chapter thirteen

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

Kata-kata yang dilontar keluar dari bibir Chanyeol terngiang-ngiang digegendang telinga Baekhyun petang itu. Hatinya semakin lama semakin tidak sedap setiap kali memikirkannya. Entah apa rakannya itu fikirkan. Yang pasti semakin lama lelaki bernama Chanyeol itu mulai menakutkannya. Tangannya pantas memasukkan lampin bayi kedalam troli. Terus langkahnya maju kehadapan.

 

Dia menuju ke kawasan barang basah sambil terjenguk-jenguk. Memikirkan apa yang patut dimasaknya hari ini. Waktu dia tekun memerhati barang-barang yang tersusun rapi dirak matanya terpaut pada seorang gadis yang sedang menolak troli sambil berbual dengan seseorang melalui telefon. Baekhyun menjongketkan kening.

 

“Semi?,”bisiknya sendiri dan memulakan langkah mendekati gadis tersebut dari belakang. Dia fikir dia tidak akan bertemu dengan mana-mana pelajar dari sekolahnya,nampaknya dia tersilap. “Aku rasa pasaraya ni agak jauh dengan kawasan sekolah..Semi tinggal berdekatan sini jugak ke..Atau..,”dia berdengung lama kemudian mencuit gadis tersebut dari belakang.

 

“Semi..Oh Semi”

 

Pantas Semi berpusing kebelakang pabila namanya diseru dari belakang. Mengejutkannya. Terus panggilan diputuskan dan telefonnya disimpan kedalam poket. “..Baekhyun?,”gadis itu mengerutkan keningnya. Baekhyun sekadar tersenyum senget. “Kau beli barang dapur dekat sini?,”soal Baekhyun. Semi pun mahu bertanyakan perkara yang sama. Bertambah pelik lagi apabila Baekhyun yang digelar kaum Adam tambahan pula remaja lelaki yang sihat datang ke pasaraya untuk membeli barang. Seorang diri pula tu. Siap..Ada lampin bayi?. Itu luar biasa. Mungkin niat ikhlas nak senangkan kerja orang tua?.

 

“A’ah..,”panjang aja meleret-leret dijawab Baekhyun. Baru dia teringat ada lampin bayi didalam trolinya. Gabra juga sebentar,namun jika difikirkan lebih baik dia berlagak selamba aja.

 

“Semi..Sebenarnya aku ada nak beritahu kau sesuatu,”Baekhyun bersuara setelah sepi yang kekok memenuhi ruang. Semi sekadar terkebil-kebil dan mengangguk,membiarkan lelaki tersebut menyatakan apa yang terbuku dihati. Nampak macam serius.

 

Seusai dua saat,Baekhyun mendiamkan diri. Tidak berkata-kata. Entah bagaimana mahu dimulakan. Takut pula diberi informasi yang salah. Bertambah teruk jika dia sudah melemparkan fitnah terhadap rakan baiknya sendiri. Dia bercelaru. Diam itu lebih baik bukan? Namun ada sesuatu yang tidak kena. Ah,mungkin masa yang perlu uruskan segalanya.

 

“…Kau tahu macam mana nak tahu ikan tu segar atau tak??,”Semi terjongket kening mendengarnya. Tadi cakap nak beritahu sesuatu,alih-alih soalan pula menjadi pilihan. Semi tersengih senget dan mengusap dagunya. "Kulit dia berkilat licin..Lepastu pastikan matanya tak merah,”bersungguh-sungguh Semi memberitahu. Baekhyun mengangguk-angguk faham.

 

Mereka berdua menolak troli bersama-sama,membeli barang yang diperlukan. Nasib mereka juga untung kerana hari itu ikan-ikan segar diberikan potongan yang sangat murah. Untung mereka. Dari jauh,sepasang masa dengan mask diwajah memerhatikan mereka. Tidak lama kemudian,dia ghaib

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim