chapter seven

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

“Apa kau buat tu?,”terpacul soalan dari bibir Lay dengan kening yang terjongket serta wajah yang berkerut,memerhati Oh Sehun sedang melakukan sesuatu yang tidak dapat dikesannya,sebab itulah dia tanya. Itu fungsi mulut bertanya.

 

“Ini..Ini suatu pengabdian dendam dan perasaan yang gelap..,”dia menghela nafas panjang. “Yang aku sematkan dalam memori semalam,”matanya dipejam perlahan-lahan. Melihat reaksi itu membuatkan Lay ternganga. “Hah?”

 

“Aku tengah nak balas dendam,”Sehun mencebik bibir dan nampaknya ramuan yang dididihkan sudah siap. Lay yang mengamati tindakkan itu menggaru kulit kepalanya yang berkelemumur. Yalah,sudah berapa lama dia tidak mengshampu rambutnya.

 

“Kau nak balas dendam dengan siapa? Ni ramuan apa? Racun?”

 

Sehun menjeling dan mendengus dalam waktu yang sama. “Balas dendam pada ahli kelab ragbi,”dia mengetap bibirnya,menahan geram. “Sebab aku tak berkebolehan,diorang suruh aku angkat bola dan juga peralatan diorang sesuka hati. Mereka jadikan aku kuli batak,ini tidak adil,”Sehun menuang ramuan berasap tadi ke dalam mangkuk.

 

“Oh,habis ni,kau nak kasi diorang makan ke?”

 

“Tak mungkin. Lagi satu,siapa nak makan kalau aku ajak pun,kalau aku ajak,kau nak tak?”

 

“Tak..Nampak mencurigakan…Macam sup racun tikus campur belut…,”memikirkannya membuatkan Lay loya mahu muntah.

 

“See..Jadi ini bukan untuk dimakan..Aku nak buat diorang sengsara untuk seketika,”dia mengambil figura patung kecil yang ditulis nama-nama yang mahu dilakukan upacara dahsyat itu dimasukkan kedalam periuk berisi sup yang pelik tersebut.

 

“Er,apa akan terjadi nanti?,”Lay mengangkat dahinya,curiga.

 

“Nanti kau tahulah..Haha,”Sehun menutup periuk tersebut kemudian menuju kearah sink untuk membersihkan tangannya. Dengan selamba badak dia menuangkan pencuci pinggan mangkuk keatas tapak tangannya. Mungkin dia tidak dapat membaca dengan jelas bahawa itu untuk pinggan mangkuk,bukan tangan.

 

Seusai itu,dia menuju ke tingkat atas dan melabuhkan dirinya diatas sofa. “Waktu yang sesuai untuk menonton Hello Counselor,”ujarnya sendiri dengan tersenyum lebar. Belalang goreng dimasukkan kedalam mulutnya dengan gelojoh. Sejak dua menjak ini,belalang goreng menjadi snek kegemarannya. Siapa sangka,rasanya sangat menyelerakan.

 

“Sehun,aku sebenarnya nak cakap sesuatu dengan kau ni,”Lay terkemut-kemut menyucuk-nyucuk sofa dengan mata berkedip-kedip. Sehun menoleh kesebelah dan mendongak. “Apa dia?”

 

Lay berdehem dan tersenyum meleret-leret. “Sebenarnya,aku ada sukakan seseorang,”dia mengambil tempat disebelah Sehun. “Cuba teka siapa,”dia nampaknya teruja dan wajahnya bercahaya,namun dia sememangnya bercahaya setiap masa. Sehun menjulingkan mata keatas,merenung siling mencari jawapan. “..Perempuan yang mati”

 

“No”

 

“…Perempuan yang hidup?”

 

“Oh Semi!”

 

“Tapi dia manusia,kau suka minah tu??,”mata Sehun terbeliak luas. Dahsyat,nasib baiklah Lay sebenarnya dah mati,kalau tidak..Mesti Semi penyebab kematian Lay,dek lelaki itu punya penyakit Hemofilia. “Biar betul kau ni,”Sehun mengusap dagunya.

 

“Betullah..Boleh kau tolong aku?”

 

“Tapi…Korang berdua dari alam yang lain,”Sehun menyilang tangannya. “Cinta tidak mengenal apa-apa”

 

“Apa bodoh sangat ke cinta sampai tak kenal apa-apa?,”Sehun menggeleng kepala dan mengeluh berat. “Ini sangat tidak masuk akal,apa-apa pun..Macam mana kau boleh suka dia ni? Sejak bila?,”apabila soalan tersebut diajukan,Lay tersipu sendiri.

 

“Itu tak penting,tapi boleh tolong aku?”

 

Itu semestinya tidak masuk akal dan membuatkan kepala Sehun pening. “Tak,aku tak nak tolong kau,”belalang goreng disumbat masuk kedalam mulutnya. Muncung Lay sudah panjang. Dia menghela nafas panjang. “Takpelah kalau kau tak nak tolong,aku ciao dulu,”dia terus ghaib sebegitu sahaja.

 

“…Lay..Semi? Hmmm,”Sehun menyengetkan kepalanya.

 

--

 

Akhirnya,siap juga nota Sejarahnya. Dia tersenyum puas melihat betapa cantik tulisannya. Dia ketawa terkekek-kekek kemudian ia mati apabila adik lelakinya masuk kedalam bilik tanpa ketukkan. “Hei! Siapa suruh kau masuk macam tu aja?,”Se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim