CHAPTER 1

Mate
Please Subscribe to read the full chapter

Hyura menekan butang lif ke tingkat empat apartment tempat kediaman bakal tunangnya. Entah kenape hari ni tergerak pula hatinya untuk menjenguk Dongwoon. Mungkin sebab risaukan bakal tunangnya. Sebentar tadi, Hyura diberitahu bahawa Dongwoon bercuti semasa dia menghubungi pejabat Dongwoon.Takut kalau buah hatinya jatuh sakit.

 

Berdebar hati Hyura tatkala menjejakkan kakinya ke rumah Dongwoon. Mungkin baru pertama kali Hyura datang ke rumah Dongwoon atau ada pentanda kurang baik akan berlaku ? Lantas die membuang perasaannya itu dan melangkah tenang dengan sebungkus buah-buahan di tangan.

 

Hyura tergamam sesampainya di hadapan pintu rumah Dongwoon. Berkali-kali memastikan alamat rumahnya betul sementelah ada kasut tumit tinggi di hadapan pintu rumah. Berkali-kali Hyura meyakinkan diri yang dia berada di tempat yang betul. Lalu jarinya menekan loceng rumah tersebut dengan berani. Agak lama Hyura menunggu. Dongwoon yang hanya memakai seluar pendek dan seakan bangun tidur itu muncul di hadapannya.

 

 “Hyura ? Awak buat apa dekat sini ?” Tergagap-gagap lelaki itu menyoal, menambah keraguan di hati Hyura yang sememangya waswas.

 

 “Saya datang nak jenguk awak. Dengar kata dah dua hari awak cuti. Awak sakit ke ?” Hyura bertanya dengan sopan walaupun hatinya dipanah seribu curiga.

 

 “Saya tak apa-apa. Awak baliklah.”

 

Walaupun lembut nada itu, tapi Hyura tahu Dongwoon menghalaunya. Senaif mana pun Hyura dia tetap bukan gadis dungu yang tidak faham bahasa. Dia faham apabila orang tidak memerlukannya, malah gadis itu faham yang kehadirannya dia sudah tidak diperlukan lagi oleh Dongwoon.

 

 “Baiklah. Saya balik dulu. Nah, ni untuk awak.” Hyura menghulurkan bungkusan buah-buahan itu kepada Dongwoon sebelum berlalu pergi. Hyura nampak Dongwoon tersenyum sambil menutup pintu. Perasaan lega terlukis di wajah lelaki itu.

 

Bersama hati yang ragu dan akal yang penuh curiga, lambat-lambat kaki Hyura melangkah pergi. Ingin hatinya berpatah balik untuk menanyakan Dongwoon milik siapa kasut tumit tinggi di hadapan rumah itu.

 

 “Nak tau, tapi kenapa tak nak tanya ? Kenapa nak berlalu macam tu aje ?”

 

Suara yang datang entah dari mana menujah masuk ke telinga Hyura dan membuatkan langkah Hyura berhenti. Menyedarkan Hyura daripada terus lemas dengan soalan-soalan yang menyerabutkan kepala otaknya. Hyura berpaling. Tiada siapa kecuali seorang pemuda berambut coklat perang yang selesa bersandar di dinding sambil menunduk memandang kasutnya.

 

 “Awak cakap dengan saya ke ?” Soal Hyura dengan nada takut.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update pls . :)
Nabila_Pss
#2
Chapter 9: Huhuhu...update soon !!!♥♥♥
SyiqaYeollie
#3
Chapter 9: Asal sikit sangat author??.. sob sob..
nurulizzahramanlee
#4
Chapter 8: Ppalli updateuuu!!!"!