chapter ten

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sehun dan Semi,mereka berdua menunggu bas  yang akan datang tidak lama lagi berdua. Ya,hanyalah mereka berdua disitu tanpa manusia lain. Kesunyian serta kekekokkan menemani mereka diawal pertengahan malam. Kereta lalu lalang diatas jalan menjadi saksi akan kesepian diantara mereka berdua.

 

“Kenapa kau tolak pelawaan Encik Kai nak hantarkan kita dekat rumah dengan kereta dia? Kan senang,tak payah tunggu bas berdua macam ni,”omel Semi dengan bibir dicebik serta lengan disilang tanda protes. Rambutnya yang panjang diraup kebelakang.

 

Sehun disebelah hanya mendiamkan diri,sesekali menguap dan mengerling kearah kiri dan kanan. Nampaknya dia tidak berminat untuk memberikan jawapan. Atau lebih tepat,ada sesuatu yang dia mahu sembunyikan. Cukup sekadar dirinya dan beberapa orang yang tahu.

 

“Aku dah rasa sesuatu sejak hari tu lagi,apa hubungan kau dengan Encik Kai??”

 

Sehun terkelu mendengar soalan yang terpacul keluar daripada mulut Semi. Dia mengkakukan diri,mendongak sekalipun dia tidak berani. Apa yang dia mampu lakukan? Tidak endahkannya. “Jawablah..Aku tak suka curious-curious ni..Curiosity kill the cat or apa-apa ajalah,”Semi menghela nafas panjang dan menghembuskannya dengan kasar.

 

Sehun kekal dalam posisi sebegitu sehinggalah bas muncul dan membuatkan Sehun bersyukur didalam hati akan ketibaan bas panjang bewarna biru tersebut. Sehun mendahului memasuki perut bas dan mengambil tempat duduk yang kosong. Semi membuntut dari belakang dan melabuhkan punggung disebelah Sehun.

 

“Hei-hei..Ini tak adil,kau dah tahu rahsia besar aku,jadi…Kau kenalah beritahu aku jugak”

 

“Siapa yang buat peraturan macam tu?,”akhirnya Sehun bersuara juga. Namun,ia hanya membuatkan situasi menjadi semakin kekok dan memalukan diri Semi sendiri.

 

“Err…Seseorang dalam dunia ni..Jadi,kau nak beritahu tak??”

 

 

Sehun menghembus nafas dengan kasar berbaur geram. “..Tak nak,”jawabnya dengan mata dijulingkan keatas dan pandangan matanya dilempar ke luar tingkap.

 

“Okay…Aku faham,”Semi menjuihkan bibirnya. “Jadi..Apa kaitan kau dengan polis bernama Kai??”

 

Sehun menolehkan wajahnya kearah Semi dan mencerlungkan mata. Silap besar,Semi pula yang menghempuk kepalanya. “Hoi,kau bercita-cita nak keluarkan biji mata kau keapa? Aku korek jugak nanti!,”maka bermulalah perang antara teruna dan dara didalam bas malam tersebut yang tidak dapat dihentikan kurang daripada 10 minit.

 

--

 

Bunyi burung mencicip membuatkan Do Kyungsoo tersenyum lebar dengan helaan nafas yang ringan. Dia melangkah keluar dari pintu rumah menuju ke pintu pagar yang diperbuat daripada kayu. Seusai pintu pagar ditolak,Kai juga baru sahaja berlalu keluar dari kawasan halaman rumah. Lantas sebuah senyuman ikhlas dikuntumkan.

 

“Selamat pagi,Abang Kai,”dengan mesra Kyungsoo menyapa. Dia membetulkan kaca mata jenama BodyGlovenya dan melihat sekeliling. “Psst,semalam ada kes tak?”

 

“…Kes?,”Kai menjongketkan kening. Entah kes yang mana satu Kyungsoo maksudkan.

 

“Saya ada dengar…Sejak kebelakangan ni..Ada ect yang target budak menengah tinggi untuk dijadikan mangsa..Dekat kawasan kejiranan kita ni..Ada tak??”

 

Kai menggeleng laju. “Dekat kawasan ni..Takde,tapi ada reportlah pasal tu..Hmm,kamu pesan-pesanlah pada kawan sekelas untuk berhati-hati..Hmm,Kyungsoo,Abang nak tanya satu boleh tak?”

 

 

Kyungsoo tersenyum panjang. “Tanya ajalah Bang,”

 

“Kawan kamu semalam tu..Yang lelaki tu..Dia sekelas dengan kamu,kan? Dia macam mana dalam kelas?”

 

Kyungsoo mengusap belakang lehernya dan mengerutkan kening. “…Dia nampak okay…Hmm,dia baru lagi dekat sekolah”

 

“Baru lagi?,”Kai mengangkat dahinya.

 

“A’ah…Dengar cerita dia kena buang sekolah…Pastu datang dekat sekolah saya..Tapi,dia lebih kurang..Sebulan tak silap,tak datang sekolah..Baru-baru ni dia muncul”

 

Mendengar jawapan Kyungsoo membuatkan Kai terkedu. Kyungsoo yang sedar akan perubahan wajah Kai sekadar mendiamkan diri dan tidak mahu bertanya.

 

“Takpelah Bang,saya pergi sekolah dulu”

 

“Okay,”Kai memerhati Kyungsoo yang berlari anak pergi. Lelaki itu menghela nafas dengan berat dan meraup rambutnya kebelakang. Rasa malu dan bersalah mula menebal da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim