Part 12

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

Byunhyung POV

Apa yang polis-polis ni nak sebenarnya? Panggil aku katanya untuk soal siasat tapi lagi tadi aku tunggu tiada seorang pun datang untuk menyoal siasat aku. aku cuba mengintai mana perginya lagi tiga ekor manusia itu, woozi,hyeri dan apatah nama lagi seorang perempuan tu.

Tiada. Ke mana pula mereka pergi? Kereta hyeri masih ada tapi mana mereka?

Aku tak boleh duduk disini lebih lama. Aku kena cari sohyun dan bawa dia pergi dari negara ni! tapi sekarang aku tak tahu dia dimana selepas kejadian semalam dan aku pula terperangkap di dalam kereta polis ni yang katanya mahu jalankan soal siasat terhadap aku.

 

 

Sohyun POV

Langkah aku terhenti dan itu memaksa Taehyung juga untuk berhenti. Aku terkaku tatkala melihat sebuah meja makan yang dipenuhi dengan makanan.

Tapi bukan perkara tu yang buat aku terlalu terkejut tetapi tiga orang manusia yang sedang duduk di tempat meja makan tersebut. Yoongi, Jungkook dan...Jimin?

Jimin ada sekali? Tetapi kenapa dia tidak seperti yang lain?

Memang betul dia duduk di atas kerusi seperti yang lain tetapi tangannya digari di sisi kerusi. Mukanya ada beberapa kesan lebam dan nampak sangat pucat dan lesu. Bibirnya kering dan pecah-pecah. Di pipinya seperti kesan air mata yang dah mengering.

Bukankah Jimin adik-beradik mereka tapi ke-kenapa?

Benda yang paling menakutkan adalah Jungkook sedang memandang tepat ke arah muka aku. pandangannya sangat tajam dan menyeramkan sehingga membuatkan bulu roma aku menaik.

Kalau ditakdirkan aku dapat melihat hantu, lebih sanggup aku melihat hantu dari melihat pandangan dia. Yoongi pula hanya memberikan pandangan yang diingin apabila melihat aku. sumpah aku sangat takut dengan suasana yang aku sedang alami sekarang.

Jantung aku berdegup laju dan aku sedikit terasa sejuk kerana terlalu takut dan disebabkan itu air liur pun tidak mampu aku telan.

Tapi Taehyung dia cuba iring aku perlahan untuk bawa aku duduk di atas kerusi.

Aku bermati-matian memikirkan Taehyung akan membawa aku duduk di sebelah Jungkook tapi tidak, dia menyuruh aku duduk di sebelah Jimin. Apa-apa pun ia masih sesuatu yang tidak menyenangkan.

Taehyung mengambil tempat duduk di hadapan aku. aku tidak tahu mengapa tapi diantara mereka aku kurang berasa takut dan gerun dengan Taehyung. Dan sekarang aku rasa sedikit tertekan kerana Taehyung tidak memilih untuk duduk di sebelah aku.

Semua tiba-tiba terus makan tanpa berkata sepatah kata pun. Aku hanya terdiam. Aku tidak tahu patutkah aku makan sekali kerana mungkin makanan yang dihidangkan beracun dan lagipun aku tidak ada selera untuk makan tambahan aku hanya memikirkan apa muslihat diorang sebenarnya.

Tapi aku rasa geram tiba-tiba bila teringat diorang makan dengan senangnya sedangkan jimin yang duduk dan diikat disebelah aku tidak makan sebab apa? Sebab tangan dia sudah diikat dan bagaimana pula dia nak makan.

Jungkook tiba-tiba sahaja berhenti menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dan meletakkan sudu garfu di sisi pinggannya. Mukanya mula berpaling memandang wajah aku. aku tersentak sekejap dan tunduk sedikit cuba mengelak pandangan dia.

Taehyung perasaan akan Jungkook yang sedang memandang aku dan terus memandang aku juga.

‘’psst...sohyun, makan..’’

Taehyung berbisik menyuruh aku makan dan aku cuba mengangkat muka aku perlahan memandang Taehyung. Yoongi memandang aku sekejap sahaja dan menyambung makan semula, dia ada juga tersenyum sedikit seperti suka melihat aku dalam ketakutan.

Aku menggeleng menolak tawaran Taehyung. Gila. Sesiapa sahaja tidak akan makan kerana perasaan curiga yang mendadak. Mungkin sahaja lepas aku makan aku akan pengsan dan waktu itu diorang bunuh aku dan campak aku di mana-mana.

Aku terdengar suara sudu yang diketuk perlahan pada pinggan kaca berulang kali dan pembuat suara itu adalah jungkook. Dia terus menerus memandang aku dan kali ini pandangan dia seolah-olah mahu membunuh aku.

Taehyung terus mencucuk seketul daging kecil pada garfunya dan menawarkan pada aku.

‘’sohyun...kau kena makan...’’

Kali ini aku tidak menggelengkan kepala kerana seperti tidak disukai Jungkook. Aku hanya terdiam dan terus memandang taehyung. Dahi aku berkerut kerana memikirkan kenapa pula aku kena makan?

‘’Jangan buat dia marah...kau kena makan sohyun...’’

Taehyung cuba lagi sekali berbisik pada aku. disebabkan aku rasa kali ini aku perlu ikut apa yang taehyung cakap kerana aku tahu orang yang dimaksudkan adalah Jungkook. Aku membuka mulut aku perlahan dan dengan perlahannya Taehyung menyuapkan seketul daging kecil tersebut.

Memang daging itu sudah masuk dalam mulut aku tapi aku tidak mengunyah atau menelannya. Aku tidak mahu melakukannya.

GRAKK!

Tiba-tiba bunyi kerusi berbunyi. Jungkook bangun dari tempat duduknya. Aku terkejut tambahan lagi bila tiba-tiba dia pergi dan berdiri di belakang aku.

Tanpa sebarang amaran dia memgangdagu aku dari belakang dengan kasar

‘’Kunyah.’’

Dia merendahkan dirinya sedikit membuatkan mukanya berada di sebelah muka aku dan berbisik di telinga aku. suaranya sangat serius dan menakutkan. Aku yang terkejut dengan tindakannya yang melayan aku seperti bukan manusia terus mengalirkan air mata.

Kerana terlalu takut aku terus mengunyahnya.

Aku mengadu sakit dan terus menangis supaya dia melepaskan tangannya dari memegang dagu aku tapi tidak dilayan.

‘’Telan!’’

Malah dia menyuruh aku menelan daging yang telah aku kunyah. Pandangan Taehyung kelihatan sangat sayu aku diperlakukan begitu. Aku memang berharap dia menyuruh Jungkook memberhentikan perbuatannya tapi dia seperti tidak berani untuk bertindak apa-apa.

Yoongi hanya membiarkan dan terus makan. Jimin disebelah aku dia seperti sudah hilang jiwa.

Bila selesai aku menelannya, dia melepaskan tangannya dari dagu aku.

‘’Sedap?’’

Jungkook tiba-tiba tanya dan aku hanya mengangguk. Walaupun aku masih dalam keadaan tidak dapat terima dengan apa yang baru terjadi dan masih menggigil ketakutan sambil mengalirkan air mata yang tidak berhenti-henti keluar, tapi taku tidak tipu, memang sedap.

Tapi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.