chapter nine

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

Dipagi yang indah yang hening tersebut,diiringi lagi dengan kicauan burung yang bercip-cip,sungguh tenang. Kecuali sebuah jiwa milik Oh Sehun,jiwanya tidak tenang. Dia berjalan beriringan bersama-sama Semi dan juga Chanyeol. Pasangan kekasih yang mulai mendapat nama disekolah. Merekalah pasangan kekasih yang paling dicemburui oleh pelajar disekolah dek sama-sama padan,seperti buah timun dibelah empat.

 

Namun,segala-galanya hancur apabila Sehun menjadi salah seorang pelajar yang mulai meragui kesetiaan cinta mereka. Walaupun sebenarnya sebelum ini Sehun bukanlah pelajar yang mencemburui percintaan mereka yang sempurna dan mengharapkan dia pun akan merasai kisah cinta yang hebat sebegitu. Dia ternampak Chanyeol mengucup seorang gadis yang sememangnya bukan Semi.

 

“Sehun,apa yang kau tengah fikirkan??,”Semi bersuara. Tidak sedar pula mereka sebenarnya sudah berada didalam bas. Siap lagu Love Me Right berkumandang diudara. Sehun terkebil-kebil kelu. “Sehun,err..Kau kekok ek sebab kau duduk sebelah pasangan kekasih yang hangat bercinta??”

 

Sehun tersengih kekok. Tidak sangka,dia fikir perasaan Chanyeol terhadap Semi ialah ikhlas. Meleset sangkaan tersebut. Sepanjang perjalanan Sehun sekadar mendiamkan diri. Senyap,manakala Chanyeol berborak dengan Semi dengan semua jenis topik,Semi hanya mampu mengeluh panjang.

 

Bas berhenti dan mereka bertiga mulai bangun dari duduk dan berjalan menuju keluar dari perut bas. Sehun memerhati Chanyeol yang menggenggam erat tangan Semi,namun gadis itu menepis tangan lelaki tersebut yang hanya ketawa terbahak-bahak. Sehun menjegilkan matanya. Mungkin Semi malu,kerana mereka bimbang Paparazzi akan muncul dan mengambil gambar mereka secara haram.

 

Kenyataannya,Semi betul-betul menyampah dengan Chanyeol sekarang ini. Namun dia hanya mampu mendiamkan diri. Sehinggalah dia sampai didalam kelas,dirinya terasa aman. Dia merehatkan dagunya diatas tangan dan menghembus nafas dengan kasar. Dia mengerling sekilas kearah Sehun yang sedang melabuhkan punggung diatas kerusi. Batuk beberapa kali sebelum mengemas mejanya.

 

Sehun juga melakukan hal yang sama,mengerling-ngerling kearah Semi dengan penuh tulisan-tulisan cakar ayam yang bermain-main dalam mindanya. Entah apa yang harus diperkatakan kepada gadis tersebut. Kurang daripada dua saat,senyuman menyeringaikan menjadi penghias wajahnya. Dia sudah punya idea. “Semi,aku nak tanya kau sesuatu,”Sehun bersuara,sempat dia melihat sekeliling. Rakan sekelas lain tidak begitu menumpukan perhatian terhadap mereka,lebih kearah fokus pada aktiviti masing-masing.

 

“Apa?,”Semi bertanya dengan suaranya yang malas dan serak-serak basah. Sehun meneguk air liur dan menarik nafas panjang.

 

“Kau..Betul-betul suka Chanyeol??”

 

Terkebil-kebil Semi tatkala Sehun menyatakan soalan tersebut. Semi menjongketkan keningnya. “…Kenapa? Kau suka dia ke??,”Semi mengangkat dahinya,menginginkan kepastian bahawa,adakah rakan semejanya ini .

 

“Tak!”

 

“Tak payahlah cakap kuat macam tu,”Semi mencerlung matanya. Sehun terkedip-kedip matanya.

 

“Ugh..Aku sajalah tanya,jawablah. Jawab dengan jujur dan ikhlas. Tipu tak aci,”Sehun menunggu jawapan dengan setia. Dia menarik-narik kain seluar pahanya.

 

Semi mengusap lehernya dan menoleh kearah papan hitam. Sejujurnya dia tidak langsung,walaupun sedikit suka pada Chanyeol. Okay,dia akan jujur kerana dia percaya Sehun seorang yang boleh dipercayai. Buktinya? Rahsia identitinya belum berkumandang disekitar udara sekolah.

 

“Sejujurnya…Aku tak suka dia.. Tapi aku takdelah benci dia”

 

Sehun mengerutkan kening. “Kau..Ada perasaan cinta tak?”

 

“Hoish,takde,”Semi menjulingkan matanya keatas. Tidak mungkin dia mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki tersebut. Dia menggeliat dan menoleh ke luar tingkap. Sehun disebelah mencantumkan kening. Apakah maksudnya? Adakah ini bermakna..Semi tidak mencintai Chanyeol? Hanya Chanyeol menyukai Semi sebagai seorang perempuan? Tetapi Chanyeol mengucup perempuan lain.

 

“Takpelah..Asalkan dia tak suka lelaki tu,”Sehun pelahan bersuara namun sudah cukup jelas untuk ditangkap gegendang telinga milik Semi. Membuatkan gadis tersebut terkejut dan terkelu. Dia tidak berani menoleh dan mengkakukan diri.

 

“A-Apa maksudnya?,”dia bersuara sendiri. “Adakah ini bermakna….Sehun sukakan aku??”

 

---

 

Waktu makan tengahari sudah pun muncul. Semi dan dua lagi rakannya menuju ke kantin. Semi sengaja melambatkan pergerakkannya,mengemas alat tulis dengan pelan-pelan. Dia berkelakuan sebegitu agar mereka tidak berjalan dihadapan Sehun dalam perjalanan ke kantin.

 

“Mujurlah puding istimewa Makcik kantin masih ada. Kau tahu kan,Semi,puding ni istimewa!,”Namjoo memuncungkan bibirnya. “Kalau aku tak sempat makan puding ni,aku merajuk dengan kau lima puluh saat!”

 

Semi dan Hayoung ketawa terkekek-kekek mendengar omelan Namjoo. Namun Semi tidaklah begitu ketawa terkekek atau terkokok. Matanya sibuk memerhati Sehun yang sedang menghirup sup dan menyuap Kimchi pedas masam kedalam mulutnya dengan penuh berselera. Semi tersenyum sendiri. Entah kenapa,Sehun kelihatan agak menawan sekarang. Huh?

 

Semi menampar pipinya sendiri. Apa yang dia tengah fikirkan??. “Semi,kenapa kau tampar muka kau sendiri ni?,”soal Hayoung dengan cemas. Laju Semi menggeleng dan tersengih kekok. Memberi alasan bahawa nyamuk hinggap di pipinya.

 

“Aik..Kau belum sentuh lagi ke makanan kau? Apa yang kau buat dari tadi?,”komen Namjoo pula. Semi terus menyuap makanan ke dalam mulut dan mengunyahnya dengan laju. Matanya berpaling kearah Sehun yang sedang memerhatikannya. Dia mula pan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim