chapter eleven

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter
Keluhan panjang keluar dari tubir mulutnya dengan bibir yang dicebik. Dia tidak sudah-sudah dijerkah oleh lelaki yang tempoh hari yang berniat untuk mengambilnya sebagai model,tetapi dia terbelasah lelaki tersebut. Maka dia menjadi model tidak terbayar.    “Tak guna Kris Wu,”ya,nama lelaki itu Kris Wu,lelaki Cina yang sangat menyakitkan sanubari dia sekarang ini. Segala pose yang dia lakukan dihina kaw-kaw. Semi yakin,lelaki itu mahu membalas dendam. Adakah ini balasan kerana dia sering menggunakan kekuatannya keatas orang yang tidak bersalah.   Tetapi mujurlah tempat shooting tidak begitu jauh dengan rumahnya. Tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan. Dia hanya perlu berjalan kaki. Satu berita yang bagus,setelah dia menblock nombor yang menghantar mesej-mesej yang membuat bulu romanya tegak,hidupnya semakin aman. Dia bimbang juga jikalau manusia tersebut menggunakan nombor telefon lain. Nampaknya dia reti bahasa.   Ting~Ting~   Bunyi mesej mesej,mengejutkan Semi dari lamunannya sendiri. Pantas dia menyeluk tangannya kedalam poket jaket varsity dan menatap skrin telefon. Nombor siapa pula ini? Takkanlah nombor daripada manusia yang menakutkan itu lagi.   [Hey babe,buat apa skrg ni? Dh tidur ke? <3 <3 <3]   “Apa kena dengan hati tu…,”Semi menjegilkan matanya. Dia tidak suka akan hubungan pelik yang terjalin antara dirinya dan Park Chanyeol. Dia tidak mahu lelaki itu terlalu berharap pada dirinya. Dia tidak berminat dengan lelaki tersebut,walaupun sedikit.   Sebab apa? Sebab hatinya agak tertarik dengan Encik Kai,si polis yang telah menyamannya. Semi tersenyum sendiri. Kakinya terus melangkah,dia tidak membalas pun mesej daripada Chanyeol. Dia tidak mengendahkannya.   Dengan tiba-tiba,langkah Semi terhenti. Dia mengerutkan keningnya. Kelihatannya ada dua figura yang sedang bergelut dihadapannya. “Oh tidak…Ada masalah ke tu?,”bisiknya sendiri dengan air liur yang diteguk. Dia fikir sejak kebelakangan ini,dia agak paranoid. Ataupun pesimis.   “Ah..Abaikan,”dia mengabaikannya dan menggunakan jalan disebelah kanan,jalan menuju ke rumahnya. Tanpa berfikir panjang,dia meneruskan perjalanannya dengan hati yang gugup. Perlukah dia kisahkan perkara yang dilihatnya tadi? Jika dia kisah dan campur tangan,dia akan terlibat dengan masalah.   Pap..Pap..   Seperti ada bunyi derap kaki mengikutinya dari belakang. Darah menyerbu laju melalui saluran darah,jantung mengepamnya dengan begitu laju sehingga Semi mampu mendengar setiap degupannya sendiri. Perlahan-lahan kepalanya ditoleh kebelakang dan bentuk badan yang tinggi,berhood tidak jauh darinya.   “What the…Omg,”Semi terus berlari. Situasi ini tidak kurang seperti drama thriller pembunuhan yang menggerunkan. Semi berlari sepantas yang mungkin tanpa dia sedar dia telah mengambil jalan yang tidak menuju ke kawasan rumahnya.   Orang yang berhood disebalik kegelapan,terselindung dari lampu jalan mengetap bibir dan melepaskan keluhan kasar sebelum mengundurkan diri dan beredar pergi.   Semi terasa semput dek berlari selaju ini. Dia tidak pernah berlari laju sebegini. Dia mengusap dadanya dan menghela nafas panjang,namun dia terkebil-kebil. Samar-samar didalam kegelapan malam tersebut,Semi pantas mengambil telefonnya dan menyuluh kearah hadapan. Dua biji matanya terbeliak.   --   “Nah..Kopi,”Semi menghulurkan kopi segera didalam cawan kertas kecil kearah lelaki yang sedang duduk diatas kerusi sambil memeluk lututnya. Semi sungguh bersimpati keatas nasib malang si kecil ini. “Awak okay??,”Semi
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim