chapter one

My Wacky Deskmate
Please Subscribe to read the full chapter

“Mak,berapa kali Semi nak cakap,bukan Semi yang tak flush tandas,” dia mengeluh sambil mengepit telefon pada telinga disebalik topi keledar. Tangannya mengeluarkan kotak ayam goreng dari kotak besi ditempat duduk belakang Vespanya. Ini adalah set ayam yang terakhir harus dihantar,selesai kerja ini hari ini,bolehlah dia lepak dekat kedai runcit,makan mi segera dan susu soya macam biasa.

 

[“Habis tu,siapa lagi tak flush jamban?”]soal si Mak dengan suara yang tidak puas hati lagi geram.

 

“Manalah Semi tahu,taik Semi terlalu cantik untuk dipamerkan kepada umum,Mak,”gadis itu menjulingkan mata keatas. Dia menekan loceng rumah dengan tangan menjinjing kemas kotak yang dibungkus dengan plastik tertulis ‘Yummy Yummy Oh Fried Chicken’. Hodoh benar quote kedai.

 

“Kenapa Mak tak tanya je taik tu siapa punya?,” dia menarik nafas panjang dan pintu terbuka luas. Dibuka oleh seorang manusia yang berjaket hitam besar dengan mask diwajah,memakai kaca mata hitam dengan tangan yang memegang tisu dengan penuh darah. Tidak lama kemudian,cecair merah meresap pada mask putih tersebut.

 

“M-M-Mak!”

 

[“Taik tu bukan Mak punya,berapa kali Mak nak cakap??”]

 

Semi menjatuhkan kotak ayam tersebut keatas lantai dan dengan segera dia membuka langkah dan menunggang vespanya pergi. Mungkin itu pembunuh psiko yang mahu membelanja mangsanya ayam goreng untuk kali terakhir sebelum dilaknatkan. Oh tidak,kesian ayam goreng menjadi saksi pembunuhan penuh thriller.

 

Sehun merenung kebawah,mengambil kotak ayam goreng lalu menutup daun pintu,dia menuju kearah meja makan dan meletakkan kotak tersebut diatasnya. Dia menanggalkan kaca mata dan juga mask wajah yang dilumuri darah. “Oh tidak,masih mengalir,” dia menggeleng. Tisu ditangan digunakan bagi mengesat darah yang mengalir dari lubang hidungnya. Dia pasti gadis tadi ketakutan. Lelaki itu senyum menyeringai dan ketawa terbahak-bahak sebelum mengambil paha ayam dan mengunyah dengan penuh dramatik.

 

“Oh Sehun!,” Puan Oh muncul dengan bercekak pinggang. “Kenapa makan ayam dalam gelap macam ni?,” soal wanita tersebut sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi dan ketawa menyeringai bersama anak lelakinya.

 

“Jemput makan,semua. Hahahaha”

 

Dia menunggang vespanya selaju yang mungkin,dia begitu takut sekarang,dia tidak pernah menyaksikan kejadian itu selama tujuh belas tahun dia hidup,ini sungguh menakutkan dan mengerikan. Sekejap… “Alamak! Aku lupa nak mintak duit dengan pembunuh psiko tu tadi!Tidakkk!,” Dia menjerit ditengah-tengah jalan raya. “Dahlah dia order banyak gila nak mati..Huhu,tak mungkinlah aku nak balik kesana..Huu..Berapa ek semua sekali…,” dia congak-congak didalam otaknya. Sempat pula congak sewaktu menunggang kenderaan.

 

“Hurk,hampir 50 ringgit,mak aih,banyaknya..Duh,takkan nak korek tabung aku plak…,” dia mengeluh panjang dan dengan tidak sengaja,dek tahap stress yang melambung tinggi,dia melajukan vespanya. Dahlah Mak dia bergaduh dengan dia tadi pasal tak flush tandas,duh,sekarang pembunuh psiko tak bayar ayam goreng? Ah serabutnya!.

 

Dengan dramatik pula bunyi siren kedengaran. Dia tidak pasti sama ada itu adalah siren ambulan,bomba atau polis. Dia menoleh kebelakang dan rupanya,siren polis. Polis yang sedang mengejarnya. Alamak,apa dia nak buat? Ah,otaknya tidak mampu berfungsi dengan elok sekarang,dia semakin melajukan  vespanya,melarikan diri dari polis. Nasib baiklah nombor plat motornya tercabut satu nombor. Hahaha,polis takkan cam lagi dia.

 

 

--

 

Bunyi penggera telefon mengejutkannya dengan serta merta dari tidur yang lena. Boleh pula dia tidur dengan lena selepas pelbagai masalah dia lakukan semalam. Dia menguap dan menenyeh-nenyeh matanya. Dia menarik nafas panjang dan menggeliat lama sebelum bingkas bangun dari katil dan mencapai tuala di kaki katil yang terbaring disitu. Dia memang malas nak menyidai tualanya sendiri. Mungkin itu penyebab utama tualanya berjeragat serta berbau kurang wangi. Teruknya..

 

Dia mula teringat,dia satu meja dengan Oh Sehun. Entah siapalah Oh Sehun. Paling dahsyat,nama keluarga mereka sama. Adakah itu suatu keajaiban atau apa? Oh tidak malas dia nak fikir. Sekarang dia sudah bimbang,dia tiada rakan semeja. Oh yeh,Oh Sehun tidak pernah datang ke sekolah. Jika waktu matapelajaran matematik,dia tidak dapat meminta bantuan rakan meja sebelah. Tidak,dia sudah lemah semangat sekarang ini. Apa-apa pun,lebih baiklah mandi dahulu sebelum Maknya datang melempar kuali terbang keatas kepalanya.

 

Paip air hujan dipulas dan air menitis pada wajahnya. Dia mula teringatkan si pembunuh psiko tersebut. Bagaimana jika si pembunuh psiko itu muncul dihadapan rumahnya sewaktu dia bersendirian dan menghulurkan kotak ayam goreng dengan tulisan dari darah tertulis ‘AYAM GORENG’….. “Tidak!!!!”

 

Cepat-cepat dia keluar dari bilik air dan menyarung uniform sekolah dan mengeringkan rambutnya yang panjang mengurai sebelum mengikatnya dengan kemas. Dia cuba menarik nafas dengan teratur sambil menyapu Toner dan Cream pada wajahnya. Dia mencapai beg galas Fila,hadiah daripada Ayahnya sewaktu hari jadinya yang ke enam belas tahun. Dia begitu menyukai beg tersebut. Sebelum keluar dari bilik,dia mengerling kearah dirinya ke dalam cermin. Okay,cantik macam biasa,muwahahaha.

 

Dia menuruni tangga menuju kearah meja makan,dimana orang tuanya sudah berada disitu serta adik lelakinya yang sedang membaca surat khabar sambil mengunyah roti bakar dengan mentega kacang. Macam orang tua.. “Semi,makan dulu sebelum pergi sekolah,”kata Puan Oh sambil menuangkan k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
guys,please give me feedback,do not be a silent reader,please

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 16: Update soon!!!
whatever_la #2
Chapter 2: update please........jeball ff ni mmg seriously best
syxfxqxh #3
Chapter 16: Sambung please~~~~~ ff ni best sangat
aquariusxpisces
#4
Chapter 16: aiyoooo rinduu ff ni~~~
April1699
#5
Chapter 16: Aisehmenn hahahaha gilalah Semi!
rp_pcy
#6
Chapter 16: update la lagi cik blackrabbit
MongTaehyungg #7
Chapter 16: Sukanyaaaaa best gilaaaad
AinUmairah #8
Chapter 16: Bestnyee..update lagi..
AsyiA_MiZuki
#9
Chapter 15: ppali update author-nim