CHAPTER 2

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

Baekhyun memandang sepi wajah di sisinya. Baekhyun tidak mengenali gadis tersebut. Entah kenapa dia membawa gadis itu ke mari untuk bertenang setelah lihat betapa lemahnya dia. Entah kenapa simpatinya terhadap gadis itu bagaikan laut paling dalam sekali. Mungkin nasibnya yang sama seperti Baekhyun yang baru dikhianati.

 

Itulah alasannya. Mereka telah dikhianati oleh pasangan masing-masing. Baekhyun sememangnya sudah bersedia untuk hadapi apa yang mereka lalui tadi. Dia telah lama berasa curiga terhadap Krystal.

 

Baekhyun merenung wajah itu lama. Wajah tembam yang serabut. Rambut yang diikat satu itu kelihatan tidak seketat tadi. Gadis itu cukup sempurna di matanya. Tetapi kenapa Dongwoon sanggup melukai hati gadis ini ?

 

 “Macam mana saya nak bagi tau keluarga saya ni ? Macam mana saya nak batalkan majlis ? Pasti mama mengamuk. Pasti abah akan marahkan saya. Mereka mesti menyalahkan saya. Kenapa Dongwoon buat hal masa ni ?” Hyura menekup mukanya.

 

Luahan dari mulit comel itu membuatkan baekhyun terkejut.Tidak sangka, air mata dan kesedihan itu berpunca kerana perkara lain. Sangkanya gadis itu terlalu kecewa dengan Dongwoon, tetpi gadis itu sedih kerana maruah keluarga yang mungkin akan tercalar. Pelik sungguh !

 

 “Cakap kat keluarga you hal yang sebenarnya. Mereka pasti akan faham.” Baekhyun cuba menasihatinya.

 

 “Mereka takkan percaya. Dongwoon tu kawan baik abang saya. Keluarga dia dan keluarga saya adalah kenalan baik.Mama dan papa mesti akan menyebelahi Dongwoon daripada saya.” Jawab gadis itu dengan  lemah. Riak kerisauan jelas terpamer di wajahnya itu.

 

Baekhyun tidak faham cara pemikiran gadis itu. Gadis di sebelahnya berkata-kata bagaikan semua masalah berpunca daripadanya. Lagipun keluraga mana yang memilih orang luar daripada keluarnganya sendiri. Betul ke tidak gadis ni ?

 

 “Tak faham I cara you berfikir ni. Macam you pula yang salah sekarang. Nama you siapa ?.” Baru terbuka mulut Baekhyun untu menanya nama gadis itu.

 

 “Park Hyura. Awak ?” Jawab gadis itu.

 

 “Baekhyun.” Pendek pengenalan Baekhyun setelah perasan tempat mereka berbual dihampiri oleh sekumpulan lelaki. Naluri Baekhyun menyatakan bahawa masalah lebih besar akan berlaku.

 

Hati Hyura mula resah. Dia menunduk sahaja. Hari ini merupakan hari yang malang baginya. Sudah jatuh ditimpa tangga, kini dihempap pula dengan batu bata yang cukup memberatkan kepalanya.

 

Tiba-tiba Hyura menyesal kerana menghubungi papanya tadi.Namun hanya itu yang terlantas di fikirannya semasa diserbu tadi..

 

 “Mama….” Hanya itu yang terkeluar dari bibir comel Hyura sebelum satu tamparan padu hinggap di pipinya. Kemudia, tubuhnya dipukul dengan beg tangan milik Puan Park. Beg yang pernah dia hadiahkan kepada mamanya sempana hari lahirnya, kini menjadi senjata memukulnya.

 

 “Mama, sakit !” Itu saja mampu terkeluar daripada bibir Hyura sambil tubuhnya menepis pukulan demi pukulan. Rayuannya tidak diendahkan. Akhirnya dia dapat merasakan tubuhnya ditarik menjauhi mamanya yang sedang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!