Part 7

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

Jin POV

Aku sedang sibuk menguruskan hal dokuman kerja appa yang dahulu. Memang mulanya aku tidak mahu teruskan bisnes appa, siapa sahaja yang nak teruskan kalau masih bersedih tidak tahu mana hilangnya appa sendiri.

Aku masih lagi menulis dan menaip membetulkan apa yang perlu dan tiba-tiba diwaktu malam begini pintu bilik pejabat aku diketuk.

Aku agak tersentak kerana setahu aku, aku seorang sahaja yang berani tinggal di pejabat appa aku ini sehingga lewat malam.

Aku dengan berhati-hati menuju ke arah pintu dan agak teragak-agak untuk memulas tombol pintu. Aku menghela nafas dan terus membukanya.

Aku menarik nafas lega walaupun agak terkejut sedikit. Namjoon rupanya.

‘’haish...ingatkan siapa. Terkejut hyung. Kau buat apa dekat sini?’’

Aku agak pelik juga. Ada hal apa dia sampai datang kesini? Ada yang tak kena ke? Memang aku selalu beranggapan ada benda yang tidak kena berlaku kerana aku sendiri masih dihantui kejadian dahulu.

‘’aku tak tahu...’’

Dah pulak. Namjoon datang sini dan boleh kata dia tidak tahu tujuan dia datang?

‘’dah tu?’’

Dia tiba-tiba menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kertas yang dilipat. Kertas itu lalu dibuka lipatannya.

‘’benda ni..’’

Aku memandang kertas itu dan memandang namjoon. Aku terus mengambil kertas itu perlahan dan mula baca apa yang ada di atas kertas itu.

‘KALAU NAK SELAMAT, JUMPA JIN DI PEJABATNYA PADA PUKUL 12 MALAM’

‘’What the hell..mana kau dapat ni?!’’

‘’depan pintu rumah’’

Aku terkejut dengan apa yang ditulis di atas kertas itu. Dan pada waktu itu juga aku teringat akan adik-adik aku yang berada di rumah. Aku menjadi risau dan tidak tentu arah.

‘’namjoon jom balik!’’

Aku mahu berjalan keluar dari pejabat tapi secara tiba-tiba namjoon memegang lengan aku kuat dan menahan aku. aku terkejut dan memandang mukanya.

‘’diorang semua dah takde hyung..’’

‘’bu-buya?’’

namjoon menyeluk sekali lagi poket seluarnya tetapi kali ini dia mengeluarkan sekeping gambar. Iaitu gambar Yoongi,Taehyung,Jimin dan Hoseok bersama.

Dia menterbalikkan gambar itu dan ada tulisan di belakangnya.

‘CARI MEREKA,IKUT MEREKA’

‘’! Macam mana diorang-‘’

‘’hyung bertenang!’’

‘’arghh!’’

Aku jadi resah. Angkara siapa pula yang cuba menakut-nakutkan kami semua?! Cukup kejadian dahulu! Kami tidak mahu dihantui mana-mana permainan lagi!

‘’kau suruh aku bertenang namjoon? Mana kita nak cari diorang ni?!’’

‘’ta-tak tahu.’’

Aku tahu itu pasti jawapan dia. aku sudah memegang rambut aku kusut dengan keadaan sekarang.

‘’kita balik sahaja dulu..’’

aku memberi arahan pada namjoon dan kami berdua bersetuju untuk balik dahulu. Masing-masing menaiki kereta sendiri untuk ke rumah.

Tidak lama kemudian, aku sudah tiba di rumah tapi aku masih tidak nampak kelibat kereta namjoon. Mungkin dia pandu terlalu perlahan.

Aku cuba menghubungi namjoon melalui telefon bimbit. Aku mencari-cari namanya di file contact dan menekan untuk menghubungi dia.

Ini sudah masuk kali ketiga aku cuba menghubungi dia tetapi dia tidak angkat. Aku berasa pelik sebab keretanya sehingga sekarang masih belum sampai.

Aku lantas keluar dari kereta sebab sudah terasa panas.

Baru sahaja aku melangkah keluar dari kereta , dengan tidak semena-mena muka aku diselabungi kain hitam yang membuatkan aku sesak nafas dan tidak nampak apa-apa.

