segugus kunci lantas mencari kunci untuk membuka pintu utama rumah ini.

Setelah berjaya membuka pintu, aku terus masuk dengan pantasnya dan mengunci pintu semula. Aku ada fikir juga, mungkin byunhyung menyuruh aku selalu balik awal kerana dia takut ada orang cuba untuk cederakan aku.

Kebiasaannya byunhyung akan menyediakan makanan untuk aku dan aku cuma perlu sejukkannya kembali. Tapi hari ini aku tidak tahu kenapa, aku kurang berselera untuk makan. Biarlah malam nanti baru aku makan.

Tanpa berlengah aku terus menuju ke bilik aku. aku memulas tombol pintu bilik aku dan bersedia untuk melangkah masuk. Tapi langkah aku terhenti tatkala melihat keadaan bilik itu.

Mata aku membulat dan jantung aku mula berdegup laju.

Kenapa bilik ini begitu bersepah?! Angkara siapa semua ini?!

 

 

Jungkook POV

Pada waktu petang begini, kebiasaannya pesakit akan diberi kebebasan di padang untuk beriadah. Kalau dulu aku suka bersendirian dan tidak bergaul dengan orang lain tapi aku sedar aku perlu kelihatan normal jadi sejak dua bulan lalu aku sudah bercampur dengan pesakit lain untuk bermain bola keranjang bersama.

Aku ingat, bole keranjang adalah permainan kegemaran yoongi hyung. Sumpah aku kata, kalau aku main dengan pesakit lain aku sahaja yang akan menang tapi kalau dengan yoongi hyung , tidak akan pernah.

Dia mungkin pendek dan nampak kurus seperti orang tidak bertenaga, tapi dia tidak perlukan semua tu. Dia sangat bijak dari segi skills. Disebabkan itu waktu dizaman persekolahan, dialah kapten dan sekolahnya sering menjadi juara bertahan.

Tapi lepas yoongi hyung tamat sekolah, semuanya berterabur.

Memang yoongi hyung aku tabik dengan dia. kadang-kadang aku rasa dia seperti datuk orang bukan hyung aku. perangai tak ubah macam datuk-datuk yang suka berkata-kata.

Walaupun namjoon hyung bijak, tapi dia juga tidak boleh kalahkan kata-kata yoongi hyung yang sungguh tersirat dan tersurat.

Aku bermain-dan bermain. Tapi sejujurnya aku terasa tidak selesa dengan doktor baru yang merawat aku. aku melihat dia berdiri di luar pagar padang ini dan kerap tersenyum memandang aku.

Pelik. Aku rasa seperti dia yang layak jadi pesakit disini bukan aku.

Aku tidak tahu apa yang dia fikirkan. Biarkan sahaja. Yang aku fikir sekarang ini aku perlu terus bersabar dan berkelakuan seperti manusia biasa. Tinggal lagi enam hari sahaja Jungkook, kau harus bersabar.

 

 

Byunhyung POV

Nampaknya dia obses dengan sohyun. Ya aku sudah menyelidik semua tentang dia. kalau begitu, aku harus ambil langkah berjaga-jaga.

Mana mungkin aku mahu biarkan dia mengambil sohyun daripada aku. oh tak mungkin. Aku akan biarkan kau terseksa dalam tempat ini. sekarang aku yang berkuasa, tiada siapa akan percayakan kau dan kau perlu ikut semua keputusan aku.

Memang budak yang bernasib malang agaknya ya?

Aku senyum memandang mukanya memikirkan keputusan yang aku akan buat terhadap dia.

Enam hari lagi dia akan keluar tapi akan aku anjakan menjadi enam minggu lagi.

kau tunggu sahaja rancangan aku.

‘’Jungkook’’

Aku memanggilnya dan dia terus memalingkan mukanya pada arah aku. aku membuat isyarat tangan menandakan supaya dia berjalan datang ke arah aku.

Dia menghentikan dirinya dari terus bermain bola keranjang dan mengelap peluh pada mukanya dengan belakang tangannya sebelum berjalan ke arah aku.

Dia sekarang berdiri di hadapan aku seperti seseorang yang sedang menunggu apa yang harus dilakukan. Aku memakai sa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.