chapter twelve

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

Jam tepat menunjukkan pukul 5.40 minit pagi,jarum saat yang melepasi setiap detik tidak pernah terhenti,yang bergantung diatas dinding bilik jejaka bernama Park Chanyeol. Lelaki itu menenyeh-nenyeh matanya sambil menghembus nafas kasar.

 

Selimut tebal yang meliputi kakinya diselak ketepi. Badannya bangkit dari katil lalu wajahnya diraup beberapa kali. Dia berjalan menuju ke pintu bilik air. Memberus gigi dan membasuh wajahnya. Seusai itu dia berjalan keluar dari bilik dan menuruni tangga rumah. Dari situ beberapa wanita,pembantu rumah mengucapkan selamat pagi sambil menundukkan badan tanda hormat. Park Chanyeol tersenyum manis dan mengambil sebiji epal yang dihidangkan diatas piring oleh salah seorang daripada mereka.

 

Dia lekas keluar dari rumah agam tersebut sambil mengunyah buah epal dan menghirup udara segar yang nyaman sebaik sahaja dia berdiri dihadapan pintu rumah. Dia menuju kehalaman rumah dan menyejukkan matanya dengan pemandangan pagi yang dicucuk sinaran mentari yang masih segar. “Selamat pagi..Pokok-pokok,”ujarnya. Dia memulakan aktivitinya yang pertama dipagi minggu ini dengan menyiram pokok-pokok yang dijaganya.

 

Sesekali dia bermonolog dengan kehidupan yang menyedut karbon dioksida tersebut. Sekali pandang seperti orang tidak siuman,namun tak usahlah kita menghakimi apa yang sebenarnya terjadi. “Chan..Kamu buat bercakap dengan pokok lagi?,”soal Encik Park dari belakang sambil mengusap belakang lelaki muda tersebut.

 

Chanyeol menoleh kebelakang dan tersenyum. “Ayah…Saya ingat nak melawat Ibu,”ujarnya dengan suara yang mendatar. Encik Park mengusap bahu Chanyeol dan mengangguk-angguk. “Macam biasa..Ayah tak perlu temankan..Chan nak pergi sendiri..”

 

Encik Park tersenyum dan menjatuhkan pandangannya. “Ayah tahu..Tapi kamu makanlah sarapan dulu dengan Mama,dianak pergi ke Jepun hari ni..Dia mungkin balik minggu depan..Okay?”

 

Chanyeol mengangguk dan akur. Dengan itu mereka berdua berjalan masuk kedalam rumah agam tersebut dan menuju ke meja makan. Wanita yang berambut paras leher dengan berblouse biru langit sedang menghidu makanan yang terhidang.

 

“Hmmmm,sedap,”dia berpaling kearah Encik Park dan Chanyeol. “Oh,jom makan sama-sama!,”pelawanya dengan suara yang riang.

 

---

 

“Kenapa kau datang sini? Dan..Kenapa mamat ni dengan kau??,”soal Semi dengan wajah yang berkerut serta jari telunjuknya yang dihunus kearah wajah Yugyeom. Sehun disebelah menarik nafas panjang. “Dia desak aku”

 

“Saya nak makan dekat kedai keluarga Sunbae!,”Yugyeom bersuara dengan penuh riang. “Sehun..Kau beritahu mamat ni yang keluarga aku ada keda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim