Part 5

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sohyun POV

‘’sohyun, awak memang suka buat saya naik hantu ke?’’

Aku jadi terdiam dengan kata-kata dia. apa yang dia maksudkan? Naik hantu?

Kenapa aku rasa byunhyung di depan aku bukan seperti byunhyung yang selalu aku lihat. Mukanya kali ini nampak terlalu serius. Adakah dia betul-betul marah kerana aku balik lambat?

BANG!

‘’Jawab sohyun!’’

Bunyi hentakan meja yang dihentak oleh tangan byunhyung mengejutkan aku. jantung aku berdegup laju dan aku menjadi takut dengan perangai byunhyung yang tiba-tiba berubah.

Dia bangun dan mula berjalan ke arah aku. tangan aku menggeletar ketakutan. Aku mengetap gigi agar tidak menangis.

‘’byunhyu-‘’

PANG!

Belum sempat aku mahu bercakap pipi aku seperti dihinggap benda tajam. Ya dia menampar aku sehingga aku jatuh terbaring di lantai.

Terkejut?

Semestinya! Kenapa dia buat macam ni dekat aku? byunhyung yang aku kenal berjanji tidak akan sakitkan aku dan dia hanyalah doktor yang menjaga dan merawat aku supaya menjadi lebih baik.

Adakah dengan cara ni dia dapat mengubah aku menjadi lebih baik?

Aku tak tahu. Aku memegang pipi aku yang kesakitan dan tidak berani untuk bertentang mata dengannya. Kerana terlalu sakit untuk aku terima, aku terus mengalirkan air mata.

‘’NANGIS! NANGISLAH LAGI! NI APA YANG KAU NAK KAN?!’’

Semakin dia menjerit pada aku, semakin tinggi rasa takut dalam diri aku. aku terus menangis dan menangis.

‘’Aku dah kata jangan balik lambat! Kenapa susah sangat kau nak faham?.’’

Aku cuba perlahan memandang muka dia.

‘’susah sangat ke sohyun?’’

Dia memperlahankan suaranya sedikit.

‘’sa-sa-saya..saya minta maaf...’’

Dan tiba-tiba dia terus senyum. Aku jadi keliru dengan perangai dia.

Tapi perangai ini aku pernah lihat. Pada seseorang. Siapa dia ya?

Byunhyung membantu aku bangun dan memimpin aku untuk duduk di sofa.

Aku masih tidak dapat berhenti mengalirkan air mata sambil tersedu-sedu.

Dia tiba-tiba memeluk aku dan menggosok belakang badan aku.

‘’sohyun...lain kali jangan buat lagi ya....awak tahu kan, apa yang saya buat semua untuk kebaikan awak juga. Ingat, saya bukan suruh awak balik cepat dengan suka-suka. Awak faham kan?’’

Aku hanya mengangguk tanda faham. Aku tahu dia sebenarnya Cuma lindungi aku. kenapalah aku tidak ikut apa yang dia suruh? Kenapa aku ingkar?

Dia seorang doktor dan pastinya dia lebih pakar dengan apa yang harus dia lakukan pada aku.

Aku Cuma manusia bermasalah yang memerlukan seseorang untuk membimbing aku, dan dia, adalah orangnya.

‘’awak janji tak buat lagi?’’

Aku jadi terkedu untuk jawab. Aku Cuma takut aku tidak sengaja melanggar apa yang dia suruh.

‘’sohyun awak janjikan?’’

‘’Jan-janji..’’

 

 

Jimin POV

Home school.

Itu apa yang aku dan taehyung tengah lakukan. Kami tidak ke sekolah. Kami hanya belajar di rumah dengan seorang guru yang di upah Jin hyung. Dia kata dia taknak kami berdua dalam bahaya.

Semua orang tahu penyebab keluarga kami kucar-kacir telah pun terlepas dari hospital mental kerana katanya dia sudah waras. Tapi masih ramai juga yang membuat rusuhan tidak terima dengan keputusan pihak berkuasa yang melepaskannya dengan mudah.

Tidak terkecuali aku.

Aku tak tahu macam mana dia boleh terlepas dengan senang sedangkan jungkook adik aku sendiri masih di dalam tempat itu lagi.

Dia adalah mangsa dan kenapa mangsa perlu dikurung dekat tempat tu lama dari pada si penjenayah?

Aku menggelengkan kepala mahu melupakan hal itu. Sekarang aku perlu fokus belajar. Belajar juga sangat penting. Bahaya jikalau fikiran dikawal orang lain hanya kerana kita terlalu cetek ilmu pemikiran.

Beberapa jam kemudian cikgu itu pulang dan sekarang tiba masa aku memberi makan yoongi hyung.

Hyung lain semua sudah keluar. Mereka awal-awal lagi tidak ada dirumah.

Jin hyung bekerja. Hoseok dan namjoon hyung ke kolej.

Mana pula kolej ada ‘home collage’

Taehyung seperti biasa pasti akan terus masuk ke biliknya. kalau tidak itu pun dia pasti akan ke ruang tamu dan tidur di sofa ruang tamu.

Tapi sejak akhir-akhir ni taehyung dah berhenti cakap pasal appa. Aku tak tahu aku nak risau ke tak tapi, hmm, mungkin lebih baik rasanya.

Nampaknya trauma dia sudah mula pulih. Sekarang yoongi hyung sahaja. Dia boleh bergerak tapi dia tidak mahu bergerak. Dia boleh makan tidak mahu makan.

Aku masuk ke bilik yoongi hyung. Memang biasanya aku akan bawa dia turun. Sebenarnya aku pun tidak mahu dia banyak bergerak tapi dia tidak boleh hanya duduk berdiam dekat satu tempat. Aku takut dia akan jadi lebih teruk.

Tapi bila aku masuk bilik....

Yoongi hyung tak ada.

Kejap. Mana dia? dia dah mula berjalan ke?

Aku risau dan mula melihat-lihat keseluruh bilik dia. melihat di dalam tandas, tapi tetap tidak ada.

Aku terus keluar dan mahu ke bilik taehyung. Mana tahu dia ada nampak kelibat yoongi hyung. Tapi baru sahaja aku mahu memulas tombol pintu bilik taehyung aku terdengar suara dia. dari dalam bilik suara dia seperti mengulang-ulang perkataan yang sama.

‘’hyung..appa kita dah matilah hyung...hyung..appa kita dah mati..’’

a-apa?

Aku terus memulas pintu bilik dia dan membuka pintu bilik dia.

Aku terkejut melihat yoongi hyung rupanya ada di dalam bilik dia duduk di atas sebuah kerusi. Dan di hadapannya ialah taehyung yang sedang memegang sebuah kertas sepertimahu menunjukkan pada yoongi hyung.

Aku terus berjalan laju ke arah taehyung.

‘’taehyung, apa kau buat ni?’’

‘’eh..jimin. jimin...tengoklah ni....taehyung lukis...appa dah mati. Appa dah tak sayang kita kan? Dia dah mati kan? Kan jimin?’’

‘’taehyung apa kau cakap ni?’’

Apa yang dia merepekkan? Aku ingat dia betul-betul sudah sembuh. Sekarang kenapa dia libatkan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.