Part 4

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

Sohyun POV

Hari ini aku akan ke sekolah. Hyeri datang untuk menjemput aku. Byunhyung awal lagi sudah ke luar untuk kerja. Aku ingat pesan dia untuk ambil kunci pendua rumah ini. aku sebenarnya agak pelik kerana dia tidak benarkan aku kemana-mana lepas habis sekolah.

Tapi itu adalah arahan seorang doktor kepada pesakit jadi sebagai seorang pesakit aku kena ikut. ini semua untuk kebaikan aku sendiri. Lagipun kalau tidak ada dia sebagai doktor yang mampu mengubah aku, siapa lagi?

Mungkin sahaja sehingga sekarang kalau dia tidak muncul dalam hidup aku, aku akan selamanya terperangkap dan dikawal oleh diri iblis aku sendiri.

Aku gementar, aku memang sangat gementar sekarang. Bagaimanalah reaksi orang lain bila melihat aku muncul semula. Apa lagi sohyun, mestilah diorang benci kau. aku menghela nafas dan langkah aku terhenti untuk masuk ke dalam kereta hyeri.

Hyeri pelik memandang aku.

‘’sohyun wae?’’

Aku tidak tahu macam mana aku mahu terangkan dan aku hanya berharap dia faham keadaan aku dan perasaan aku sekarang. Selalunya hyeri yang paling memahami sekali.

Dia menghela nafas dan mula senyum pada aku.

‘’sohyun, jangan risau, aku satu kelas dengan kau, aku takkan biarkan orang cuba mencederakan kau...abaikan sahaja pandangan orang lain.’’

Aku masih tidak berkeyakinan.

‘’sohyun kau fikir satu sahaja, kau ke sekolah untuk belajar...walaupun aku tahu kau pandai, tapi kita dah janji kan akan graduate sama2? Lepas tu kita akan kerja sama2...’’

Aku senyum mendengar kata-kata hyeri. Ya aku kesekolah untuk belajar dan orang sekeliling hanyalah cabaran untuk aku.

hyeri memang pandai menaikkan semangat aku. tidak sia-sia dia dilahirkan sebagai sepupu aku dan satu-satunya kawan baik aku dalam dunia ni yang faham setiap perasaan aku.

aku senyum sedikit menghilangkan rasa keresahan dalam diri dan mula masuk ke dalam kereta.

 

 

No one POV

‘’SERIOUS?!’’

Satu sekolah tengah riuh mengenai khabar yang sohyun akan masuk ke sekolah itu semula. Murid-murid ada yang berang dan ada yang ketakutan. Cikgu-cikgu pula sibuk bermesyuarat mengenainya. Mereka bimbang akan keselamatan murid-murid dan diri sendiri.

Kelas 1-8 iaitu kelas sohyun dan hyeri sekarang adalah kelas yang paling bising sekali kerana mereka gementar dengan kehadiran sohyun.

Bunyi tapak kaki di kaki lima membuatkan mereka terus berlari menuju ke tempat masing-masing. Kelihatan tiga manusia berjalan sedang memasuki kelas. Satu guru dua lagi ialah tidak lain tidak bukan sohyun dan hyeri.

‘’kamu berdua boleh duduk di belakang sana...’’

Sejujurnya cikgu itu sendiri menggigil mahu bercakap.

‘’nae..’’

Hyeri menjawab dan memimpim sohyun untuk ke meja belakang. Apabila sohyun sedang berjalan melalui pelajar yang lain, mereka menjarakkan meja kerana terlalu takut seperti melihat hantu.

Sohyun sudah tahu inilah reaksi yang dia bakal terima. Dia sabar dan hanya pedulikan dan terus duduk. Wajahnya sedikit sedih tapi dia cuba untuk berlakon seperti tiada apa yang berlaku.

Hyeri agak sedih dan risau dengan apa yang di terima sohyun. Yang pastinya orang lain akan rasa pelik, sebab hyeri dulunya adalah mangsa sohyun dan sekarang dia tidak takut pun dengan sohyun.

Hyeri tidak pernah ambil kisah dengan apa orang kata, bagi dia, sohyun tidak sejahat yang disangka masih lagi tertanam dalam diri sohyun sikap baik yang tidak ada pada orang lain.

‘’cikgu kenapa dia perlu ada dalam ni?!’’

Salah seorang pelajar mula menunjukkan perasaan dengan beraninnya.

‘’YA CIKGU! YA!’’

Disebabkan itu pelajar lain mula membuat bising memprotes.

Cikgu itu terus rasa tidak tahu buat apa kerana itu bukan kuasa dia untuk menetapkan kelas mana yang sohyun harus diletakkan.

Kalau diikutkan hati cikgu tu, dia sendiri tidak mahu berdepan dengan sohyun tapi bila dia mula memandang sohyun dan sohyun hanya menundukkan muka seperti sedih dengan pelajar lain yang sibuk memprotes mahu menghalau dia keluar.

Cikgu itu menutup mata dan menghela nafas sebelum membuka matanya semula dan memandang semua pelajar dalam kelas itu.

‘’SENYAP!’’

Dia memarahi pelajar-pelajar dalam kelas itu.

‘’kita teruskan pelajaran kita...’’

Begitulah hari-hari sohyun. Setiap hari pasti dia di pulau pelajar lain. Ada sahaja yang mereka buat supaya sohyun tertekan.

Mereka menampal kertas yang banyak di hadapan sekolah untuk menghalau kehadiran sohyun. Mereka menconteng loker sohyun dan ada juga yang mengugut mahu membunuh sohyun dengan meletakkan pisau di bawah mejanya.

Tidak cukup dengan itu mereka meletakkan bangkai di dalam loker sohyun yang sama seperti sohyun pernah buat pada jungkook dahulu ini menyebabkan sohyun teringat akan jungkook.

Dia tertekan dan menangis setiap hari. Dia sudah buat keputusan untuk lupakan jungkook tapi apa yang menimpa buat dia teringat balik lelaki tu. Bukan sahaja jungkook, tapi seluruh adik-beradik jungkook juga dia teringat.

Dia ingat masih ada rahsia yang dia tidak beritahu diorang. Masih belum selesai kes dia dengan adik-beradik itu. Dia tidak suka memendamnya lama jadi dia memberitahu hyeri yang dia perlu berjumpa dengan mereka satu hari nanti.

Walaupun asyik dibuli dari segi mental di sekolah, mujur ada hyeri dan sora yang saling melindungi dia. di rumah pula dia Cuma ada byunhyung untuk mengadu tapi dia tidak pernah memberitahu hal ini pada byunhyung.

Dia memaklumkan pada hyeri dan sora agar merahsiakan apa yang terjadi padanya di sekolah. Dia Cuma mahu hidup seperti manusia biasa dan dipandang seperti manusia biasa.

Petang sudah menjelma dan tiba masa untuk pelajar-pelajar pulang dari sekolah ke rumah masing-masing dan begitu juga sohyun. Tapi dia tidak bersegera mengemas barang sekolahnya.

Dia masih duduk berdiam di dalam kelas dengan mejanya yang masih bersepah dengan buku nota serta pen-pen yang dia gunakan untuk menulis.

Hyeri sudah bersiap dan bangun dar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.