Aku meronta seperti orang gila untuk melepaskan diri tetapi benda tajam yang menusuk dibahu aku membuatkan aku terkejut dan terasa sakit yang amat.

Perlahan-lahan aku dapat rasa kain hitam itu dicabut semula dari terus menyelubungi muka aku yang memerlukan nafas. Ya aku sudah boleh bernafas semula tapi badan aku terasa sangat lemah.

Aku tidak dapat rasa tangan dan kaki aku lantas terbaring di halaman depan rumah aku. aku terlihat seorang manusia berdiri di hadapan aku memakai serba hitam dan topeng mulut bewarna hitam.

Waktu itu pandangan aku sudah kabur. Aku cuba menggerakkan jari-jari aku yang masih terasa boleh digerakkan. Tetapi malang, semakin lama aku terasa semakin penat. Mata aku mula tertutup dan kini aku tidak nampak apa-apa.

 

 

Hyeri POV

Tubuh aku tidak boleh duduk tenang asyik memikirkan sohyun yang nampak agak lain sejak akhir-akhir ini.

Aku tidak sedar aku asyik berlegar-legar di dan duduk termenung selepas itu memikirkan kenapa dengan sohyun.

‘’hoi! Asal kau?’’

Woozi tiba-tiba menegur menyedarkan aku. dia yang lagi tadi menonton televisyen penat melihat aku berlegar-legar dan selepas itu duduk termenung.

‘’hmm... so-‘’

‘’sora?’’

‘’apa kau nih -_- aku nak cakap sohyun lah...boleh jangan memandai boleh tak?’’

‘’alaa mana tahu kau cita pasal sora, lagipun aku bukan siapa pun, aku kan-‘’

‘’a..dah dah dah, no time untuk kelebih-lebihan kau tu...’’

‘’gurau pun tokleh..citalah asal?’’

‘’kau tak rasa....pelik ke dengan sohyun?’’

‘’pe-lik? Hm...aku tengok kau ni yang semakin pelik.’’

‘’ha main-main, main-main...aku serius ni -,-‘’

‘’yelah-yelah, betullah tu, sohyun pelik. Aku pun perasan Cuma aku malas nak ambil tahu, kau tahu kan orang psycho memang macam gitu...’’

‘’woozi, tak baik ah kau ni, dia dah berubah...’’

‘’aku pun sama, kau tak kesian kat aku ke?’’

Dah mulalah woozi tunjuk puppy eyes dia yang comel aku ngaku tapi nak tampar muka dia kasi berdarah pun aku ngaku.

‘’weh woozi, aku tak sedap hatilah...emm nak keluar satt’’

‘’ekk? Keluar pergi mana pulak?’’

‘’pergi rumah doktor byunhyung tulah..nak tengok sohyun. Kunci rumah tau! Aku keluar maybe lama..’’

Aku dengan tak berapa nak mempersiapkan diri terus mengambil beg tangan aku dan terus keluar pintu.

‘’woii beli makanan sekali woii!’’

Sempat lagi si lelaki pendek ni jerit minta beli makanan. Aku campak dia dalam hutan teruslah, banyak buah kat situ, pepandailah kau pilih nak makan buah apa.

Huhu hyeri sempat lagi kau berfikiran jahat pasal woozi.

 

 

Jimin POV

Aku yang sudah hilang akal dimana aku berada terkejut bila tiba-tiba seorang lelaki yang aku kenal memasuki bilik yang aku diletakkan ini.

Yoongi hyung.

‘’Jimin , you’re awake!’’

Dia nampak gembira bila aku sudah sedar. Jujur aku kata aku gembira melihat dia sudah boleh senyum dan berkata seperti biasa tapi kenapa perlu dalam keadaan aku begini?

‘’apa jadi ni hyung? Kenapa-‘’

Yoongi hyung meletakkan jari telunjuknya dibibirnya sebagai isyarat menyuruh aku tidak bercakap.

‘’kau selamat dekat sini jimin..jangan risau.’’

Yoongi hyung tiba-tiba memusingkan kerusi yang diduduki aku menghadap dinding dibelakang aku. aku tidak tahu pula kerusi ini boleh dipusingkan.

Alangkah terkejut bila aku memandang dinding di belakang aku. ia bukan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.