chapter fourteen

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

Ramai pelajar berpusu-pusu untuk ke kantin bagi mengisi perut mereka yang berkeroncong sejak pagi tadi lagi. Sehun turut menuju kearah yang sama namun dia mula menukar fikirannya apabila dia teringat pada minggu lepas dia ada meminjam buku daripada perpustakaan. Dia harus menghantarnya terlebih dahulu. Lagipula,dia masih belum lapar dek sudah menjamah Cream Puff sewaktu sebelum sesi kelas pertama bermula pemberian pelajar perempuan di belakangnya.

 

Dia tersenyum kecil apabila teringatkan riak wajah Semi yang masam kerana cemburu akan dirinya yang dapat menikmati Cream Puff. Sehun terfikir,adakah Cream Puff manisan kegemaran gadis tersebut? Sehun ketawa kecil sendiri.

 

Tanpa dia sedar,dia sudah berada dikoridor melalui jalan ke perpustakaan. Dia tersenyum lega apabila tidak begitu banyak kasut yang disusun diatas rak yang menandakan pengunjungnya tidaklah begitu ramai sekarang ini. Tanpa melengahkan masa,dia menanggalkan sepatunya lalu menuju masuk ke dalam perpustakaan. Dia meluru kearah kaunter dan menghantar buku yang telah dipinjamnya.

 

“Oh Sehun,saya ada berita baik untuk awak,cikgu perpustakaan benarkan pelajar untuk meminjam dua buku dengan satu kad sekarang,”ujar pengawas perpustakaan yang bermata bundar dengan bibir yang nipis bewarna coral pink. Sehun kenal benar pelajar tersebut yang rajin bertugas di perpustakaan yang lesu dan sunyi ini.

 

“Terima kasih atas informasi penting tu,Yeri,”Sehun tersenyum nipis dan menuju kearah rak sambil menyeluk tangannya ke dalam poket sambil mengatur langkah,matanya liar memerhati buku-buku yang tersusun rapi. Entah buku jenis apa ingin dibacanya. Motivasi? Atau berinformasi maklumat tentang dunia?.

 

Dalam ketekunannya itu,dia terdengar sisipan suara disebalik rak-rak. Dia mengerutkan dahi dan memokuskan suara-suara halus yang sedang berbual. Suara Chanyeol dan Baekhyun jika dia tidak silap. Sehun cuba merapatkan dirinya dengan dua manusia yang ingin diperhatinya. Sejak kebelakangan ini,dia merasakan sesuatu antara mereka berdua. Yang juga melibatkan Oh Semi.

 

Sehun cuba menangkap butir-butir kata yang di keluarkan oleh kedua-dua manusia tersebut yang membuatkan mata Sehun terbuntang luas dan bibirnya terkelu tidak terkata.  Tidak lama kemudian,Sehun dapat menghidu niat Chanyeol dan Baekhyun yang mahu beredar dari situ. Maka dengan secepat yang mungkin,kaki Sehun berundur dan mahu berganjak keluar dari perpustakaan.

 

“Eh,tak nak pinjam buku ke,Oh Sehun?,”tegur Yeri yang keliru melihat Oh Sehun yang kelam kabut.

 

Chanyeol dan Baekhyun yang menuju kearah yang sama mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan antara satu sama lain. Chanyeol mengerutkan kening dengan bibirnya yang diketap. Baekhyun pula terasa cuak dan risau.

 

“Dia dengar ke perbualan kita?,”Chanyeol menoleh kearah Baekhyun dengan pandangan mata yang tajam. Seakan-akan lelaki dihadapannya ini akan dipersalahkan jika perancangannya gagal sebelum di laksanakan.

 

“Tak mungkin..Kalau dia tahu pun..Dia takkan buka mulut,takkan dia nak lawan kau…Bunyinya macam gali kubur sendiri..Lagipun,tahu ajalah dia tu..Dia dibuang sekolah ke sini,dia takkan cari pasal,”nyata Baekhyun.

 

Chanyeol yang mendengarnya mengangguk-angguk sambil melarikan jarinya diantara rambut hadapannya dan beredar meninggalkan Baekhyun di belakang. Baekhyun menghembuskan nafas lega dan meraup wajahnya yang sedikit berpeluh. Makin lama dia mengenali Chanyeol,semakin berfungsi dengan elok Adrenalinnya.

 

Baekhyun mengalihkan pandangannya kearah Yeri yang sedang memerhatikannya dengan tanda tanya. Dia bergegas beredar dari situ dan tiba-tiba bertembung dengan Oh Sehun yang berada dihadapannya dengan wajah yang tegang. Baekhyun menoleh ke kiri dan ke kanan. Bayang Chanyeol tiada di sekelilingnya.

 

---

 

Susu strawberi ditenung lama oleh sepasang mata Baekhyun deng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim