chapter three

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

Mukanya ditenyeh dengan pencuci muka Clean&Clear dengan perasaan yang cuak serta tidak selamat,sejujurnya dia kurang fokus pada pencucian wajahnya,tetapi pada lelaki yang bernama Oh Sehun yang dia bertemu lewat petang tadi. Tidak,tidak mungkin lelaki itu akan menjadi rakan semejanya. Tidak,dia tidak mahu. Namun yang paling sadis sekarang,dia sedang kelaparan. Ya,dia tipu orang tuanya bahawa dia berdamai dengan Oh Sehun dan menikmati makan malam yang sangat sedap dan menyelerakan sehingga mata dia berpeluh a.k.a menangis dek kesedapannya.

 

Namun semua itu dusta dan palsu. Duh,dek berdrama ketika mencuci muka,sabun pencuci telah tergelincir masuk kedalam matanya,dengan tragis dia melalak dan membersihkan wajahnya dengan air namun dia terpulas pada air panas pula. Kesengsaraan berganda,nak cair muka dia dibuatnya. Dia mengambil tuala kecil lalu mengelap wajahnya seperti Bae Suzy didalam iklan pencuci muka. Pernahkah Suzy masuk dalam iklan sebegitu? Mesti ya,sebab wajah dia semulajadi cantik dan kulitnya sihat. Apa-apa ajalah.

 

Selesai sesi membasuh muka,dia melangkah keluar dari bilik air lalu menerjah keatas katilnya dan bergolek kekiri dan kekanan. Dia nampaknya sudah lupa masalahnya mengenai Oh Sehun kerana kekasih gelapnya iaitu katil yang selesa ini menjadi miliknya sekarang ini. Mereka berdakapan dengan penuh mesra,duh,janganlah fanfic ini kena banned sebab cara men’describe’ kan katil dan tuan empunya katil begitu erotik.

 

Lama mengelamun,perutnya berkeroncong irama Pop Rock serta balada yang sudah bercampur aduk. Nampaknya melodi muzik sudah mengalami masalah personaliti,sungguh kesian,namun Semi tak kisah langsung sebab dia tak berhati perut dan tak sentimental,hahahha. Dia menuju kearah almari bajunya dan mencapai jaket yang tertulis New York bewarna biru tua yang bersaiz besar dengan hood yang mampu meliputi separuh wajahnya. Dia menyarungkannya pada badan dengan sepantas kilat dan keluar melalui tingkap bilik. Sungguh dahsyat,seperti drama Hong Kong pun ada,kalau dia keluar dari pintu utama rumah,mesti Maknya bertanya sebegini..

 

“Kamu nak kemana malam buta ni? Cuba jawab?!”

 

Kalau dia jawab,dia kena hempuk atas kepala. Kalau dia geledah dapur…

 

“Kamu tak makan ke dengan lelaki yang kamu belasah kelmarin tu,hah?Hah?!”

 

Dia akan dijerkah. Duh,inilah tektik kotor yang harus dipilihnya,kalau tidak,sampai pagi esok dia takkan dapat tidur dengan lena dan wajahnya yang segar dan cantik akan terjejas kerana itu. Dengan berhati-hati dia mendarat diatas sofa lama yang sememangnya strategik berada disitu,sempat diakhirnya dia ketawa dengan drastik sebelum beredar pergi.

 

Dia berjaya keluar dari halaman rumah dan berjalan dilaluan penjalan kaki menuju ke kedai runcit yang tidaklah jauh dan juga tidaklah begitu dekat dengan dimana dia berjalan sekarang. Dia menyilang tangan dengan wajah yang berkerut dipaparkan. Dia masih tidak berpuas hati mengenai Oh Sehun,apa yang lelaki itu lihat tadi? Hantu? Roh? Atau..Khayalannya semata-mata?. “Yang pasti,mamat tu tak betul,”dia mengangguk laju.

 

Pintu kedai runcit ditolak lalu bunyi ‘teng theng’ kedengaran. Sungguh dia benci bunyi itu,buat dia cemas tak tentu pasal. Haih,lupakan. Dia menuju kearah meja yang tersusun rapi mi segera . Dia memilih salah satu darinya kemudian memasukkan air panas kedalamnya. Tidak lama kemudian dia menuju kearah lokasi ‘Beverage’. Saat pintu peti sejuk ditarik,dia berpaling kesebelah dan dia terkedu dengan mata yang memandangnya sekarang. Dengan jaket hitam labuh yang mencurigakan serta mata yang tajam. Oh Sehun. “Gila,dia rancang nak bunuh aku dalam kedai runcit ke..Omo,adakah ini bermakna..Dia sebenarnya pembunuh psiko yang berselindung disebalik remaja lelaki yang lemah dan nampak hantu?,”dia mengundur kebelakang seraya meneguk air liur kemudian tersedar dia terlanggar sebuah figura,dia berpaling kebelakang dan tanpa sengaja,menumpahkan kuah mi segeranya.

 

“Aish!Panas!Aw!Aw!”

 

“Siapa Su-,”Semi mendongakkan wajahnya dan melihat wajah yang sedang naik menyampah. Mata Semi terkebil-kebil dan nafasnya seakan tersekat-sekat. “P-Park Chanyeol…,”dia bersuara sendiri. Oh tidak,Park Chanyeol dari kelas 3-1,malah dia satu kelab dengan dirinya. Oh tidak,nasib baik dia tidak tengking lelaki itu dengan suaranya yang nyaring dan seperti jantan dalam waktu yang sama.

 

“Omo,Park Chanyeol-ah,awak okay? Maafkan saya yang cemerkap ini,ottoke”

 

Sehun memerhati dalam diam disebalik rak kondom serta alat kehamilan dan juga pil kawalan yang terlibat dengan perkara sebegitu dengan mulut terlopong. Seperti tidak percaya akan apa yang dilihatnya. “Dia..Dia tak pukul lelaki itu..Dan naik gila…Hmmm,”Sehun mengerutkan dahi dan menyeka hidungnya yang berair,walhal..Ini bukan musim sejuk..Ah,sekarang hampir masuk musim luruh.

 

“…Oh Semi?,”lelaki itu menjongketkan kening. “Tch,boleh plak jumpa perempuan annoying dekat sini,”lelaki itu menghela nafas panjang meluat. Semi mengerutkan kening. Perempuan annoying? Apahal pulak dia annoying ni? Apa dia buat salah? Imejnya disekolah perfect sehingga mampu membuatkannya menangis kerana kesempurnaan sebagai gadis yang diidami orang ramai. AHahHAHHA,Park Chanyeol buat lawak?.

 

“Sebab kau annoying dan…Dah tumpahkan kuah mi segera kau,”jarinya menunding kearah cawan mi segera Semi. “Kau mesti nak mintak maaf”

 

Semi menahan kebengangannya yang bergelora. “Ya..Maafkan saya,Park Chanyeol,”Sehun menggaru belakang kepalanya,tiada yang aneh. Kelmarin,gadis itu turut meminta maaf dengannya,siap aegyo pelik bagai. “Mungkin..Dia ada banyak personaliti…Hmm,”Sehun mengangguk sendiri.

 

“Aku akan terima permintaan maaf kau,tapi aku nak kau jadi awek aku,okay?”

 

Bangang abadi. Bangang abadi. Bangang abadi. Semi membuntangkan matanya. “…Apa awak cakap??”

 

“Ehem,”Park Chanyeol berdehem. “Jadi awek aku,okay? Sebenarnya…Kaulah perempuan idaman aku..Dan,semua orang tahu kau memang popular dekat sekolah..Dan…Haha,aku pun boleh tahan hensemnya,see kita sempad

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim