Part 2

PSYCHOPATH : CHAPTER II 'MIND GAMES'
Please Subscribe to read the full chapter

Jungkook POV

Bunyi pintu besi bilik aku dibuka dan berdirinya di hadapan pintu aku seorang nurse perempuan dan di sampingnya seorang lelaki yang keduanya kelihatan seperti seseorang yang tegas dan mukanya sangat ketat.

Aku terus mengalihkan pandangan aku ke arah mereka memandangkan aku agak terkejut dengan kehadiran mereka berdua.

Kebiasaannya apabila mereka berdua muncul, akan ada orang mahu berjumpa dengan aku iaitu hyung aku sendiri tapi sepanjang mereka berjumpa aku, aku hanya dapat melihat Namjoon hyung , Jin hyung dan Hoseok hyung sahaja. Tidak terkecuali Hyeri.

Aku tidak tahu kenapa dia perlu ada sekali.

Mereka sudah berjnji akan keluarkan aku dari tempat ini dan aku harap mereka tidak mungkir janji itu. Semestinya aku takut sohyun menunggu lama kehadiran aku. entah apa yang berlaku padanya sekarang. Aku dah cuba yang terbaik untuk berkelakuan baik di tempat ini.

Memang susah dan bila aku kata susah ia bermakna sangat-sangat susah tidak seperti yang orang bayangkan.

Aku tak tipu.

Aku cuba sedaya upaya tidak mencederakan diri sendiri lagi sebab aku tidak tahan terkurung dalam tempat ni. aku dah cuba sehingga aku menggigil setiap malam.

Aku rasa takut dan tidak tenang tiadanya sohyun disamping aku tapi aku harus ubah prespektif yang aku tidak boleh terus dalam ketakutan kerana sohyun lebih lagi memerlukan aku yang dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Lelaki mesti melindungi perempuan dan aku akan pastikan perkara itu terjadi.

‘’jungkook , kamu ada pelawat hari ni..’’

Seperti yang aku jangkakan. Aku membuka langkah bersedia untuk keluar dari bilik ini dan berjalan ikut dari belakang mereka berdua.

Kami sampai di bilik melawat dan lagi sekali orang yang pasti akan melawat aku ialah namjoon hyung, jin hyung dan hoseok hyung. Tapi kali ini aku tidak pula melihat perempuan tu. Perempuan yang berambut pendek bewarna coklat pekat. Hyeri.

Aku duduk di atas sebuah kerusi menghadap mereka bertiga dan sebuah meja menjadi pemisah antara aku dan tiga orang hyung aku. nurse dan seorang lelaki tadi hanya berdiri di belakang aku. sejujurnya aku benci mereka berada sekali disini.

Wajah hyung aku nampak gembira melihat aku tetapi aku tidak tahu kenapa aku tidak rasa apa-apa bila melihat mereka. Aku terasa seperti mereka hanya berpura-pura mengasihi aku. kalau betul diorang sayang aku, bila pula mereka mahu keluarkan aku dari tempat durjana ni?

Semestinya yang hanya mampu buat aku gembira hanya perempuan tu seorang, sohyun.

‘’hye...jungkook.. sihat?’’

Soalan jenis apa yang Jin hyung tanya ni? dah sah sah aku sihat tapi berada ditempat ni buat aku menjadi lebih sakit.

Aku hanya mendiamkan diri dan masih memandang tepat kearah mereka bertiga.

‘’jungkook, doktor kata sejak akhir-akhir ni kau dah berkelakuan baik. Jadi kami datang sini nak bawak kau keluar dalam masa sehari ni. doktor benarkan kau untuk keluar dalam satu hari ni...’’

Aku terus membuat muka tertanya-tanya adakah benar apa yang aku dengarkan ini?

Betul ke? Aku tidak salah dengar ke?

 

 

Sohyun POV

‘’jadi ni rumah saya.’’

Aku memasuki selangkah kedalam sebuah rumah teres yang tidak berapa besar. Cukup sekadar untuk dua tiga orang tinggal di dalamnya tapi hiasan di dalamnya agak mewah sedikit walaupun rumah kecil.

Aku hanya memandang sekeliling dan berdiam diri.

‘’Sohyun bilik awak di sini tau’’

Dr.byunhyung memberi tahu aku di mana bilik aku.

Sebenarnya hari ini aku sudah dikeluarkan dari hospital tu. Bukan aku nak tipu tapi pada mulanya memang aku rasa sengsara sangat duduk disana tapi setelah bertemu dr.byunhyung yang menjadi sebagai doktor peribadi yang merawat aku, aku rasa lebih tenang dan sekarang aku rasa mahu setiap masa berada disamping dia sahaja.

Jungkook? Aku sudah lupakan dia. dr.byunhyung kata aku tidak boleh ingat dia walaupun sedikit. Memang terseksa untuk lupakan dia tapi betul apa doktor tu kata, tiada guna aku ingat dia. tengoklah sebab dia aku sudah hilang seluruh keluarga aku. dia buat aku tidak tenteram.

Mujur akuhyeri masih setia tidak meninggalkan aku. aku rasa bersalah terhadap semua yang pernah aku lakukan padanya. Tapi sejujurnya aku tidak dapat kawal syaitan dalam diri aku. hyeri sangat baik sehingga kini walaupun aku sudah banyak menyusahkannya, dia masih setia untuk membantu aku.

Ditambah lagi dengan kehadiran Dr.Byunhyung yang berjaya membunuh syaitan yang sudah lama tertanam dalam jasad aku dan menyebabkan pelbagai huru-hara.

Kali ni aku hanya mahu hidup seperti orang biasa. Dr.byunhyung juga kata aku sudah seperti manusia normal. Aku amat bersyukur bila dia kata macam tu. Mana tidaknya , aku takut dengan diri aku sendiri yang dahulu.

Hyeri sedang membantu aku berjalan kerana aku masih tidak biasa dengan dunia luar. Mana tidaknya, setahun aku terkurung dan sekarang baru aku dapat hirup udara yang segar. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih memerhati aku, dan aku tahu tu.

aku tahu aku yang dulu memang jahat, kejam semua yang tidak baik boleh dilemparkan pada aku. aku berubah bila aku bertemu dengan Dr.Byunhyung dan aku tidak tahu bagaimana dia boleh mengubah aku tapi dia memang seorang yang baik kerana membawa aku keluar dari terus terperangkap dengan kekejaman aku sendiri.

Sewaktu aku dipimpin hyeri untuk memasuki kereta Dr.Byunhyung, masih sempat lagi beberapa rakyat berkumpul dihadapan hospital itu tidak setuju aku dilepaskan dengan senang begitu sahaja.

 Ada pula yang masih sempat membaling beberapa biji telur dan mujur hyeri membawa aku dengan cepat ke dalam kereta kerana selepas itu ada yang tiba-tiba datang tidak silap aku membawa sebilah pisau seperti mahu menikam aku.

Polis sempat menahan orang itu tadi.

Aku tidak tahu berada dalam keadaan begitu sangat menakutkan. Kini aku faham bagaimana perasaan orang yang selama ini aku anaiya.

Dr.Byunhyung memasukkan beg galas aku ke dalam bilik aku ditempatkan dan hyeri pula mula mengemas sedikit demi sedikit baju aku untuk memasukkannya dalam almari.aku pula duduk di atas katil dan cuba memerhati sekeliling ruang di dalam bilik itu.

Cantik. Sangat cantik bilik ini.

Warna putih dan sedikit campuran warna pink pastel.

Berbanding bilik aku yang lama, bilik ini lebih menenangkan aku. kalau diingatkan semula bilik aku yang lama, aku rasa hantu pun tidak berani menjejak kaki memasukinya.

Tiba-tiba dr.byunhyung memasuki bilik ini juga.

‘’jadi sohyun, macam mana? Okay tak bilik ini? kalau tak –‘’

‘’okay sangat...terima kasih doktor..’’

‘’oh sebelum tu, panggil je saya byunhyung. Takyah doktor-doktor...’’

‘’nae..’’

Aku hanya mengangguk.

‘’oh dan satu lagi perkara, kalau korang dah siap, saya ingat nak bawak korang berdua makan dekat mana-mana restoran dulu...macam mana?’’

‘’sohyun kau nak?’’

Hyeri bertanya aku dengan tawaran byunhyung.

‘’emm.’’aku senyum dan angguk menandakan aku terima.

‘’lagipun esok korang dah start sekolah kan? Jadi tenangkan diri dulu tengok-tengok kawasan ni elok juga.okaylah saya tunggu diluar.’’

Byunhyung memberi pandangan sedikit sebelum pergi meninggalkan kami berdua sahaja di dalam bilik ini.

Hyeri masih tekun mengemas barang-barang aku. aku pula pasti rasa bersalah dan perlahan bangun menolongnya sekali. Dia pelik dan memandang aku risau.

‘’sohyun?’’

‘’ahh~ aku nak tolong sekali..’’

‘’o..okay..’’

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shahirah2 #1
Chapter 15: Update soon , i can't wait. This story is really great and full of thrill.
Rubybeauty1982
#2
English?
Frisur #3
Chapter 15: Update soon
aquariusxpisces
#4
Chapter 15: waaaahhh authornim!!! rindu sgt dgn ff ni huhuhu TT

nasub baik woozi dgn hyeri dah tahu yang dr. byunghyun tu jahat!!! hahahahah
SehuNKai98
#5
Chapter 15: Update soon authornim!!
amnauna
#6
Chapter 14: daebak !! fighting authornim ~ update soon tauuu tauu tauu haha
bigbangtanboys
#7
Chapter 14: Tak pe kak.Sye tunggu akk ToT...rindu akk...ToT...tak tau laa klo akk igt kar sye lagi ToT....
#peminatsetiaakk
#lols
#byebye
khaisara #8
Chapter 14: ok fighting ~#setiamenunggu
Syahiran_Hazira #9
Chapter 14: Jgn ckp cerita ni tak akan diupdate ok m(TuT)m
izaniey #10
Chapter 14: Ala... mana ada merapu. Update la :(
Xpelah, sy baca kat wattpad awk.