chapter eight

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

Dalam perjalanan ke laluan utama sekolah,Semi sibuk menatap skrin telefonnya. Sejak kebelakangan ini,dia menerima mesej daripada nombor yang sama. Nombor yang tidak dikenali,namun berlagak seperti mengenalinya dan juga mengajaknya keluar. Dia pasti ini bukan Park Chanyeol. Siapa pemilik nombor misteri ni?.

 

Satu lagi,kemanakah Oh Sehun? Kebiasaannya lelaki itu akan menaiki bas yang sama dengan dirinya memandangkan mereka berada dikawasan kejiranan yang sama. Dan juga Park Chanyeol,untung aja lelaki itu datang dengan kereta,bukan bas. Kalau tidak,naya. Mungkin Sehun datang lebih awal? Atau sedikit lewat?.

 

Dia terus menuju kearah lokar,menukar sepatu dan mengambil beberapa buah buku teks. Seperti biasa,beberapa keping surat menjadi penghias matanya. Surat pengakuan cinta dari senior,junior dan rakan satu gred. Semi langsung tidak berminat. Dia tidak punya keinginan untuk membacanya. Malah untuk membukanya.

 

Baginya,jika dia membuka sampul surat tersebut,ianya sudah menaikkan sedikit harapan si penghantar. Dia tidak mahu dan dia tidak suka. Dia tahu bagaimana rasanya cinta ditolak mentah-mentah atau menunggu perasaan untuk dibalas. Mungkin kerana hatinya sudah tawar dan dia juga sudah penat,dia dah malas dengan benda bernama CINTA.

 

“Yo,”Hayoung dan Namjoo muncul. “Camne dengan aktiviti kelab semalam dengan boyfie?,”soal Namjoo dengan mata berkedip-kedip. Tarik nafas panjang Semi dibuatnya. “Ergh..Teruk..Teruk..Sampai bila aku kena bertahan ni? Korang tahu tak,petang nanti dia nak aku pergi audition buat drama Snow White?,”Semi mendengus,menunjukkan betapa dia tidak menyukainya.

 

“Rilekslah,nanti bolehlah kami menyorok sambil pegang banner,ship hubungan korang berdua,”lantas Hayoung dan Namjoo menepuk tangan dengan laju. Selaju kipas angin. Semi hanya mampu mengeluh panjang.

 

“Anyway,kau ada dengar tak? Budak-budak hot kelab ragbi tak datang sekolah dan buat latihan pagi,secara mengejut beramai-ramai”

 

“Hmmm..Itu rare,”Namjoo menyilang tangannya.

 

“Hah?Apa terjadi?,”Semi mengikat rambutnya yang panjang kebelakang. “Dengar cakap,mereka cirit-birit dari semalam..Pergh baunya dahsyat”

 

“Dari sumber mana kau dapat ni?,”Namjoo bertanya dengan muka berkedut seribu.

 

“Sumber Tumblr,”pantas aja dia mengeluarkan tablet dan membuka laman web Tumblr milik seseorang yang penuh rahsia. Siap ada gambar bukti Wu Yi Fan,salah seorang ahli kelab ragbi tercirit dalam seluar. Ini sungguh memalukan.

 

“OMG! KRISEU OPPA!,”Terbeliak mata Namjoo yang bulat seperti bola ping pong. Namjoo antara peminat lelaki tinggi berbangsa Cina tersebut yang berasal dari Canada. Dia terus merampas tablet Hayoung dan mendengus geram.

 

“Siapa ajalah yang menyeksakan Kriseu Oppa aku nih!”

 

Tidak jauh dari situ,Sehun tersenyum seperti toyol yang bewarna hijau,menyusuri orang ramai yang berpusu-pusu. Dia menuju laluan koridor untuk memasuki kelas. Wajahnya tampil berseri-seri apabila sihirnya menjadi. Ya,mereka semua,pelajar kelab ragbi memang sepatutnya menerima hukuman!.

 

Sehun melabuhkan punggung diatas kerusi dan mampu menghela nafas lega. Dia sudah memberitahu guru kelab,dia mahu bertukar kelab atas alasan dia tidak punya kriteria-kriteria si pemain ragbi. Dia lebih selesa dengan kelab Seni dan Fotografi.

 

Selang beberapa minit,matanya terpandang kearah Semi dan dua lagi rakan gadis tersebut. Sehun membetulkan Beanienya lalu menongkat dagu dan merenung papan hitam dengan kosong. Semi tidak menghiraukan aktiviti melawan renung antara Sehun dengan papan hitam dihadapan mereka.

 

“Aku tak nampak kau dalam bas,”Semi bersuara,Sehun berpaling kesebelah dan menyepikan diri. Dia nampaknya tidak berminat untuk menjawab soalan Semi. Sungguh biadab dan Semi mahu menghempuk kepala lelaki tersebut dengan begnya yang berisi kamu dewan bahasa yang berat ini.

 

“Semi-ah,aku nak beli sesuatu untuk diminum dekat vending machine,kau nak beli air karbonat atau susu?”

 

“…Apa-apa pun boleh,”jawab Semi dengan tersenyum senget.

 

“Come on,bitaulah..Susu atau air karbonat??”

 

“Err…Sama dengan kau ajalah,”Semi tersenyum kekok dan membetulkan duduknya. Hayoung dan Namjoo berlalu keluar dari kelas diiringi gelak tawa. Semi dapat amati bunyi helaan nafas Sehun. Lelaki itu kelihatannya cuba untuk lelap seketika. Semi tidak mahu mengganggunya.

 

--

 

Semi tidak pergi ke audition untuk lakonan drama Snow White. Dia tidak mahu pergi dan tidak mahu terlibat. Dia baru aja pulang dari kedai ayam goreng Oh,dia meminta kebenaran untuk pulang lebih awal daripada biasa. Sebelum dia pulang,sempat dia melahap tteobeokki terlebih dahulu dek dia agak lapar. Dia berharap Chanyeol tidak akan marah padanya. Dia menarik nafas panjang.

 

“Semi-ah?,”kepalanya didongak seusai pendengarannya menangkap seseorang memanggil namanya. Dia terkebil-kebil apabila melihat Park Chanyeol berada dihadapannya. Memakai baju T kosong bewarna hijau dengan seluar kelabu tiga suku. Lelaki itu merapatkan jaraknya dengan Semi. Tangannya yang setia didalam poket dikeluarkan.

 

“Awak dari mana?,”dia melihat Semi dari atas kebawah. Mungkin hairan melihat Semi yang masih beruniform sekolah walaupun sudah masuk waktu malam. Gadis it

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim